Kontrak Kerja: Ramai Pekerja Tak Tahu Hak Sebenar Mereka
# Pengetahuan Pekerja

Kontrak Kerja: Ramai Pekerja Tak Tahu Hak Sebenar Mereka

post by Ani

by Ani

Nov 26, 2025
pada 10:20 AM

Kontrak Kerja: Ramai Pekerja Tak Tahu Hak Sebenar Mereka

Pernah tak awak rasa macam ada benda tak kena dengan kontrak kerja awak, tapi tak sure apa sebenarnya hak awak?

Awak bukan sorang je. Ramai pekerja di Malaysia terima sahaja apa yang majikan bagi. Bila ada masalah baru nak check kontrak. Tapi dah terlambat. Menyesal pun dah tak guna masa tu.

Fakta mengejutkan, kajian menunjukkan hampir 60% pekerja di Malaysia tak baca kontrak kerja dengan teliti sebelum sign. Lebih teruk lagi, ramai yang langsung tak faham hak asasi mereka sebagai pekerja.

Dalam artikel ni, saya nak breakdown semua info mengenai kontrak kerja. Jom, baca artikel ni sampai habis.


Apa Itu Kontrak Kerja Dan Kenapa Penting Untuk Pekerja?

Kontrak kerja adalah perjanjian antara majikan dan pekerja yang menetapkan syarat pekerjaan, gaji, faedah dan tanggungjawab. Ia sangat penting untuk lindungi hak awak sepanjang tempoh bekerja.

Ramai pekerja ingat kontrak cuma formaliti, tapi sebenarnya kontrak kerja adalah dokumen utama yang menjaga kepentingan awak jika berlaku pertikaian. Kontrak bertulis memberikan bukti jelas tentang hak cuti, notis berhenti kerja dan elaun yang awak patut terima. Tanpa kontrak bertulis, susah nak tuntut hak secara sah jika berlaku masalah. Jadi, penting sangat tahu isi kontrak dan jangan hanya tanda tangan sebab desakan majikan sahaja.

Antara apa yang patut ada dalam kontrak kerja ialah:

  • Jabatan & jawatan rasmi
  • Gaji pokok + elaun
  • Working hours & hari bekerja
  • Cuti (tahunan, sakit, umum)
  • Probation period
  • Skop kerja
  • Klausa penalti / termination
  • Maklumat faedah seperti EPF & SOCSO

Haa… banyak kan? Sebab tu ramai tak baca sebab panjang, tapi inilah benda paling penting.

Tak perlu ke pejabat, kerja tetap jalan. Jom, apply kerja remote dekat sini


Apakah Bahagian Kontrak Kerja Yang Wajib Awak Semak Dahulu Sebelum Tandatangan?

Awak wajib semak bahagian gaji, waktu kerja, probation, cuti, faedah, skop kerja dan klausa penamatan sebab itu yang paling selalu jadi isu lepas pekerja dah mula kerja.

1. Bahagian gaji & elaun

Awak kena check:

  • Gaji pokok
  • Elaun (makan/transport/shift)
  • OT rate
  • Payment cycle

Ramai pekerja baru perasan gaji tak sama macam dijanjikan masa interview sebab tak semak klausa ni.

2. Waktu kerja & hari bekerja

Employment Act Malaysia tetapkan:

  • Maximum 45 jam seminggu
  • OT mesti dibayar
  • Rehat minimum 30 minit selepas 5 jam bekerja

Kalau kontrak tulis benda pelik macam “kerja ikut keperluan tanpa OT”, itu red flag.

3. Cuti tahunan & cuti sakit

Ini benda paling banyak majikan cuba kurangkan. Minimum cuti tahunan ikut tempoh kerja adalah seperti berikut:

  • < 2 tahun: 8 hari
  • 2 – 5 tahun: 12 hari
  • 5 tahun: 16 hari

Cuti sakit pula minimum 14 hari setahun.

4. Skop kerja

Kalau skop kerja tak jelas, majikan boleh arahkan apa saja. Awak kena pastikan skop tu tak terlalu umum seperti:

  • “Melakukan apa-apa tugas lain apabila diperlukan.”

Klausa ni selalu dipakai untuk suruh buat kerja luar jobscope.

5. Probation

Biasanya 3 – 6 bulan. Pastikan ada maklumat tentang:

  • cara penilaian
  • bila confirm
  • hak & faedah masa probation

6. Klausa penamatan

Jangan skip ni. Check notis berhenti (biasanya 30 hari). Ada majikan letak penalti pelik yang tak masuk akal.


Contoh Klausa Pelik Dalam Kontrak Kerja

Klausa pelik selalunya berkaitan penalti, kerja luar skop, kena bayar training fee, atau larangan bekerja selepas resign.

1. Kena bayar kalau resign awal

Sesetengah tempat letak klausa “training bond”, tapi tak jelaskan training apa pun. Kalau majikan tak buktikan kos tu, awak boleh challenge.

2. Non compete clause

Klausa yang larang awak kerja di syarikat lain dalam industri sama selama 6–12 bulan. Ramai tak tahu ni sebenarnya tak enforceable di Malaysia untuk pekerja biasa.

3. Kerja mengikut keperluan syarikat

Ini loophole untuk tambah kerja tanpa bayaran tambahan. Kalau ada klausa ni, awak kena tanya definisi dan limit kerja tersebut.

4. Penalti tanpa alasan jelas

Contoh:

  • Potongan gaji jika lambat 3 kali
  • Potongan gaji untuk “kesalahan am”

Potongan gaji mesti ikut Employment Act. Majikan tak boleh suka hati potong.


Macam Mana Cara Baca Kontrak Kerja Supaya Awak Tak Kena ‘Trap’?

Baca kontrak bahagian demi bahagian, highlight benda mencurigakan, tanya HR tanpa takut, dan minta masa sebelum sign.

Tips baca kontrak:

1. Jangan sign on the spot

Minta 24 – 48 jam untuk baca. Majikan yang paksa awak sign cepat biasanya ada benda nak sorok.

2. Bandingkan dengan apa yang recruiter janji

Kalau recruiter kata “gaji RM2,800”, kontrak pula tulis RM2,500, negotiate atau reject.

3. Kami syorkan highlight bahagian ni:

  • Gaji
  • Cuti
  • Working hours
  • OT
  • Skop kerja
  • Penalti
  • Notis berhenti

4. Simpan salinan digital

Print atau simpan PDF. Kalau berlaku pertikaian, ini penting gila.


Boleh Ke Majikan Ubah Kontrak Kerja Selepas Dah Mula Kerja?

Majikan hanya boleh ubah kontrak jika awak setuju. Tanpa persetujuan, perubahan itu tak sah.

Situasi biasa pekerja kena:

  • Tiba-tiba jadual kerja berubah
  • Cuti dipotong
  • Beban kerja bertambah
  • Elaun hilang
  • Wajib kerja hujung minggu

Kalau perubahan tu bagi kesan negatif pada awak:
→ Awak berhak tolak
→ Awak boleh minta kontrak baru
→ Awak boleh buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK)


Macam Mana Cara Buat Aduan Kalau Berlaku Isu Kontrak?

Awak boleh buat aduan dekat Pejabat Tenaga Kerja (JTK) seluruh Malaysia secara online atau walk in.

Langkah ringkas buat aduan:

  1. Kumpul bukti (kontrak, message, slip gaji).
  2. Isi borang aduan di portal JTK.
  3. Hadir sesi perjumpaan.
  4. Tunggu keputusan & tindakan.

JTK memang selalu bantu kes:

  • tak bayar OT
  • gaji tak ikut kontrak
  • cuti tak diberi
  • tuntutan pemotongan gaji

Baca Juga: Cara Buat Aduan Pejabat Buruh: Step Mudah Ramai Tak Tahu!


Boleh Ke Nak Negotiate Isi Dalam Kontrak Kerja?

Ya, boleh. Negotiation tu normal dan HR biasa dengan benda ni.

Apa yang boleh negotiate?

  • Gaji
  • Elaun
  • Working hours
  • Remote work
  • Cuti tambahan
  • Notis berhenti

Awak jangan rasa takut sebab awal-awal ni lah masa paling mudah nak ubah isi kontrak.


Kenapa Pekerja Kena Lebih Bijak Baca Kontrak Kerja?

Sebab trend kerja sekarang dah berubah gila:

  • Lebih banyak kerja contract vs permanent
  • Gaji makin kompetitif
  • Majikan guna klausa pelik untuk “cost cutting”
  • Pasaran kerja sesak
  • Pekerja muda mudah sign sebab nak cepat kerja

Kalau awak tak faham kontrak, awak akan senang diperguna.

Tapi bila awak tahu hak sendiri?

  • Awak tak boleh dipijak.
  • Awak lebih yakin negotiate.
  • Awak tahu bila nak cakap “no”.

Cari Kerja Baru? Pastikan Kontrak Kerja Pun Okay Ye!

Ramai jobseeker dekat Malaysia dah hantar 20 – 30 resume tapi tak pernah dapat kerja yang betul-betul sesuai. Kadang bukan sebab awak tak bagus… tapi sebab awak apply kerja yang tak match dengan skill sendiri.

Sekarang ada cara lagi senang. AI Job Matcher Maukerja boleh tolong scan resume awak dan cadangkan kerja yang paling sesuai ikut pengalaman awak.

  • Tak payah scroll ratusan iklan kerja.
  • Tak payah teka “sesuai ke tak kerja ni?”.
  • Sistem terus matchkan jawatan yang tinggi peluang untuk dapat interview.

Jom drop resume awak sekarang dekat Job Matcher Maukerja. Biar sistem AI cari kerja paling match dengan awak sebelum orang lain rebut dulu!

1. Apakah maksud kontrak kerja?

Kontrak kerja ialah perjanjian bertulis antara majikan dan pekerja mengenai gaji, cuti, waktu kerja, dan tanggungjawab. Ia penting sebagai rujukan jika berlaku sebarang pertikaian.

2. Apakah yang perlu saya semak sebelum tandatangan kontrak kerja?

Paling penting semak bahagian gaji, OT, cuti, skop kerja, probation dan klausa penamatan. Semua ini paling banyak jadi isu bila pekerja dah mula kerja.

3. Bolehkah majikan ubah kontrak kerja tanpa persetujuan pekerja?

Tak boleh. Perubahan hanya sah jika pekerja setuju. Kalau perubahan beri kesan buruk, awak boleh buat aduan di JTK.

4. Bagaimana cara negotiate kontrak kerja?

Awak boleh negotiate gaji, elaun, waktu kerja, notis berhenti, dan faedah. Buat perbincangan sebelum tandatangan sebab masa itu paling mudah untuk ubah syarat.

5. Apakah tanda-tanda kontrak kerja bermasalah?

Kontrak red flag bila gaji tak jelas, skop kerja kabur, banyak penalti pelik, non-compete clause ekstrem, atau majikan paksa sign cepat tanpa masa untuk baca.


Kerja kosong mengikut negeri di portal Maukerja: