

by Ani
Pernah tak anda tiba-tiba jatuh sakit sampai kena admit wad, tapi dalam masa yang sama, otak masih ligat fikir pasal kerja? “Cuti sakit aku cukup ke nak cover admit ni?”, “Gaji kena potong tak kalau duduk hospital lama?”, “Bos ada hak ke nak reject permohonan cuti hospitalisasi aku?” Realiti di Malaysia, ramai pekerja masih keliru antara Cuti Sakit (MC) biasa dengan Cuti Hospitalisasi.
Walaupun bunyinya teknikal, faham tentang hak ini sangat penting supaya kebajikan anda terjaga dan gaji tak kena potong sesuka hati.
Dalam artikel ini, kita akan bedah maksud sebenar cuti hospitalisasi mengikut Akta Kerja 1955 dan apa hak mutlak anda sebagai pekerja. Simple, padat, dan terus kepada poin penting.
Cuti hospitalisasi ialah cuti sakit bergaji khas yang diberikan kepada pekerja apabila mereka perlu dimasukkan ke hospital (warded) untuk rawatan yang disahkan oleh doktor berdaftar.
Mengikut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, terdapat perbezaan besar yang anda wajib tahu:
Sejak pindaan akta terbaru, cuti 60 hari hospitalisasi ini adalah tambahan dan berasingan daripada cuti sakit biasa anda.
Di Malaysia, hak anda dilindungi dengan jelas di bawah undang-undang. Sejak pindaan besar Akta Kerja 1955 yang dikuatkuasakan pada Januari 2023, pengiraan cuti telah menjadi lebih adil.
Kelayakan Mutlak: 60 Hari Setahun
Ini bukan lagi "pilihan" majikan, tetapi hak minimum bagi semua pekerja yang tertakluk di bawah Akta Kerja.
"The Big Win": Cuti Ini Berasingan!
Dulu, ramai pekerja takut nak ambil MC biasa sebab takut cuti hospitalisasi (60 hari) tu akan berkurang. Sekarang tidak lagi.
Contoh Situasi:
Katakan anda dah guna habis 14 hari MC untuk demam biasa sepanjang tahun. Tiba-tiba, anda kena bedah apendiks dan kena duduk wad 10 hari.
Tapi, Ada "Tapi"...
Walaupun undang-undang kata 60 hari, anda kena semak dua benda ni:
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kerja Kosong Dekat LRT/MRT!
Ramai yang ingat cuti ini hanya untuk pekerja kilang atau kerani sahaja. Jawapannya, TIDAK.
Mengikut pindaan terbaru Akta Kerja 1955, hampir semua pekerja di sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Labuan kini layak mendapat hak ini, tanpa mengira jumlah gaji bulanan anda.
"Tapi, Gaji Saya RM5,000 ke Atas... Layak ke?"
YA, LAYAK. Walaupun anda seorang Manager atau CEO, Seksyen 60F mengenai Cuti Sakit & Hospitalisasi kini terpakai untuk semua pekerja di bawah kontrak perkhidmatan. Syarikat tidak boleh beri kurang daripada 60 hari setahun.
Pengecualian Kecil:
YA. Cuti Hospitalisasi adalah BERBAYAR 100%. Di bawah undang-undang Malaysia, majikan wajib membayar gaji penuh anda sepanjang tempoh cuti hospitalisasi (sehingga had 60 hari setahun), asalkan syarat-syarat ini dipenuhi:
1. Pengesahan Rasmi: Anda mesti ada sijil sakit (MC) daripada pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan hospital.
2. Notifikasi 48 Jam: Mengikut Seksyen 60F(2) Akta Kerja, anda (atau wakil keluarga) WAJIB memaklumkan majikan dalam masa 48 jam selepas dimasukkan ke hospital.
Penting: Jika gagal maklumkan dalam 48 jam, cuti tersebut boleh dianggap sebagai "Absence Without Leave" (AWOL) dan majikan berhak tidak membayar gaji bagi hari tersebut.
3. Dokumen Sokongan: Simpan Discharge Summary atau surat kemasukan wad sebagai bukti kukuh untuk bahagian HR.
Proses memohon cuti hospitalisasi sebenarnya nampak senang tapi kalau tersilap langkah, gaji anda boleh kena potong atau dianggap "ponteng kerja" (AWOL).
Ikuti 3 langkah utama ini mengikut ketetapan undang-undang Malaysia:
1. Dapatkan Dokumen Rasmi Hospital
Sebaik sahaja anda disahkan perlu masuk wad, pastikan doktor mengeluarkan dokumen berikut:
2. Maklumkan Majikan Dalam Tempoh 48 Jam (Kritikal!)
Mengikut Seksyen 60F(2) Akta Kerja 1955, anda WAJIB memaklumkan majikan dalam tempoh 48 jam dari waktu mula sakit/admit.
3. Kemas Kini Sistem HR/Dokumentasi
Selepas keluar dari hospital (discaj), segera serahkan salinan fizikal atau digital dokumen tadi kepada bahagian HR.
Ramai pekerja hanya sedar tentang kepentingan cuti hospitalisasi dan kebajikan apabila mereka benar-benar jatuh sakit. Masa itulah baru perasan syarikat sekarang mungkin tak jaga kebajikan sepertimana yang sepatutnya.
Jangan tunggu sampai burnout atau jatuh sakit baru nak cari jalan keluar.
Zaman sekarang, anda tak perlu lagi 'scroll' satu-satu iklan kerja yang tak relevan. Dengan AI Job Matcher, sistem kami akan bantu anda cari kerja yang sesuai dengan skill dan pengalaman yang anda ada.
Cuti Sakit (MC) adalah untuk rawatan pesakit luar (contoh: klinik), manakala Cuti Hospitalisasi khusus untuk kes yang memerlukan kemasukan wad (warded) atau pembedahan harian. Di bawah Akta Kerja terbaru, kedua-dua cuti ini dikira secara berasingan.
Mengikut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, semua pekerja sektor swasta layak mendapat 60 hari cuti hospitalisasi setahun. Ini adalah hak minimum yang wajib diberikan oleh majikan, tidak kira berapa lama tempoh perkhidmatan anda.
Tidak. Cuti hospitalisasi adalah cuti bergaji penuh. Majikan wajib membayar gaji harian anda selagi baki cuti 60 hari tersebut masih ada dan pengesahan doktor disertakan.
Majikan tidak boleh menolak cuti hospitalisasi jika anda mempunyai bukti perubatan yang sah (MC Hospital/Surat Discaj). Namun, majikan berhak tidak membayar gaji jika anda gagal memaklumkan mereka dalam tempoh 48 jam selepas dimasukkan ke hospital.
Ya. Asalkan hospital tersebut mempunyai pengamal perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC). Sama ada hospital kerajaan atau swasta, kedua-duanya layak untuk tuntutan cuti hospitalisasi.