

by Ani
Pernah tak anda rasa berdebar bila tiba-tiba dapat emel jemputan meeting mengejut dari HR? Atau mungkin anda nampak kawan sekerja kena buang kerja tanpa amaran, terus terfikir “Eh, kalau jadi kat aku macam mana? Majikan boleh ke berhentikan pekerja macam ni?”
Situasi kena buang kerja (retrenchment atau termination) memang menakutkan, lagi-lagi kalau anda ada komitmen bulanan. Tapi, jangan panik dulu. Di Malaysia, majikan TIDAK BOLEH memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan yang kukuh dan prosedur yang betul di bawah Akta Kerja 1955.
Jom kita break down satu-persatu supaya anda faham hak anda.
Majikan sama sekali tidak boleh berhentikan pekerja sesuka hati. Di bawah undang-undang buruh di Malaysia, setiap pekerja mempunyai hak keselamatan kerja. Majikan tidak dibenarkan menamatkan perkhidmatan anda secara melulu tanpa alasan yang kukuh.
Setiap pemberhentian kerja mesti disandarkan kepada prinsip "Just Cause and Excuse" (Sebab dan Alasan yang Adil). Ini bermaksud, majikan perlu membuktikan bahawa:
Sama ada anda pekerja tetap atau kontrak, anda dilindungi oleh undang-undang. Jika majikan memecat anda tanpa sebab yang sah:
Ramai pekerja di Malaysia yang teraniaya bukan sebab mereka tak buat kerja, tapi sebab mereka tak sedar hak sendiri. Bila majikan panggil masuk bilik dan suruh tandatangan surat berhenti, ramai yang terus rasa bersalah atau panik padahal sebenarnya majikan yang langgar prosedur.
Ini adalah alasan paling popular majikan gunakan. Bayangkan:
Tunggu Dulu! Jika syarikat mahu memberhentikan pekerja atas alasan restructure atau retrenchment (pengurangan pekerja), mereka tertakluk kepada prinsip "Last In, First Out" (LIFO) dan perlu membuktikan bahawa syarikat memang benar-benar mengalami kerugian atau pengecilan operasi.
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kerja Kosong Dekat LRT/MRT!
Majikan tidak boleh memecat anda atas alasan tak suka atau masalah peribadi. Pemberhentian hanya dianggap sah di sisi undang-undang jika ia melibatkan salah satu daripada sebab berikut:
Ini adalah sebab yang paling biasa, tetapi juga yang paling kerap disalahgunakan. Antara contoh salah laku yang serius:
Peringatan Penting: Majikan TIDAK BOLEH terus buang kerja pada hari kejadian. Mereka wajib menjalankan Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry - DI) terlebih dahulu. Anda berhak untuk:
Jika prestasi kerja anda konsisten rendah, majikan mempunyai hak untuk bertindak. Namun, undang-undang di Malaysia sangat ketat dalam hal ini. Majikan TIDAK BOLEH terus memecat anda hanya kerana satu kesilapan.
Ini berlaku bukan kerana salah anda, tetapi kerana situasi syarikat seperti kerugian besar, penutupan cawangan, atau perubahan struktur organisasi (automasasi).
Ini berlaku apabila anda melanggar syarat fundamental dalam perjanjian kerja. Contohnya:
Jangan terus berputus asa atau rasa kalah. Jika anda yakin pemberhentian itu tidak adil atau majikan gagal mengikut prosedur (seperti tiada PIP atau tiada sesi DI), anda ada hak undang-undang yang kuat di Malaysia.
Ini adalah langkah paling utama. Anda wajib membuat aduan dalam tempoh 60 hari dari tarikh terakhir bekerja. Jika terlepas tempoh ini, anda mungkin kehilangan hak untuk menuntut.
Proses: JPP akan memanggil anda dan majikan untuk sesi perdamaian (conciliation).
Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, matlamat utama aduan adalah untuk mendapatkan semula jawatan anda. Namun, jika hubungan dengan majikan sudah rosak mahkamah boleh memerintahkan majikan membayar pampasan sebagai ganti kepada pengambilan kerja semula.
Jika kes berpihak kepada anda, majikan mungkin diperintahkan untuk membayar:
Ramai yang rasa stuck dalam pekerjaan yang tidak menjamin masa depan atau penat menghantar beratus resume tapi masih tiada khabar berita. Rasa macam "stuck" dan tak tahu nak mula dari mana itu memang memenatkan.
Berhenti Berharap Pada Nasib, Apa Kata Gunakan Teknologi.
Sebenarnya ada cara yang lebih bijak dan pantas. Dengan menggunakan AI Job Matcher di Maukerja, anda tidak lagi perlu memohon secara rawak. Sistem pintar ini akan:
Jom drop resume anda sekarang dan biarkan sistem AI kami bekerja untuk anda. Cari kerja yang bukan sahaja stabil, tapi kena dengan jiwa anda.
Lagi cepat anda mula, lagi tinggi peluang anda untuk berada di depan pesaing lain. Jangan biarkan peluang ini terlepas!
Pembuangan kerja tidak adil (Unfair Dismissal) berlaku apabila majikan menamatkan kontrak anda tanpa alasan yang "adil dan munasabah" (just cause and excuse). Ini termasuklah memecat tanpa siasatan dalaman (DI) yang betul atau tanpa memberi peluang kepada pekerja untuk memperbaiki prestasi (PIP).
Anda wajib memfailkan representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) yang berdekatan. Ingat, anda hanya mempunyai tempoh 60 hari kalendar dari tarikh terakhir bekerja untuk membuat aduan tersebut.
Secara undang-undang, tidak boleh, kecuali bagi kes salah laku yang sangat serius (gross misconduct). Jika tidak, majikan wajib memberikan tempoh notis seperti dalam kontrak atau membayar Ganti Rugi Gaji Sebagai Ganti Notis (Indemnity).
Jika Mahkamah Perusahaan memihak kepada anda, pampasan biasanya merangkumi:
Ya, benar. Pekerja kontrak (Fixed-term contract) mempunyai hak yang sama. Jika kontrak ditamatkan lebih awal tanpa sebab sah (bukan kerana tempoh kontrak tamat), anda berhak membuat tuntutan yang sama seperti pekerja tetap.