Pelepasan Cukai 2025 Untuk eFiling 2026: Jangan Terlepas Ye!
# Pengetahuan Pekerja

Pelepasan Cukai 2025 Untuk eFiling 2026: Jangan Terlepas Ye!

post by Ani

by Ani

Dec 11, 2025
text.at 3:13 PM

Pelepasan Cukai 2025 Untuk eFiling 2026: Jangan Terlepas Ye!

Nak isi eFiling 2026 tapi keliru dengan pelepasan cukai 2025? Jangan risau! Kami susun senarai lengkap supaya awak dapat manfaat maksimum dari cukai awak. 


1. Pelepasan Untuk Individu

Jenis Pelepasan Amaun (RM) Catatan
Individu & tanggungan 9,000 Termasuk suami/isteri yang tidak bekerja
Suami/isteri/alimoni bekas isteri 4,000 -
Individu kurang upaya 7,000 Tambahan untuk diri sendiri
Suami/isteri kurang upaya 6,000 -
Yuran pengajian sendiri 7,000 i) Diploma/Sarjana muda, ii) Sarjana/PhD, iii) Kursus kemahiran terhad RM2,000
Faedah pinjaman perumahan (rumah pertama) 7,000 Untuk perjanjian jual beli 1 Jan 2025 – 31 Dis 2027, had harga rumah: RM500k: RM7,000, RM500k–750k: RM5,000

Baca Juga: Gaji Berapa Kena Income Tax? Pekerja Baru Ramai Tak Tahu Ni!


2. Pelepasan Perubatan & Keperluan Khas

Diri Sendiri, Pasangan & Anak:

  • Pelepasan sehingga RM10,000
  • Termasuk rawatan penyakit serius, rawatan kesuburan, pemvaksinan (terhad RM1,000), pemeriksaan & rawatan pergigian (terhad RM1,000), pemeriksaan perubatan (terhad RM1,000), intervensi awal untuk anak kurang upaya pembelajaran (terhad RM6,000)

Ibu Bapa & Datuk/Nenek:

  • Pelepasan sehingga RM8,000
  • Untuk rawatan perubatan, pergigian, keperluan khas & penjagaan
  • Pemeriksaan perubatan & pemvaksinan terhad RM1,000

Peralatan Sokongan Orang Kurang Upaya:

  • Pelepasan RM6,000
  • Meliputi diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa

3. Pelepasan Gaya Hidup

Perbelanjaan Gaya Hidup (RM2,500):

  • Bahan bacaan, komputer/telefon pintar/tablet, bil internet, yuran kursus kemahiran atau pengembangan diri

Pelepasan Tambahan (RM1,000):

  • Peralatan sukan, sewaan fasiliti sukan, fi pertandingan & keahlian gimnasium

Kenderaan Elektrik & Mesin Kompos Sisa Makanan:

  • RM2,500

Baca Juga: Nombor Pengenalan Cukai, Wajib Ke Untuk Pekerja? Ini Infonya


4. Pelepasan Insurans & Persaraan

Jenis Amaun (RM)
Insurans nyawa & KWSP 7,000
Skim persaraan swasta / anuiti tertangguh 3,000
SSPN (Tabung Bersih) 8,000
Insurans pendidikan & perubatan 4,000
PERKESO 350

Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini


5. Pelepasan Berkaitan Anak

  • Anak bawah 18 tahun belum berkahwin: RM2,000
  • Anak 18 tahun ke atas belajar sepenuh masa: RM8,000
  • Anak kurang upaya belum berkahwin: RM8,000
  • Pelepasan tambahan (18+ tahun belajar sepenuh masa): RM8,000
  • Yuran taska/tadika berdaftar (umur ≤6 tahun): RM3,000
  • Pembelian peralatan penyusuan (anak <2 tahun): RM1,000, boleh tuntut setiap 2 tahun

Pelepasan Cukai 2025


Cari Kerja Lagi Senang Kalau Guna Maukerja

Kalau awak tengah struggle nak cari kerja yang betul-betul ngam dengan pengalaman, minat, dan gaji yang awak nak… honestly, jangan buat semua tu sorang-sorang. Maukerja memang between the easiest ways to find a job in Malaysia right now.

Dekat Maukerja, awak boleh:

  • jumpa jawatan yang 100% match dengan skill awak,
  • guna AI Job Matcher untuk filter kerja yang sesuai dalam beberapa saat,
  • hantar resume terus tanpa pening,

Ringkasnya, kalau awak nak kerja cepat, relevan, dan ikut perkembangan pasaran kerja sekarang, Maukerja memang tempat terbaik untuk mula. Jangan tunggu. Lagi cepat awak explore, lagi cepat peluang datang.

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ Pelepasan Cukai 2025

1. Bila saya boleh mula eFiling 2026?
Biasanya dibuka pada Mac setiap tahun. Pastikan dokumen pelepasan lengkap.

2. Adakah pelepasan untuk anak yang belajar di luar negara sama dengan dalam negara?
Ya, tetapi had pelepasan berbeza ikut peringkat pengajian.

3. Bolehkah suami/isteri tuntut pelepasan yuran taska yang sama?
Hanya salah seorang boleh tuntut.

4. Adakah saya boleh tuntut kos vaksinasi untuk anak dan diri sendiri?
Ya, tetapi maksimum RM1,000 untuk setiap kategori.

5. Bagaimana nak tuntut pelepasan pembelian peralatan penyusuan?
Untuk pembayar cukai wanita sahaja, bagi anak bawah 2 tahun, setiap 2 tahun sekali.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah: