Dividen KWSP 2025 Dijangka Agihan Antara 5.5% hingga 6.3%
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Dividen KWSP 2025 Dijangka Agihan Antara 5.5% hingga 6.3%

post by Ani

by Ani

Feb 3, 2026
pada 3:29 PM

Dividen KWSP 2025 Dijangka Agihan Antara 5.5% hingga 6.3%

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen KWSP 2025 antara 5.8% – 6.3% untuk Simpanan Konvensional, manakala Simpanan Shariah dijangka sekitar 5.5% – 6.0%.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, menyatakan bahawa angka ini selari dengan prestasi pelaburan sembilan bulan pertama yang kukuh. Namun, dividen sebenar masih bergantung kepada disiplin realisasi keuntungan dan keperluan rizab jangka panjang dana persaraan.

"Jangkaan ini munasabah berdasarkan prestasi sembilan bulan serta pendekatan tadbir urus KWSP yang menekankan kelestarian dana," katanya.


Kenapa Bukan Semua Keuntungan Boleh Diagihkan?

Penting untuk difahami pencarum, tidak semua keuntungan pasaran boleh dijadikan dividen. Terutamanya keuntungan yang belum direalisasi.

Samirul menegaskan, "Keuntungan mark-to-market, termasuk perubahan nilai pertukaran asing yang belum direalisasi, tidak boleh diagihkan sebagai dividen."

Walaupun pasaran global menunjukkan pemulihan, angka dividen sebenar bergantung pada keuntungan yang benar-benar direalisasi dan keperluan KWSP untuk mengekalkan rizab. Ini bermaksud walaupun pelaburan kelihatan tinggi “di atas kertas”, ia tidak semestinya diterjemahkan kepada dividen maksimum.


Perbezaan Antara Simpanan Konvensional & Shariah

Simpanan konvensional biasanya menawarkan dividen sedikit lebih tinggi berbanding Simpanan Shariah kerana:

  • Portfolio Shariah tidak termasuk bon konvensional
  • Kurang fleksibiliti untuk strategi pelindung risiko
  • Lebih sensitif terhadap kitaran pasaran ekuiti

Dalam tahun pemulihan seperti 2025, jurang ini mungkin kecil, sekitar 0.2–0.3 mata peratusan, tetapi wujud kerana faktor struktur pelaburan.

Baca Juga: KWSP: Simpanan Syariah KWSP


KWSP: Fokus Kepada Pulangan Jangka Panjang

Samirul menolak anggapan bahawa dividen boleh mencecah 6.5% – 7.0% walaupun sembilan bulan pertama menunjukkan prestasi memberangsangkan.

"Mandat KWSP bukan untuk memaksimumkan dividen satu tahun, tetapi memastikan kelestarian pulangan jangka panjang," katanya.

Dengan dana melebihi RM1 trilion, populasi pencarum semakin matang, dan rizab perlu dijaga. Dividen antara 5.8% – 6.3% untuk Simpanan Konvensional dianggap kompetitif dan selamat dari perspektif tadbir urus.

Setakat sembilan bulan pertama 2025:

  • Pendapatan pelaburan KWSP: RM63.99 bilion
  • Kenaikan berbanding 2024: 11% (RM57.57 bilion)

Dr Mohamad Idham Md Razak, Pensyarah Kanan UiTM, menegaskan bahawa prestasi awal ini menunjukkan kemampanan dividen 2025, tetapi keputusan akhir masih bergantung pada suku keempat dan keperluan rizab.

"Dividen ASB yang stabil boleh dilihat sebagai petunjuk positif aset domestik, tetapi ia bukan penentu utama dividen KWSP," tambah beliau.


Rekod Dividen KWSP 2020 Sehingga 2024

Tahun Simpanan Konvensional Simpanan Shariah
2020 5.20% 4.90%
2021 6.10% 5.65%
2022 5.35% 4.75%
2023 5.50% 5.40%
2024 6.30% 6.30%

Faktor Yang Perlu Pencarum Fahami

  1. Keuntungan Belum Direalisasi: Tidak semua keuntungan boleh diagihkan.
  2. Ketidaktentuan Global: Risiko geopolitik, pasaran global, dan kadar faedah antarabangsa.
  3. Pendekatan Tadbir Urus KWSP: Fokus kepada pulangan jangka panjang dan disiplin rizab.

Sedia Untuk Peluang Kerjaya Baru?

Dengan keadaan ekonomi dan pasaran yang sentiasa berubah, penting untuk awak plan kewangan & kerjaya dengan bijak. Mulakan langkah ke arah kerjaya yang lebih stabil dan berpotensi tinggi sekarang.

Job Matcher


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ KWSP Dividen 2025

1. Bila KWSP akan umum dividen 2025?
Dividen biasanya diumumkan awal tahun berikutnya selepas penilaian penuh suku keempat.

2. Adakah dividen Shariah selalu lebih rendah?
Ya, kerana portfolio Shariah mempunyai pilihan pelaburan terhad dan lebih sensitif kepada pasaran ekuiti.

3. Bolehkah keuntungan pasaran tidak direalisasi diagihkan?
Tidak. KWSP hanya mengagihkan keuntungan realized dan mengekalkan rizab mencukupi.

4. Bagaimana dividen KWSP dibandingkan dengan ASB?
ASB hanya memberi sentimen sokongan. KWSP lebih terdedah kepada pasaran global dan faktor risiko antarabangsa.

5. Adakah prestasi sembilan bulan pertama menentukan dividen akhir?

Ia memberi indikasi awal, tapi keputusan akhir bergantung pada prestasi suku terakhir dan keperluan rizab.