

by Ani
Pernah tak anda rasa excited bila buka emel, tiba-tiba nampak ayat yang paling ditunggu: “We are pleased to offer you the position…” Perasaan tu memang susah nak describe. Lega, gembira, dan ada sedikit debaran. Tapi selepas itu muncul satu persoalan: Macam mana sebenarnya cara balas emel terima tawaran kerja dengan betul?
Ramai calon anggap ini perkara remeh. Hakikatnya, mengikut etika kerjaya moden sekarang ni, cara anda membalas emel tawaran (Offer Letter) bukan sekadar tanda setuju, tapi ia adalah pengesahan profesional yang menentukan first impression majikan sebelum hari pertama melapor diri.
Emel balasan yang mantap menunjukkan anda:
Sama ada anda ingin terus setuju, atau perlukan masa untuk berfikir, artikel ini menyediakan contoh ayat terima tawaran kerja yang berkesan serta kesilapan "maut" yang wajib anda elakkan.
Secara teknikal, emel tawaran kerja ialah dokumen komunikasi rasmi daripada pihak majikan (biasanya HR atau Pengurus Pengambilan) yang menyatakan niat mereka untuk melantik anda bagi sesuatu jawatan selepas fasa temuduga tamat.
Dalam ekosistem kerjaya di Malaysia, emel ini bertindak sebagai pra-kontrak yang mengandungi terma-terma kritikal seperti:
Jangan sesekali menganggap emel ini sekadar makluman. Membalas emel tawaran kerja adalah prosedur pengesahan penerimaan (Acceptance of Offer) yang sangat penting kerana:
Jika anda mendiamkan diri tanpa sebarang maklum balas dalam tempoh 24 hingga 48 jam, majikan mungkin menganggap anda tidak berminat atau tidak serius dengan tawaran tersebut.
Baca Juga: Apa Itu Offer Letter Dan Kepentingan Offer Letter Yang Pekerja Wajib Tahu
Jangan hantar emel yang terlalu ringkas seperti "Saya setuju." Ikuti struktur 4 Komponen Profesional ini untuk memastikan transisi kerjaya anda berjalan lancar:
Mulakan dengan nada positif. Ini menunjukkan adab korporat yang tinggi dan menghargai keputusan panel penemu duga.
Nyatakan dengan jelas bahawa anda menerima tawaran tersebut tanpa sebarang keraguan. Ini adalah elemen kritikal dalam Akta Kontrak.
Jangan lupa sahkan butiran utama seperti tarikh melapor diri dan gaji. Jika majikan meminta dokumen yang ditandatangani, sebutkan dalam emel.
Akhiri emel dengan menunjukkan keterujaan anda untuk memberikan nilai tambah kepada syarikat.
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kerja Kosong Dekat LRT/MRT!
Gunakan templat di bawah sebagai rujukan. Pastikan anda menghantar emel ini dalam tempoh 24-48 jam selepas menerima tawaran.
Sesuai untuk syarikat tempatan atau SME.
Subjek: Penerimaan Tawaran Jawatan – [Nama Anda] – [Nama Jawatan]
Sapaan: Tuan/Puan [Nama Hiring Manager],
Terima kasih atas tawaran jawatan sebagai [Nama Jawatan] di [Nama Syarikat].
Saya dengan sukacitanya mengesahkan penerimaan tawaran ini dan bersetuju dengan segala terma serta syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran (Offer Letter). Bersama emel ini, saya lampirkan salinan surat tawaran yang telah ditandatangani dalam format PDF untuk simpanan pihak tuan.
Seperti yang dipersetujui, tarikh rasmi saya melapor diri adalah pada [Tarikh Mula Kerja].
Saya amat teruja untuk menyertai pasukan di [Nama Syarikat] dan berharap dapat memberikan sumbangan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi atas peluang dan kepercayaan ini.
Yang benar,
[Nama Penuh Anda]
[Nombor Telefon]

Sesuai untuk syarikat multinasional (MNC) atau jika sesi temuduga dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Subject: Job Offer Acceptance – [Your Name] – [Job Position]
Salutation: Dear [Hiring Manager's Name],
Thank you for offering me the position of [Job Position] at [Company Name].
I am delighted to formally accept this offer and look forward to joining the team. I have reviewed and agreed to the terms and conditions outlined in the offer letter. Please find the signed copy of my offer letter attached to this email.
As discussed, my start date will be on [Start Date]. Please let me know if there are any additional documents or onboarding materials I should prepare before my first day.
Thank you again for this opportunity. I am eager to start contributing to the success of [Company Name].
Best regards,
[Your Full Name]
[LinkedIn Profile Link / Phone Number]
.jpg)
Secepat mungkin. Namun, mengikut etika profesional di Malaysia, tempoh ideal untuk memberikan maklum balas adalah 24 hingga 48 Jam (Hari Bekerja) selepas emel diterima.
Jangan mendiamkan diri (ghosting). Jika anda perlu berbincang dengan keluarga atau meneliti kontrak, hantar Emel Makluman Awal dalam tempoh 24 jam pertama.
"Terima kasih atas tawaran jawatan [Nama Jawatan]. Saya amat menghargai peluang ini. Mohon izin untuk saya meneliti butiran kontrak ini secara terperinci dan saya akan memberikan jawapan muktamad sebelum [Nyatakan Tarikh & Masa Spesifik]."
Jangan biarkan kegembiraan anda musnah disebabkan kesilapan teknikal yang nampak kecil tapi memberi impak besar:
Ramai calon di Malaysia gagal dapat interview bukan sebab tak layak, tapi sebab resume tak lepas sistem ATS (Applicant Tracking System). 95% syarikat besar guna sistem AI ni untuk tapis calon secara automatik. Kalau resume anda tak dioptimumkan, HR memang takkan nampak profil anda.
Jangan buang masa hantar resume yang "cacat" teknikal. [Semak Skor Resume Anda Sekarang!] Tingkatkan peluang dipanggil interview dengan format yang tepat.
[Semak Skor Resume Anda Di Sini Sekarang!]
Wajib. Persetujuan lisan tidak mempunyai rekod hitam putih yang kuat. Balasan emel berfungsi sebagai pengesahan rasmi (Acceptance of Offer) yang mengikat kedua-dua pihak di bawah Akta Kontrak 1950. Ia juga memudahkan urusan pendaftaran akaun KWSP dan PERKESO oleh pihak HR.
Gunakan pendekatan "Gratitude-Reason-Close". Ucapkan terima kasih atas peluang, nyatakan secara ringkas alasan penolakan (contoh: menerima tawaran yang lebih selari dengan matlamat kerjaya), dan tamatkan dengan ucapan selamat maju jaya kepada syarikat tersebut. Ini penting untuk menjaga reputasi profesional anda di masa hadapan.
3. Bolehkah saya membalas emel tawaran kerja dalam Bahasa Melayu?
Boleh, namun ikut bahasa asal emel majikan (Mirroring technique). Jika majikan menghantar tawaran dalam Bahasa Inggeris, balas dalam Bahasa Inggeris untuk menunjukkan tahap penguasaan bahasa dan profesionalisme anda. Jika komunikasi awal adalah dalam Bahasa Melayu, membalas dalam Bahasa Melayu adalah sangat dialu-alukan.
Tempoh ideal adalah dalam masa 24 hingga 48 jam (Hari Bekerja). Kelewatan melebihi 3 hari tanpa sebarang maklum balas boleh menyebabkan majikan menganggap anda tidak berminat, sekaligus meningkatkan risiko tawaran ditarik balik (rescinded offer) untuk diberikan kepada calon simpanan.
Jangan tandatangan dahulu. Hantar emel balasan untuk memohon klarifikasi (Clarification Email). Tanya secara spesifik mengenai klausa yang mengelirukan (contoh: struktur komisen atau waktu kerja 45 jam seminggu) dengan nada yang profesional sebelum memberikan kata putus.