Hati-Hati Bila Berkata 5 Ayat Ini Kerana Ia Akan Menjejaskan Reputasi Seorang Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Hati-Hati Bila Berkata 5 Ayat Ini Kerana Ia Akan Menjejaskan Reputasi Seorang Pekerja

post by Izuan

by Izuan

Sep 7, 2016
pada 3:15 AM

Setiap kali perjumpaan biasanya kita akan ditanya mengenai progress kerja sepanjang tempoh yang ditetapkan, dalam sesi tersebut merupakaan saat yang sesuai untuk membentangkan segala-galanya mengenai kerja kita.

Namun, waktu ini lah seringkali berlaku salah tafsir terhadap keputusan atau kenyataan yang dilontarkan walaupun tujuan sebenarnya adalah untuk perkara yang baik. Mesti insiden ini selalu terjadi kan? Kesannya, timbul perbalahan kerana mesej yang penerima dapat sangat berlainan dengan konteks asal yang cuba disampaikan.

Puncanya apabila pekerja mengeluarkan kata-kata ini sewaktu sesi perbincangan tersebut, saranan kami bukanlah sampai elakkan tapi hati-hati bila mengeluarkan kata-kata bagi mengelakkan sebarang tanggapan negatif kepada pihak lain, secara tak langsung reputasi anda pun terjejas.

1. "Kitaorang Dah Buat Dah..Nak Buat Macam Mana Lagi"

Mungkin anda dah cuba pelbagai cara namun respon yang diterima tak memberangsangkan, bila ada perbincangan boss tanya dan anda jawab begini. Ayat menunjukkan ini bahawa anda seolah-olah seorang yang mudah beri alasan atau tlepas tangan. Bukan sampai tak boleh sebut, tapi jangan setiap kali perbincangan. Sebaiknya, cuba beri kuputusan yang baik dan bentangkan, jika tunjukkan kepada boss yang korang betul-betul mencari alternatif lain unutk usahakannya.

2. "Benda Ini Takkan Jadi"

Jangan cakap begini, kerana belum cuba belum tahu kan? Cuba dengar pendapat daripada orang lain walaupun bukan daripada department kita sendiri. Cuba terima dengan hati yang terbuka dan sertakan cadangan dengan kata-kata yang lebih berinteraktif untuk sama-sama cari jalan supaya ianya berkesan.

3 "Kita Buat Je Asalkan Siap"

Sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi, ia sangat negatif jika anda cuba katakan begini kepada orang bawahan kerana akan timbul rasa kerisauan terhadap pekerja, Akibatnya, pekerja akan  menerima tekanan dan berlaku krisis antara pekerja disebabkan timbul persaingan yang sengit.

Malah mereka akan melakukan sesuatu perkara yang boleh melanggar etika pekerja demi kerja mereka. Sebaliknya, tanya kepada mereka apa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan

4. "Oh Saya Dah Tahu Dah Ni"

Sebagai seorang ketua atau pemimpin, pengalaman dalam mengendalikan sesuatu tugasan itu memang tak dinafikan lagi dah luas. Namun, jika ada pekerja mencurahkan pendapat atau idea mereka, cuba jangan kata begini kepadanya dengan kerap. Pekerja akan merasakan diri mereka 'kecil' dan hilang keyakinan diri. Dalam sesi berikutnya nanti pekerja takkan merasa semangat untuk memberi sumbangan terhadap kerja mereka.

Itu sebablah kalau ketua/pemimpin tanya "Anymore question?/Ada apa-apa lagi soalan?" pekerja akan diam dan hanya turut arahan walaupun mereka ada masalah terhadap sistem tersebut. Sebaliknya, ucapkan terima kasih dia atas idea pekerja curahkan kalau boleh berikan kredit kepada pekerja tersebut.

5. "Kalau Cara Ini Tak Jadi Saya Cari Awak"

Dalam sesebuah tugasan yang diberikan pasti akan ada salah seorang pekerja yang memainkan peranan penting yang dilantik oleh boss sendiri atau ada yang sukarela untuk melakukannya. Boss pun mestilah menaruh harapan dan meletakkan kepercayaan kepada individu tersebut, tak salah jika mahu tegas tapi jangan sampai ke tahap diktator dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti ini atau "Kalau tak jalan, saya ambil tindakan/pecat awak!"

Walaupun anda sebenarnya tiada niat apa-apa kepada mereka, pekerja akan terkesan dengan kata-kata tersebut dan menimbulkan rasa takut untuk menggalas tangungjawab itu. Hasilnya, tak ada pekerja yang sudi bekerjasama dengan anda hasilnya prestasi kerja pun merosot.