Bagaimana Budaya Di Syarikat Boleh Memberi Kesan Terhadap Sikap Peribadi Korang.Baca Ni
# Pengetahuan Pekerja

Bagaimana Budaya Di Syarikat Boleh Memberi Kesan Terhadap Sikap Peribadi Korang.Baca Ni

post by Shasha

by Shasha

Sep 6, 2016
pada 10:03 AM

Budaya Syarikat mampu bina kepercayaan klien & tentukan kelayakan syarikat korang pada pelanggan ataupun klien.

Kepada korang yang tengah handle syarikat, bakal atau dah bercita-cita nak dirikan syarikat sendiri patut take note benda ni tau!

Okay sedikit info pasal budaya syarikat ni ialah tingkah laku manusia dalam suatu organisasi & attach dengan tingkah laku tu sendiri. Bak kata mudah, korang tengok pada diri seseorang individu. Korang kenal seseorang melalui tabiat diorang. Tabiat pulak jadi bila seseorang tu ulang suatu sikap atau perbuatan dengan konsisten.

Okay korang pilih satu aktiviti/perlakuan. Ulang perlakuan tu dekat keseluruhan organisasi syarikat, lambat laun seluruh syarikat korang akan terkenal atau dikenali dengan perlakuan tu. Haa macam parasit kan dengarnya?

Visi,nilai, sistem,symbol, kepercayaan & tabiat syarikat nil ah antara faktor-faktor wujudnya budaya syarikat. Sama jugak kalau korang nak tanam tabiat atau sifat dekat syarikat yang korang tengah bina.

Budaya syarikat ni bukan sahaja dekat syarikat yang besar gah malahan syarikat kecil pun boleh bagi impak samada sikit mahupun banyak.

Masalah yang sering dialami syarikat especially yang kecil ialah bila pelanggan atau klien hanya nak berurusan dengan taukeh walaupun ada pekerja lain bertugas tak kira lah proses jualan mahupun marketing sekalipun tetap nak berurusan dengan taukeh.

So pendek kata, budaya ni sama je macam tabiat. Bila ada tabiat, tak semestinya semua tabiat tu tak elok. Ada tabiat yang kena ubah sebab keburukannya & ada jugak tabiat yang perlu dibendung untuk kepentingan.

Kalau korang selalu bagi servis melebihi jangkaan pada customer atau klien untuk setiap urusan yang korang deal, so budaya kualiti tinggi akan jadi salah satu daripada budaya syarikat korang!