Untuk employers di Malaysia, tax compliance bukan setakat proses payroll bulanan sahaja. Setiap tahun, HR dan payroll teams perlu hantar beberapa statutory tax submissions melalui LHDN e-Filing (MyTax) — sistem rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Kalau tersalah submit, salah data atau lewat hantar, syarikat boleh dikenakan penalti dan pekerja pula mungkin hadapi masalah semasa e-Filing peribadi mereka. Artikel ini fokus kepada tanggungjawab majikan sahaja, bukan e-Filing individu pekerja.

