

by Ani
Pernah tak anda terfikir, “Kerja part time ni macam tak penting je patut letak dalam resume ke tak?” Lagi-lagi kalau kerja tu cuma jadi cashier, barista atau promoter. Rasa macam tak cukup “power” untuk ditunjukkan kepada bakal majikan.
Tetapi realitinya, ramai yang silap besar di sini. Dalam dunia kerja sekarang, terutamanya dengan penggunaan Sistem Tapis Resume (ATS) dan AI Recruitment, majikan tidak lagi hanya memandang job title. Mereka mencari bukti kemahiran (skills).
Kerja part time sebenarnya boleh jadi senjata rahsia dalam resume anda jika anda tahu cara menjualnya. Jom kita bongkar cara nak jadikan pengalaman part time anda nampak profesional di mata recruiter.
Ya, boleh. Malah sangat digalakkan. Kerja part time tetap dikira sebagai pengalaman profesional yang sah, terutamanya jika anda:
Recruiter sebenarnya tidak hanya melihat pada job title. Dalam dunia pengambilan pekerja yang dibantu AI sekarang, mereka lebih memandang Transferable Skills:
Semua nilai ini ada dalam kerja partctime. Jika anda tidak letak, anda sebenarnya sengaja "membuang" peluang untuk tunjuk value diri yang sebenar kepada majikan.
Ia menunjukkan anda mempunyai pengalaman kerja dunia sebenar, bukan sekadar teori akademik. Ramai calon hanya bergantung pada assignment atau projek universiti, tetapi anda mempunyai sesuatu yang lebih "real".
Ada kemahiran yang tidak boleh dipelajari dalam kelas, tetapi diasah melalui kerja harian:
Majikan sangat menyukai calon yang mempunyai sikap proaktif. Kerja part-time membuktikan anda:
Kebanyakan kerja sambilan bersifat fast-paced (pantas). Jika anda boleh bertahan dan memberikan hasil yang baik, itu bermakna anda mempunyai keupayaan untuk adaptasi dengan cepat dalam apa jua persekitaran kerja baru.
Poket makin kering? Jom cari kerja part time dekat sini
Letak hanya jika ia menguatkan profil anda. Anda tidak perlu masukkan setiap satu kerja sambilan yang pernah dibuat sejak zaman sekolah.
Pilih dengan bijak menggunakan panduan di bawah:
Jika pengalaman itu membuatkan recruiter nampak anda lebih “hireable” (layak diambil bekerja), masukkan. Jika ia hanya sekadar "penuh-penuhkan" kertas tanpa nilai, lebih baik skip.
Jangan sekadar senaraikan tugas. Gunakan Action Verbs dan Result Oriented phrases untuk nampak lebih profesional.
Untuk setiap kerja part-time, cuba gunakan formula ini:
[Apa yang anda buat] + [Berapa banyak/hasilnya] + [Skill yang digunakan].
Contoh:
"Menguruskan (Action) pendaftaran 50+ peserta sehari (Result) menggunakan sistem pengurusan acara (Skill)."
Semua kerja mempunyai nilai tersendiri, tetapi ada beberapa bidang yang mempunyai transferable skills (kemahiran boleh pindah) yang sangat kuat di mata majikan.
Berikut adalah antara yang paling membantu menguatkan profil anda:
Bidang ini adalah "sekolah" terbaik untuk kemahiran insaniah:
Fokus utama di sini adalah kemahiran menjana keuntungan:
Paling dekat dengan persekitaran pejabat korporat:
Menunjukkan anda mempunyai ciri-ciri usahawan:
Fokus pada kemahiran (skill), bukan sekadar nama atau jawatan kerja tersebut. Kadang-kadang, kerja yang nampak tidak berkaitan sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat kuat di belakang tabir.
Contoh "Connection" Yang Anda Boleh Gunakan:
Tips Untuk Anda: Daripada anda tertanya-tanya "Kerja ni relevan ke tak?", cuba tukar soalan itu kepada:
"Skill apa dari kerja part time ni yang aku boleh 'jual' kepada majikan baru?"
Jika anda boleh menjawab soalan ini, resume anda akan nampak jauh lebih profesional berbanding calon lain.
Dah siap kemaskini resume dengan kerja part time? Jangan biarkan resume mantap anda tersimpan dalam folder saja.
Jom Drop Resume di Maukerja Job Matcher. Biar AI kami padankan resume anda dengan kerja yang paling sesuai sekarang!

Ya, sangat sesuai. Ia membantu menunjukkan kemahiran dan pengalaman dunia sebenar kepada recruiter, terutamanya jika anda belum mempunyai pengalaman kerja full-time yang kukuh.
Gunakan ayat yang fokus pada pencapaian (achievements) dan kemahiran, bukan sekadar senarai tugas. Sertakan angka atau hasil kerja (contoh: "Mencapai target jualan bulanan") untuk nampak lebih meyakinkan.
Boleh. Kuncinya adalah dengan mengaitkan kerja tersebut dengan soft skills yang relevan seperti komunikasi, kerja berpasukan (teamwork), atau pengurusan masa yang sangat dihargai oleh mana-mana majikan.
Anda mungkin terlepas peluang untuk menonjolkan nilai diri (value) kepada majikan. Bagi fresh graduate, ketiadaan pengalaman kerja sambilan boleh membuatkan resume nampak kosong dan kurang berdaya saing.
Pilih pengalaman yang mempunyai impak paling besar atau paling relevan dengan jawatan yang dipohon. Tidak perlu senaraikan semua; cukup sekadar 2-3 pengalaman yang paling menunjukkan kekuatan anda.