Bila e-Filing 2026 Dibuka? Ini Tarikh Rasmi & Info Penting
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bila e-Filing 2026 Dibuka? Ini Tarikh Rasmi & Info Penting

post by Ani

by Ani

Mar 1, 2026
pada 11:24 AM

Bila e-Filing 2026 Dibuka? Ini Tarikh Rasmi & Info Penting

Musim cukai datang lagi. Dan setiap tahun, soalan yang sama akan muncul dalam kepala ramai pekerja: “Eh, bila sebenarnya e-Filing 2026 dibuka?”

Sama ada anda jenis yang suka settle awal untuk dapatkan tax refund cepat, atau jenis yang selalu tunggu last minute sehingga "debar dia lain macam", panduan ini adalah untuk anda.

Sistem e-Filing untuk Tahun Taksiran 2025 secara rasminya dibuka pada:

  • Tarikh Buka: 1 Mac 2026
  • Platform: Portal MyTax LHDNM
  • Tarikh Akhir (Individu BE - Pekerja): 30 April 2026 (Manual) / 15 Mei 2026 (e-Filing)
  • Tarikh Akhir (Individu B - Perniagaan): 30 Jun 2026 (Manual) / 15 Julai 2026 (e-Filing)

Kenapa e-Filing Penting Untuk Pekerja & Individu Bergaji?

Ia adalah tanggungjawab undang-undang. Di Malaysia, mana-mana individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi paras minimum bercukai wajib melaporkannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Siapa Yang Wajib Isi e-Filing?

Jangan keliru, e-Filing bukan untuk pekerja pejabat sahaja. Ia merangkumi:

  • Pekerja Makan Gaji: Individu yang ada potongan PCB dalam slip gaji bulanan.
  • Freelancer & Gig Worker: Pemandu e-hailing, pusingan modal saham, atau content creator.
  • Individu Berpendapatan Sampingan: Walaupun ada kerja tetap, side income tetap perlu dilapor.
  • Pemilik Perniagaan: Peniaga kecil-kecilan atau syarikat sendiri.

"PCB Saya Dah Kena Tolak, Perlu Isi Lagi Ke?"

Ini kesilapan popular. Walaupun setiap bulan gaji anda sudah dipotong PCB, tugas anda belum selesai. e-Filing adalah proses rasmi untuk:

  1. Mengesahkan Pendapatan Sebenar: Memastikan data majikan dan data LHDN adalah selari.
  2. Menuntut Pelepasan Cukai (Tax Relief): Inilah masanya anda "claim" perbelanjaan buku, gaya hidup, insurans, dan yuran tadika anak untuk kurangkan cukai.
  3. Dapatkan 'Tax Refund': Ramai yang layak dapat semula duit mereka (refund) kerana potongan PCB bulanan rupa-rupanya lebih tinggi berbanding cukai sebenar selepas ditolak pelepasan. Sayang kalau tak claim!

Peringatan: Pastikan anda menyimpan dokumen sokongan (resit/invois) selama 7 tahun. Walaupun proses e-Filing dilakukan secara online, LHDN berhak meminta bukti fizikal sekiranya anda dipilih untuk proses audit di masa hadapan.

Baca. Juga: Siapa Yang Perlu Isi e-Filing? Ramai Tak Sedar Mereka Kena Isi


Cara Akses e-Filing 2026 Melalui Portal MyTax

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memusatkan semua urusan percukaian di bawah satu bumbung iaitu Portal MyTax.

Berikut adalah panduan ringkas untuk mengaksesnya:

  1. Log Masuk: Layari portal MyTax. Gunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  2. Pilih Borang: Pergi ke menu perkhidmatan ezHasil > e-Filing. Pilih borang yang sesuai mengikut punca pendapatan anda:
    • Borang BE: Individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (Pekerja bergaji).
    • Borang B: Individu pemastautin yang mempunyai punca perniagaan.
  3. Isi Maklumat: Masukkan jumlah pendapatan tahunan (rujuk Penyata EA) dan tuntut Pelepasan Cukai yang layak.
  4. Semak & Hantar: Pastikan jumlah cukai yang kena dibayar (atau baki kredit untuk refund) adalah betul. Klik 'Sahkan & Hantar'.
  5. Simpan Pengesahan: Muat turun dan simpan slip pengesahan penghantaran dalam format PDF.

portal mytax

Dokumen Penting Sebelum Isi e-Filing (Checklist)

Supaya tidak kelam-kabut di saat akhir, pastikan dokumen berikut sudah berada di tangan anda:

  • Penyata EA / EC: Dokumen rasmi daripada majikan yang menunjukkan gaji kasar, potongan KWSP, dan PCB bagi tahun 2025.
  • Resit Pelepasan Cukai: Bukti perbelanjaan untuk insurans nyawa/perubatan, yuran pendidikan, pembelian buku/gajet (Gaya Hidup), dan pemeriksaan kesihatan.
  • Penyata Zakat: Resit rasmi pembayaran zakat fitrah atau zakat harta untuk tolakan cukai (rebat).
  • Maklumat Akaun Bank: Pastikan akaun bank dalam sistem MyTax adalah terkini untuk urusan refund yang lancar.

Baca Juga: Gaji Berapa Kena Income Tax? Pekerja Baru Ramai Tak Tahu Ni!


Bila Tarikh Akhir e Filing 2026?

Tandakan kalendar anda sekarang. Kegagalan menghantar borang sebelum tarikh ini boleh mengakibatkan anda dikenakan penalti yang tidak perlu.

Berikut adalah jadual rasmi untuk Tahun Taksiran 2025 (difailkan pada 2026):

Kategori Pembayar Cukai Jenis Borang Tarikh Akhir (Manual) Tarikh Akhir (e-Filing)
Individu Tanpa Perniagaan (Pekerja Bergaji) Borang BE 30 April 2026 15 Mei 2026
Individu Berbisnes (Peniaga/Freelance) Borang B 30 Jun 2026 15 Julai 2026
Majikan (Syarikat/Individu) Borang E 31 Mac 2026 30 April 2026

Apa Risiko Jika Terlepas Tarikh Akhir?

Jika anda menghantar borang selepas tempoh tambahan (grace period) tamat, anda berdepan dengan tindakan berikut:

  1. Penalti Lewat Hantar: Di bawah Seksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, anda boleh dikenakan penalti jika gagal mengemukakan borang nyata mengikut masa yang ditetapkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  2. Kenaikan Cukai 10%: Penalti bermula dengan 10% daripada baki cukai yang belum dibayar selepas tarikh akhir. Jika masih gagal dalam tempoh 60 hari, tambahan 5% lagi boleh dikenakan.
  3. Sekatan Perjalanan: Dalam kes yang lebih serius, LHDN mempunyai kuasa untuk membuat sekatan perjalanan ke luar negara jika hutang cukai tidak diselesaikan.

Masih Struggle Urus Kerjaya & Gaji?

Ramai yang rasa terbeban setiap kali musim e-Filing tiba kerana sedar gaji tak naik-naik, sedangkan kos sara hidup makin tinggi. Dah hantar berpuluh resume, tapi masih tak dapat kerja yang match dengan skill sendiri?

Sebenarnya, ada cara lebih cerdik untuk anda dapatkan kerjaya yang menawarkan gaji setimpal dengan pengalaman anda.

Biar AI Bantu Cari Kerja Untuk Anda!

Tak perlu lagi bazir masa scroll berjam-jam di portal kerja. Gunakan teknologi AI Job Matcher untuk tapis dan cadangkan kerja paling tepat mengikut kepakaran dan minat anda secara automatik.

Jangan tunggu sehingga orang lain "potong" peluang anda. Jika anda mahu perubahan kerjaya yang lebih baik pada tahun 2026 ini, jom cuba Maukerja AI Job Matcher sekarang.

Lagi cepat anda hantar, lagi tinggi peluang anda untuk dipanggil interview. Jom bina masa depan kewangan yang lebih kukuh hari ini!

Job Matcher


FAQ Tentang e-Filing 2026

1. Bilakah tarikh rasmi e-Filing 2026 dibuka?

Perkhidmatan e-Filing bagi Tahun Taksiran 2025 telah dibuka secara rasmi mulai 1 Mac 2026. Anda boleh mula mengemukakan borang nyata melalui portal MyTax LHDN. 

2. Bagaimanakah cara isi e-Filing secara online?

Prosesnya kini lebih mudah secara digital:

  • Log masuk ke portal MyTax menggunakan ID pengenalan dan kata laluan anda.
  • Pilih menu ezHasil > e-Filing dan pilih borang yang tepat (contoh: Borang e-BE untuk individu tanpa punca perniagaan).
  • Masukkan jumlah pendapatan berdasarkan Penyata EA dan tuntut pelepasan cukai yang layak.
  • Sahkan maklumat dan hantar untuk mendapatkan slip pengesahan. 

3. Bolehkah saya tidak isi e-Filing jika sudah ada potongan PCB?

Tidak. Anda tetap wajib mengemukakan e-Filing jika pendapatan tahunan anda melebihi nilai ambang (threshold) iaitu sekitar RM37,333 (selepas potongan KWSP) atau kira-kira RM3,111 sebulan. e-Filing penting untuk menyelaraskan jumlah PCB yang telah dipotong dengan cukai sebenar yang perlu dibayar. 

4. Bila tarikh akhir isi e-Filing 2026?

Bagi individu pemastautin (Borang BE), tarikh akhir adalah 30 April 2026, namun tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2026 jika menggunakan e-Filing. Untuk individu dengan punca perniagaan (Borang B), tarikh akhirnya adalah pada 15 Julai 2026 (melalui e-Filing). 

5. Apakah penalti jika saya lewat atau gagal hantar?

Kelewatan penghantaran boleh menyebabkan anda dikenakan penalti di bawah Seksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967. Penalti ini biasanya bermula daripada 10% atas baki cukai yang belum dibayar. Dalam kes yang serius, LHDN juga boleh mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara. 


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: