

by Ani
Pernah tak awak rasa macam nak skip kerja sehari sebab terlalu penat, ada urusan keluarga yang mendesak atau just nak rehat sekejap dari routine yang sama?
Tapi bila fikir balik, mula overthinking "Eh, kalau aku tak masuk tanpa bagitahu, boleh kena buang kerja ke?"
Ramai yang ambil mudah pasal absence tanpa kebenaran ni. Ada yang ingat "sekali je pun, takde hal lah". Dalam artikel ni, kita akan breakdown dengan jelas apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan "tidak hadir tanpa kebenaran", apa kata undang-undang Malaysia, bila majikan boleh terminate awak, dan macam mana nak elak jadi masalah besar.
Tidak berada di tempat kerja tanpa kebenaran bermaksud awak tak datang kerja (atau tinggalkan tempat kerja) tanpa memberitahu atau mendapat approval dari majikan atau penyelia. Dalam Bahasa Inggeris, ini dipanggil "Absence Without Leave" (AWOL) atau "Unauthorized Absence".
Contoh situasi AWOL termasuk:
Beza dia dengan cuti sakit atau cuti kecemasan yang sah adalah ada atau tiada kebenaran yang betul dari pihak majikan.
Kalau awak sakit dan hantar MC dari klinik panel atau inform boss awal-awal, itu bukan AWOL. Tapi kalau awak sakit, tak inform sesiapa dan terus tak datang kerja tanpa sebab yang jelas that's AWOL dan awak dah buat kesalahan.
Ya, majikan boleh buang pekerja. Tapi ada syarat. Di bawah Akta Kerja 1955, majikan memang diberi kuasa untuk ambil tindakan tatatertib terhadap pekerja yang melakukan kesalahan, termasuk tidak hadir tanpa kebenaran. Tapi bukan semudah itu nak terminate seseorang.
Mengikut Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955, majikan boleh buang pekerja tanpa notis kalau pekerja tu:
 Akta Kerja 1955.jpeg)
Tapi ingat, majikan kena ikut prosedur domestik inquiry (tatatertib dalaman) sebelum terminate. Tak boleh terus fire awak on the spot tanpa bagi peluang awak explain.
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Secara amnya, mengikut Akta Kerja 1955, kalau awak tak datang kerja lebih dari 2 hari berturut-turut tanpa maklumkan majikan itu dah dikira sebagai alasan mencukupi untuk majikan terminate awak tanpa notis.
Tapi dalam praktiknya, syarikat yang berbeza ada policy yang berbeza. Ada syarikat yang lebih strict. 3 hari AWOL terus terminate. Ada yang lebih lenient. Bagi warning letter dulu, suspend, baru terminate kalau berulang.
Situasi 1: Awak ponteng 1 hari je, inform lewat.
→ Biasanya kena warning letter atau show cause letter, belum sampai tahap buang kerja lagi.
Situasi 2: Awak ponteng 3 hari berturut-turut, takde inform langsung.
→ Ni boleh trigger domestic inquiry, dan kalau majikan buktikan awak memang tak ada alasan yang sah, awak boleh kena terminate.
Situasi 3: Awak ponteng satu hari je, tapi dah beberapa kali dalam 6 bulan lepas.
→ Walaupun setiap kali cuma 1 hari, tapi kesalahan berulang ni boleh bawa kepada tindakan lebih berat, termasuk termination.
Kesimpulannya: Jangan main-main dengan attendance. Walaupun 1 hari pun, kalau jadi pattern, awak boleh kena.
Baca Juga: Dapat Warning Letter? Ini Punca dan Contoh Warning Letter
Okay, katakan awak memang ponteng sekali tapi belum sampai tahap kena buang kerja. Apa yang majikan akan buat?
Biasanya, majikan akan ikut progressive disciplinary action, bermaksud tindakan tu akan naik step by step mengikut keterukan kesalahan.
1. Peringatan Lisan (Verbal Warning)
Untuk kesalahan ringan atau kali pertama, majikan mungkin just tegur secara lisan. Tapi kalau berulang, mula lah masuk rekod rasmi.
2. Surat Amaran (Warning Letter)
Kalau awak ponteng lagi, awak akan terima show cause letter atau warning letter. Awak kena bagi penjelasan dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya 3-7 hari).
3. Penggantungan (Suspension)
Kalau kesalahan tu lebih serius atau berulang, majikan boleh suspend awak (biasanya tanpa gaji) sambil buat siasatan atau domestic inquiry.
4. Pemotongan Gaji atau Insentif
Ada syarikat yang potong attendance allowance, bonus, atau increment sebagai tindakan.
5. Pembuangan Kerja (Termination)
Ini tindakan paling teruk. Biasanya berlaku kalau:
Sebelum terminate, majikan wajib buat domestic inquiry untuk beri peluang awak defend diri. Kalau inquiry buktikan awak bersalah, baru boleh proceed dengan termination.
Tak perlu ke pejabat, kerja tetap jalan. Jom, apply kerja remote dekat sini
Boleh dan awak WAJIB defend diri! Kalau awak terima show cause letter atau dipanggil untuk domestic inquiry, jangan abaikan. Ini peluang awak untuk explain situasi sebenar.
1. Jawab Show Cause Letter Dengan Segera
Bagi penjelasan yang jelas, jujur dan ada bukti sokong (contoh: MC, resit hospital, gambar kemalangan, dll). Kalau awak ada alasan yang munasabah, tulis dengan detail.
2. Hadiri Domestic Inquiry
Jangan ponteng inquiry. Ini peluang awak bercakap depan panel. Kalau perlu, bawa saksi atau bukti tambahan.
3. Dapatkan Nasihat Undang-Undang
Kalau awak rasa proses tu tak adil atau majikan tak ikut procedure, dapatkan nasihat dari peguam atau Jabatan Tenaga Kerja.
4. Rekod Semua Komunikasi
Simpan semua email, WhatsApp, atau surat berkaitan. Ini bukti penting kalau awak nak buat kes pembuangan tidak adil.
Tapi ingat, semua alasan kena disokong dengan bukti. Kalau cuma cakap je tanpa proof, susah nak defend.
Kalau awak dah kena buang kerja, bukan bermakna awak takde hak langsung. Masih ada perkara yang awak patut tahu dan boleh claim.
1. Gaji Tertunggak
Majikan kena bayar semua gaji yang belum dibayar sehingga hari terakhir awak kerja.
2. Cuti Tahunan Yang Belum Diambil
Kalau awak ada baki cuti tahunan, awak berhak dapat bayaran gantian (encashment).
3. Bayaran Gantian Notis
Kalau majikan terminate awak tanpa notis dan awak rasa termination tu tak sah, awak boleh claim bayaran gantian notis.
4. Faedah Lain (Jika Layak)
Contoh: bonus pro rated, KWSP, SOCSO, dll. Semua ni kena diselesaikan.
Kalau awak pernah kena masalah attendance sebab tekanan kerja, company culture tak sesuai, atau workload yang melampau, mungkin ni petanda awak patut cari tempat kerja yang lebih baik.
Dan good news! Sekarang ni senang je nak cari kerja yang betul-betul match dengan skill awak! Maukerja Job Matcher adalah platform yang guna teknologi AI untuk carikan kerja paling sesuai untuk awak. Tak perlu hantar resume berpuluh-puluh kali. Sistem akan auto match awak dengan jawatan yang betul-betul fit!
Lagi cepat awak hantar resume, lagi tinggi peluang awak dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu! Jom drop resume awak sekarang di sini & biar AI bantu awak jumpa kerja impian!
Biasanya tidak. Kebanyakan syarikat akan beri amaran atau minta penjelasan terlebih dahulu, bergantung kepada polisi dan rekod disiplin awak.
Maklumkan secepat mungkin dan sediakan bukti seperti MC. Kejujuran dan tindakan pantas boleh bantu kurangkan risiko tindakan disiplin.
Tidak sepatutnya. Majikan perlu jalankan Domestic Inquiry untuk pastikan proses adil sebelum sebarang tindakan berat diambil.
Ponteng kerja bermaksud tidak hadir tanpa makluman langsung, manakala cuti tanpa kelulusan biasanya masih dimaklumkan tetapi belum diluluskan.
Awak digalakkan berbincang dengan HR atau cari bantuan profesional. Jika keadaan berterusan, mungkin lebih baik pertimbangkan peluang kerja lain yang lebih sihat.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.