

by Ani
Pernah tak awak tengah plan balik kampung, tiba-tiba bos mesej “Esok kerja ya, bukan cuti.” Terus rasa… eh, kejap. Bukankah Tahun Baru Cina tu cuti umum?
Realitinya, ramai pekerja di Malaysia masih keliru pasal status cuti Tahun Baru Cina. Ada yang dapat cuti penuh, ada yang separuh, ada yang langsung tak dapat. Lagi pening bila masuk bab gaji, kerja shift, kerja kontrak, dan cuti ganti.
So artikel ni kita akan jelaskan dekat awak semua yang keliru pasal benda ni.
Ya, Tahun Baru Cina adalah cuti umum di Malaysia tapi tidak semua negeri cuti dua hari. Di peringkat Persekutuan, Hari Pertama Tahun Baru Cina diiktiraf sebagai cuti umum. Hari kedua pula bergantung kepada negeri.
Biasanya melibatkan negeri yang majoriti penduduk Cina atau ada peruntukan khas negeri, seperti:
Beberapa negeri lain hanya isytihar hari pertama sahaja sebagai cuti umum iaitu Kelantan dan Terengganu.
Apa maksudnya untuk awak sebagai pekerja?
Kalau awak kerja di negeri yang hanya cuti 1 hari, majikan tak wajib bagi cuti hari kedua melainkan ada klausa dalam kontrak atau polisi syarikat.

Baca Juga: 50 Ucapan Raya Cina Untuk Kawan, Bos & Office Buddy
Ini bahagian paling penting, especially kalau awak pekerja swasta.
Di bawah Akta Kerja 1955 (Employment Act), pekerja layak dapat:
Tahun Baru Cina TIDAK termasuk dalam cuti wajib, tapi biasanya tersenarai sebagai cuti umum tambahan.
Kalau Tahun Baru Cina (CNY) jatuh pada hari rehat mingguan (biasanya Ahad bagi kebanyakan negeri), maka hari bekerja berikutnya (Isnin) secara automatik menjadi hari kelepasan am berbayar sebagai ganti.
Ini adalah berdasarkan Seksyen 60D Akta Kerja 1955, yang menetapkan bahawa jika mana-mana cuti umum jatuh pada hari rehat, hari bekerja seterusnya hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti.
Nak cari kerja? Jom, drop resume di sini kalau nak dapat kerja cepat!
Sebab benda ni berkait terus dengan:
Ramai pekerja muda rugi ratusan ringgit setahun sebab:
Padahal undang-undang dah ada untuk lindungi awak.
Ramai pekerja masih struggle dengan kerja yang tak jaga kebajikan, gaji tak setimpal, cuti pun tak jelas. Masalahnya, ramai stay sebab fikir susah nak cari kerja lain.
Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah. Dengan Maukerja Job Matcher, sistem AI akan:
Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher. Biar sistem bantu awak cari kerja yang lebih sesuai dengan awak.
Lagi cepat awak cuba, lagi tinggi peluang awak dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu peluang awak.
Tidak. Hari pertama ialah cuti umum peringkat Persekutuan, manakala hari kedua bergantung kepada negeri masing-masing.
Jika awak bekerja pada cuti umum, awak layak bayaran tambahan atau cuti gantian mengikut Akta Kerja 1955.
Tidak, jika hari tersebut adalah cuti umum yang sah. Potongan gaji hanya dibenarkan jika awak ambil cuti tanpa kelulusan.
Ya, bergantung kepada terma kontrak dan perlindungan di bawah Akta Kerja. Kebanyakan pekerja kontrak tetap layak cuti umum.
Awak sepatutnya diberikan cuti gantian atau bayaran mengikut peraturan cuti umum, bukan dianggap hangus.