Lunch Sendirian Di Meja Office Sebenarnya Boleh Memudaratkan Kesihatan Korang. Ini 3 Sebab Nya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Lunch Sendirian Di Meja Office Sebenarnya Boleh Memudaratkan Kesihatan Korang. Ini 3 Sebab Nya

post by Aisya

by Aisya

Jun 1, 2022
pada 10:38 AM

Kalau nak difikirkan pasal kerja, memang tak sudah tak akan habis. Korang memaksimakan masa yang ada di office pun tak tentu semua kerja boleh siap. Ada bermacam benda yang menunggu di komputer tu, kena balas email, tiba-tiba kerja baru masuk lagi sampaikan waktu lunch break pun rasa macam ada banyak lagi yang perlu disiapkan. tak boleh nak keluar lunch langsung! 

Itu belum lagi bagi pekerja yang jenis suka waktu lunch, bungkus makanan bawa naik office dan makan depan laptop sambil tengok movie sekejap ke atau layan social media. Tak tahu lah mana satu pilihan korang, tapi jangan suka amalkan sikap makan di meja sendiri ni. Makan sambil buat kerja atau scroll social media atau keduanya sekali, korang rasa adakah ianya satu habit yang sihat? Kerja kosong berlambak dekat Maukerja. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK NI

Ini adalah beberapa sebab mengapa makan sendiri di meja sambil ditemani dengan laptop atau kerja ni ada banyak keburukan:

1. Amalkan pemakan yang tidak seimbang

Bila amalkan cara pemakanan sebegini tidak kira lah disebabkan kerja yang bertimbun ke ataupun sebab mahukan kesenangan, ianya akan buatkan otak korang ni berhenti bergerak atau dalam mode autopilot. Ianya sudah semestinya akan memberi kesan dalam pemakanan dan jenis makanan yang dipilih. Atas sebab itu lah makan segera dan cepat seperti makanan ringan, maggie segera akan menjadi pilihan utama korang untuk lunch. 

Makanan yang tidak sihat ni amat lah tidak baik untuk diri korang. Sudah lah jarang bergerak atau berjalan di office, berterusan duduk dan menghadap laptop kemudia makan pula sesuatu yang tidak seimbang. Memang akan memberi kesan atas kesihatan diri. Lagi pula, apabila mereka dalam mode autopilot ni, akan makan lebih dan menambah berat badan. 

2. Stress level yang tinggi

Bekerja tanpa henti akan buatkan korang berasa tertekan yang amat tinggi. Sudah lah kerja yang banyak, ada pelbagai kesalah yang perlu diperbetulkan dan hari itu pula colleagues atau bos ada masalah dengan korang mengenai kerja,berterusan pula korang tidak langsung keluar daripada office walaupun ianya waktu lunch-break. Korang tahu tak tekanan korang akan naik mendadak? 

Minda korang perlu berehat sebentar, reset minda. Bergerak sedikit di kawasan office untuk nak tenangkan minda dan sedikit sebanyak mengurangkan stress. Mengapa perlu berterusan duduk di dalam office jika majikan sudah berikan lunch break sejam tu?  Cukup untuk nak bergerak ke kedai yang berdekatan, atau bersantai sebentar di lobi bangunan itu kah, apa-apa sahaja yang boleh membantu. 

3. Kurangnya kepuasan dalam kerja

Bukan lah mengatakan yang mereka gemar makan di meja office tu antisosial, kemurungan atau lonely, tapi pada pandangan orang. Kalau korang sering kali lakukan perkara yang sama, mereka akan anggap yang korang tu memang begitu. Realitinya, mereka yang makan sendirian itu kebiasaannya mahu recharge diri sendiri dengan me-time. Cuma jangan selalu lakukannya kerana kelihatan seperti anda tidak mahu bergaul dengan orang lain. 

Mengapa katakan sebegitu? Korang akan kurang berkomunikasi dengan orang lain, bila kurang bercakap korang akan kurang berkenalan dengan orang dan seterusnya korang akan rasa bosan dan kerja yang suram. Jika berterusan, akan rasa kurang puas dalam kerja. 

Nak makan seorang lagi ke hari ni?

Sebenarnya ia tidaklah mengatakan yang mereka yang makan berseorangan di meja sendiri ni sahaja yang akan melalui kesan-kesan ini. Cumanya, golongan ini lebih terdedah kepada kesan buruk yang dikatakan. Perlu diingatkan yang habit korang sewaktu lunch ini boleh memberi kesan kepada lifestyle. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK NI