Mahukan Gaji Lumayan Sehingga Mencecah RM5,000? Kerja Kosong Ini Mungkin Yang Anda Cari Selama Ini!
# Jenis Pekerjaan

Mahukan Gaji Lumayan Sehingga Mencecah RM5,000? Kerja Kosong Ini Mungkin Yang Anda Cari Selama Ini!

post by Aisya

by Aisya

Aug 14, 2016
pada 2:49 AM

Jika nama Jimmy Choo tidak asing lagi di kalangan orang ramai, kali ini Christy Ng pula yang mengikut jejak langkah beliau dalam menempa nama dalam industri rekaan kasut. Ini lah hasil tangan anak tempatan Malaysia yang makin giat popular di kalangan pengemar kasut. Sebelum ini, bagi peminat kasut Christy Ng mereka perlu pergi ke outlet yang terletak di Jaya One tapi kini kasut rekaan Christy Ng sudah boleh di dapati di department store KL SOGO serta KLCC, Kuala Lumpur.

 

Dan ini bukan sahaja berita baik buat peminat kasut beliau, tetapi juga membuka peluang kerja buat mereka di luar sana. Jika anda gemar mengikuti fesyen terkini dan gemar berkenalan dengan orang baru setiap hari, kerja ini mungkin sesuai buat korang. Christy Ng sedang mencari mereka yang mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi Retail Assistant Executive dan mengisi kekosongan di KL SOGO serta KLCC! CEPAT-CEPAT MOHON SEGERA JAWATAN INI!

 

 

Anda akan merasai pengalaman bekerja dengan rakan sekerja yang dinamik dalam membantu anda untuk meningkatkan kemahiran interpersonal dalam berkomunikasi dengan orang ramai serta menggilap lagi kemahiran anda dalam menjual beli. Skop kerja anda akan melibatkan menguruskan stok di kaunter jualan serta di bahagian stor secara harian, menambah stok serta memesan stok daripada HQ, menghantar report jualan ke HQ secara harian, membantu pelanggan dalam membeli produk, mengesyorkan, menjual serta mempromosikan produk rekaan kasut kepada pembeli yang berpotensi. Anda akan berjumpa pelbagai orang setiap hari dan jika anda seorang yang ramah kerja ini amat sesuai buat anda!

 

 

Lokasi kerja adalah di KLCC serta KL SOGO yang amat strategik dan berdekatan dengan pengangkutan awam LRT, Rapid Bus, Teksi dengan hanya perlu berjalan kaki. Gaji asas termasuk komisyen boleh mencecah RM5,000++! Wow banyaknya! Jika anda rajin dan kuat berusaha untuk mencari pelanggan, komisyen boleh mencecah tinggi tau. Ada bermacam lagi manfaat yang boleh anda dapatkan seperti elaun kedatangan jika kehadiran penuh, skim insentif yang tinggi serta bonus untuk pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang bagus, dan yang paling menarik adalah kesemua  pekerja tetap akan diberikan kasut untuk bekerja!

Calon-calon haruslah mempunyai kriteria yang berikut:

  • Minima pengalaman sebanyak setahun dalam bidang penjualan tetapi fresh grad juga digalakkan untuk memohon.
  • Minima tahap pendidikan ialah SPM/Sijil/Diploma.
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai personaliti yang menarik dan kemahiran interpersonal yang bagus.

 

 

 

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda mahukan merasai pengalaman bekerja dalam bidang fesyen serta bekerja bersama seorang yang cukup terkenal dalam industri rekaan kasut ini, mohon lah segera! Cepat mohon sementara masih kosong! Klik link ini untuk memohon kerja sebagai Retail Assistant Executive di Christy Ng Sdn Bhd outlet KLCC serta KL SOGO. Jangan risau mengenai pengangkutan kerana lokasi kerja memang dekat dengan pengangkutan awam LRT. Mohon cepat-cepat! Gaji lumayan tau!