

by Ani
Pernah tak anda buka slip gaji, tengok potongan Potongan Cukai Berjadual (PCB) setiap bulan… lepas tu bila masuk musim cukai (Mac - April), terus rasa serabut? contohnya serabut dengan e-Filing dan lain-lain.
Tenang. Anda tak keseorangan. Ramai pekerja di Malaysia masih keliru tentang e-Filing, walaupun sistem ini sebenarnya direka untuk memudahkan kita menuntut semula duit cukai yang terlebih bayar.
e-Filing ialah sistem penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui portal rasmi MyTax LHDN.
Bermula 1 Mac 2026, sistem e-Filing telah dibuka secara rasmi untuk Tahun Taksiran 2025. Ini bermaksud anda tidak perlu lagi mengisi borang kertas secara manual atau bersesak di kaunter pejabat LHDN. Semuanya boleh diselesaikan dihujung jari menggunakan laptop atau telefon pintar sahaja.

Dulu, pembayar cukai terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran seperti borang kertas yang renyah dan risiko kesilapan pengiraan manual. Kini, peralihan kepada digital melalui portal MyTax bertujuan untuk:
Kekeliruan paling besar biasanya adalah memilih borang yang betul. Untuk tahun 2026, pastikan anda pilih kategori ini:
Baca Juga: Bila e-Filing 2026 Dibuka? Ini Tarikh Rasmi & Info Penting
Mana-mana individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi ambang (threshold) yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajib mendaftar fail cukai dan menghantar borang melalui e-Filing.
Untuk Tahun Taksiran 2025 (yang difailkan pada 2026), anda wajib lapor cukai jika pendapatan tahunan anda adalah:
Wajib. Ini adalah salah faham paling besar. Walaupun potongan Potongan Cukai Berjadual (PCB) dibuat secara automatik, anda tetap perlu buat e-Filing kerana:
Baca. Juga: Siapa Yang Perlu Isi e-Filing? Ramai Tak Sedar Mereka Kena Isi
e-Filing berfungsi sebagai platform rasmi untuk melaporkan pendapatan tahunan, mengira jumlah cukai sebenar secara automatik dan menentukan sama ada anda mempunyai lebihan bayaran (refund) atau baki cukai yang perlu dibayar.
Setiap awal tahun, majikan wajib memberikan Penyata EA kepada anda. Di sinilah gunanya e-Filing:
Inilah fungsi paling penting untuk mengurangkan beban cukai anda. Melalui e-Filing, anda boleh menolak perbelanjaan tertentu daripada jumlah pendapatan yang boleh dicukai.
Antara pelepasan cukai popular untuk Tahun Taksiran 2025 (Fail 2026) termasuklah:
Tips: Pastikan anda simpan semua resit pembelian selama 7 tahun sebagai bukti jika diminta oleh LHDN di kemudian hari.
Ini adalah "bonus" tahunan bagi ramai pekerja. Jika jumlah Potongan Cukai Berjadual (PCB) yang dipotong dari gaji bulanan anda adalah lebih tinggi daripada cukai sebenar (selepas tolak pelepasan), LHDN akan memulangkan lebihan tersebut.
Log masuk ke portal MyTax LHDN, pilih borang yang betul (e-BE untuk pekerja), isi maklumat pendapatan serta pelepasan, dan hantar sebelum 15 Mei 2026.
Pergi ke portal rasmi MyTax LHDN.
Selepas berjaya log masuk:
Kelebihan sistem terkini adalah maklumat dari Penyata EA majikan anda biasanya sudah diisi secara automatik (pre-filled).
Ini adalah bahagian paling kritikal untuk menentukan sama ada anda layak mendapat bayaran balik (refund).
Jangan tunggu saat akhir! LHDN telah menetapkan tarikh akhir yang berbeza mengikut kategori punca pendapatan anda. Berikut adalah ringkasan penting untuk Tahun Taksiran 2025 (yang difailkan pada tahun 2026):
Individu yang hanya mempunyai pendapatan penggajian (tiada bisnes).
Individu yang menjalankan perniagaan, perkongsian, atau kerja bebas.
Penyata saraan pekerja oleh majikan kepada LHDN.
Jika anda layak cukai tapi sengaja tidak menghantar e-Filing, anda bukan sahaja berdepan dengan denda kewangan yang tinggi, malah boleh dikenakan hukuman penjara dan sekatan perjalanan ke luar negara.
Berikut adalah risiko utama di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967:
Gagal menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan tanpa alasan munasabah boleh menyebabkan:
Jika anda menghantar borang tapi lewat membayar baki cukai selepas 15 Mei 2026 (untuk e-BE), penalti automatik sebanyak 10% akan dikenakan ke atas baki cukai tersebut. Jika masih tidak dibayar selepas 60 hari, tambahan 5% lagi akan dikenakan.
Ini adalah risiko yang paling memberi kesan segera. LHDN mempunyai kuasa di bawah Seksyen 104 untuk menyekat anda daripada keluar negara di pintu sempadan (lapangan terbang/imigresen) jika mempunyai tunggakan cukai yang tidak diselesaikan.
Tanpa e-Filing, anda tidak dapat menuntut pelepasan cukai (seperti yuran gim, internet, atau insurans). Ini bermakna, lebihan potongan PCB bulanan awak akan hangus begitu sahaja dalam sistem dan tidak akan dipulangkan ke akaun bank.
Ini soalan paling popular setiap kali musim cukai tiba. Ramai yang keliru dan sangka kalau dah ada PCB, tak perlu lagi buat e-Filing. Hakikatnya, kedua-duanya adalah perkara berbeza:
Dah settle bab e-Filing, tapi rasa gaji bulanan masih tak cukup? Atau anda rasa letih sebab:
Sebenarnya, anda tak perlu lagi buang masa scroll iklan kerja berjam-jam secara manual.
Dengan AI Job Matcher Maukerja, sistem pintar kami akan carikan kerja yang paling 'match' secara automatik berdasarkan pengalaman anda.
e-Filing ialah sistem penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian melalui portal MyTax LHDN. Ia menggantikan borang kertas manual, membolehkan pengiraan cukai dibuat secara automatik dan lebih pantas.
Bagi tahun 2026, individu baharu perlu mendaftar nombor fail cukai melalui e-Daftar di portal MyTax. Anda wajib melakukan pengesahan identiti secara digital melalui e-KYC (swafoto wajah & imbasan MyKad) sebelum boleh log masuk buat kali pertama.
Wajib. Potongan Cukai Berjadual (PCB) hanyalah anggaran awal. e-Filing adalah proses pengesahan muktamad di mana anda boleh memasukkan Pelepasan Cukai (seperti insurans, gaya hidup, atau perubatan) untuk mendapatkan semula bayaran balik (refund) jika terdapat lebihan potongan gaji.
Mengikut undang-undang LHDN, anda wajib menyimpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh (7) tahun dari tahun taksiran difailkan. Kegagalan menunjukkan resit semasa audit boleh menyebabkan anda dikenakan penalti berat.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: