

by Ani
Anda baru je hantar surat berhenti kerja, sangka semuanya akan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh notis. Tiba-tiba HR panggil dan cakap, "awak tak perlu masuk pejabat dah tapi gaji tetap masuk seperti biasa sampai tarikh notis tamat." Anda mungkin terus terfikir, "eh, ini bukan pemecatan kan? Ini legal ke sebenarnya?" Situasi ini ada nama iaitu garden leave atau kadang disebut "gardening leave."
Ia mungkin nampak pelik pada mulanya tapi sebenarnya ini amalan yang cukup biasa dalam sesetengah industri, terutamanya untuk jawatan kanan atau peranan yang ada akses kepada maklumat sensitif syarikat.
Dalam artikel ini, kita akan kupas dengan jelas apa itu garden leave, kenapa syarikat guna amalan ini, dan yang paling penting adakah ia sah di sisi undang-undang Malaysia, serta hak anda semasa berada dalam situasi ini.
Garden leave ialah amalan di mana majikan mengarahkan pekerja yang sedang dalam tempoh notis berhenti (sama ada meletak jawatan sendiri atau ditamatkan) untuk tidak hadir ke tempat kerja, sambil terus menerima gaji dan faedah kontrak sepenuhnya sehingga tarikh notis tamat.
Istilah ini berasal dari England, di mana ura-uranya pekerja "duduk rumah jaga kebun" sepanjang tempoh notis, sebab itulah namanya "garden leave." Semasa tempoh ini, pekerja masih secara sah terikat sebagai kakitangan syarikat cuma tidak diperlukan hadir ke pejabat atau menjalankan tugasan seperti biasa.
Ada beberapa sebab strategik kenapa majikan pilih untuk letakkan pekerja dalam garden leave berbanding biarkan mereka terus bekerja sehingga hari terakhir:
Benda ni ada banyak sudut kena tengok. Kalau ikutkan tiada peruntukan khusus dalam Akta Kerja 1955 atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang mengawal selia garden leave secara langsung.
Dalam erti kata mudah, garden leave bukan sesuatu yang menyalahi undang-undang di Malaysia tetapi ia juga bukan hak automatik majikan. Ia bergantung sepenuhnya kepada sama ada kontrak pekerjaan anda membenarkan susunan sebegini atau majikan dan pekerja bersetuju secara bersama untuk aturan ini.
Sebab tanpa peruntukan khusus dalam kontrak, majikan sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya "buang" anda dari tempat kerja tanpa gaji atau ubah terma pekerjaan anda secara sepihak semasa tempoh notis. Kalau ini berlaku tanpa gaji penuh dan faedah dikekalkan, ia berpotensi dianggap sebagai pelanggaran kontrak, malah boleh membuka ruang kepada tuntutan constructive dismissal dalam kes-kes tertentu.
Kalau anda diletakkan dalam garden leave, ini perkara-perkara yang sepatutnya anda masih terima:
Sebaliknya, majikan biasanya berhak untuk:
Garden leave mungkin nampak pelik pada pandangan pertama tapi ia sebenarnya amalan yang cukup lazim, terutamanya untuk jawatan yang melibatkan maklumat sensitif atau hubungan pelanggan penting. Walaupun tiada undang-undang Malaysia yang mengawal selia secara khusus, prinsip asasnya jelas selagi anda terus menerima gaji penuh dan faedah kontrak sepanjang tempoh tersebut, ia dianggap susunan yang sah. Yang paling penting, semak kontrak anda dengan teliti dan jangan segan bertanya HR untuk kejelasan penuh sebelum bersetuju dengan sebarang aturan garden leave.
Kalau anda sedang dalam fasa peralihan kerjaya sekarang, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula fikirkan langkah seterusnya.
Jom, drop resume anda di Maukerja kalau nak cari kerja dengan cepat! Tak payah susah-susah lagi mohon kerja manual satu per satu. Lepas anda drop resume, anda hanya tinggal tunggu majikan contact sahaja. Cepat dan senang kan nak cari kerja zaman sekarang? Jom, drop resume anda harini.
Lagi cepat anda hantar, lagi tinggi peluang anda dapat panggilan interview dari majikan.
1. Apa itu garden leave?
Garden leave ialah amalan di mana majikan mengarahkan pekerja yang sedang dalam tempoh notis berhenti untuk tidak hadir ke tempat kerja, sambil terus menerima gaji penuh dan faedah kontrak sehingga tarikh notis tamat.
2. Adakah garden leave sah di sisi undang-undang Malaysia?
Tiada peruntukan khusus dalam Akta Kerja 1955 atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang mengawal garden leave secara langsung, dan tiada kes mahkamah tempatan yang membahaskannya secara mendalam. Ia umumnya dianggap sah selagi pekerja terus menerima gaji penuh dan faedah kontrak sepanjang tempoh tersebut.
3. Bolehkah majikan potong gaji semasa garden leave?
Tidak sepatutnya. Prinsip asas garden leave ialah pekerja terus menerima gaji dan faedah kontrak sepenuhnya, seolah-olah masih bekerja seperti biasa. Kalau gaji dipotong tanpa sebab jelas, ini berkemungkinan sebenarnya penggantungan tatatertib, bukan garden leave.
4. Apa beza garden leave dengan penggantungan kerja (suspension)?
Garden leave berlaku semasa tempoh notis berhenti dengan gaji penuh dan bukan tindakan tatatertib, manakala penggantungan kerja biasanya berlaku semasa siasatan salah laku, dengan majikan dibenarkan membayar hanya separuh gaji untuk tempoh maksimum 2 minggu di bawah Akta Kerja 1955.
5. Bolehkah saya bekerja dengan syarikat lain semasa dalam garden leave?
Tidak. Semasa tempoh garden leave, anda masih secara sah terikat kontrak dengan majikan semasa sehingga tarikh notis tamat, jadi anda tidak dibenarkan mula bekerja, walaupun secara sambilan, untuk majikan baru dalam tempoh tersebut.