

by Ani
Perniagaan sedang slow, order pelanggan berkurangan, dan tiba-tiba HR hantar memo "memandangkan operasi kurang sibuk minggu ni, semua staf digalakkan guna cuti tahunan." Tapi bunyi "digalakkan" tu sebenarnya lebih macam arahan yang anda tiada pilihan lain selain patuh. Anda pun rasa tak adil sebab cuti tahunan yang anda susun untuk bercuti dengan keluarga nanti, terpaksa "dikorbankan" sebab operasi syarikat yang lembab, bukan sebab anda sendiri nak berehat.
Perasaan tidak puas hati ini sangat wajar, dan berita baiknya, undang-undang buruh Malaysia sebenarnya berpihak kepada anda dalam situasi ini.
Dalam artikel ini, kita akan jelaskan status undang-undang sebenar tentang isu ini, dan apa yang perlu anda buat sekiranya ia berlaku kepada anda.
Tidak boleh. Ini jawapan tegas berdasarkan pendirian rasmi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dimana pekerja berhak memilih bila mereka mahu memohon cuti tahunan, dan tidak boleh dipaksa mengambil cuti tahunan (atau cuti tanpa gaji) untuk tujuan seperti penjimatan kos syarikat atau disebabkan operasi yang kurang sibuk.
Istilah seperti "force leave" atau cuti paksa tidak boleh dilaksanakan secara sepihak oleh majikan tanpa persetujuan pekerja tidak kira sebesar mana tekanan operasi atau kewangan yang dihadapi syarikat.
Akta Kerja 1955 secara jelas memperuntukkan hak cuti tahunan minimum kepada pekerja berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka di bawah Seksyen 60E. Cuti tahunan adalah hak individu pekerja bukan alat yang boleh dimanipulasi majikan untuk menangani isu operasi atau kewangan syarikat semasa musim lembab.
Kalau majikan membenarkan tarikh cuti anda tetapi kemudian memaksa anda mengambilnya pada tarikh pilihan mereka, ini bertentangan dengan prinsip asas bahawa keputusan tarikh cuti tahunan berada di tangan pekerja bukan majikan.
Kalau syarikat benar-benar menghadapi cabaran operasi jangka panjang (bukan sekadar seminggu dua lembab), laluan yang lebih sah termasuk:
Kalau anda rasa tidak selesa dengan arahan ini, anda berhak menolak secara sopan dan profesional. Jelaskan bahawa anda sudah ada perancangan untuk cuti tahunan anda, dan minta penjelasan tentang asas arahan tersebut.
Tanya secara jelas kenapa syarikat mengambil pendekatan ini, dan minta pengesahan bertulis tentang arahan tersebut. Ini penting sebagai rekod sekiranya diperlukan untuk tindakan lanjut.
Semak kontrak pekerjaan atau employee handbook anda sebab kebiasaannya, keputusan tarikh cuti tahunan sepatutnya di tangan pekerja, tertakluk hanya kepada proses permohonan (seperti notis awal), bukan arahan sepihak majikan.
Sampaikan kebimbangan anda secara profesional. Kadangkala, penjelasan situasi sebenar syarikat boleh membawa kepada penyelesaian yang lebih adil untuk kedua-dua pihak, seperti cuti tanpa gaji secara sukarela berbanding paksaan menggunakan cuti tahunan.
Sekiranya majikan berterusan memaksa anda tanpa persetujuan, anda boleh mengemukakan aduan rasmi di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955, yang memberi kuasa kepada Pegawai Tenaga Kerja untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kalau anda sudah terlanjur mengambil cuti tahunan di bawah tekanan tanpa persetujuan sebenar, anda masih boleh:
Majikan tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan semata-mata kerana operasi syarikat kurang sibuk atau untuk tujuan penjimatan kos sebab ini bertentangan dengan pendirian rasmi KESUMA dan prinsip asas Akta Kerja 1955 bahawa cuti tahunan adalah hak individu pekerja.
Kalau ini berlaku kepada anda, anda berhak menolak, meminta penjelasan, dan mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekiranya perlu. Jangan biarkan cuti yang anda susun untuk diri sendiri dan keluarga "dikorbankan" untuk isu operasi yang sepatutnya diuruskan majikan secara lebih adil dan sah.
Jika keadaan di tempat kerja membuatkan anda mula mempertimbangkan peluang yang lebih baik, sekarang mungkin masa yang sesuai untuk membuka lebih banyak pilihan kerjaya. Muat naik resume anda dan biarkan majikan yang sedang mencari calon menghubungi anda apabila terdapat jawatan yang sepadan dengan kelayakan serta pengalaman anda.
1. Bolehkah majikan paksa pekerja guna cuti tahunan bila syarikat kurang kerja?
Tidak boleh. Mengikut pendirian rasmi KESUMA, pekerja berhak memilih bila mahu memohon cuti tahunan, dan tidak boleh dipaksa menggunakannya untuk tujuan penjimatan kos atau operasi syarikat yang kurang sibuk.
2. Adakah ada situasi di mana majikan boleh cadangkan tarikh cuti kepada pekerja?
Ya, dalam kes khas seperti kecemasan operasi (contohnya insiden keselamatan), majikan boleh mencadangkan tarikh cuti, tetapi ia tetap memerlukan persetujuan pekerja bukan arahan sepihak yang mutlak.
3. Apa patut saya buat kalau majikan paksa saya guna cuti tahunan?
Tolak secara sopan dan profesional, minta penjelasan bertulis, rujuk polisi cuti syarikat anda, dan bincang secara terbuka dengan HR sebelum mengambil tindakan lebih lanjut.
4. Ke mana saya boleh mengadu kalau majikan berterusan memaksa saya?
Anda boleh mengemukakan aduan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955, yang memberi kuasa kepada Pegawai Tenaga Kerja untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.
5. Apa laluan sah untuk majikan uruskan tempoh operasi kurang sibuk?
Majikan boleh berbincang secara terbuka dengan pekerja tentang cuti tanpa gaji secara sukarela, susunan kerja fleksibel dengan persetujuan bersama, atau proses retrenchment formal lengkap dengan pampasan yang sepatutnya jika keadaan benar-benar memerlukannya.
Untuk membantu anda membina profil kerjaya yang lebih mantap, anda boleh memanfaatkan beberapa tools pengurusan kerjaya pintar di bawah: