Ramai Anggap Offer Letter Tu Tak Penting. Sebenarnya Ia Bantu Korang Dalam 3 Aspek Ini
# Pengetahuan Pekerja

Ramai Anggap Offer Letter Tu Tak Penting. Sebenarnya Ia Bantu Korang Dalam 3 Aspek Ini

post by Shasha

by Shasha

Jan 6, 2022
pada 8:39 AM

Kenapa penting sangat surat tawaran dari pihak majikan yang hire korang bekerja? Selalunya dah dapat offer kerja mesti dapat surat tawaran kan?Mesti ada yang simpan sampai berhabuk atau ada yang dah buang. Macam tak penting kan tapi sebenarnya ada. Haa ni antaranya :  

1. Jelas Dengan Pengiraan Gaji

Perkara ni sering terjadi kalau korang tak alert. Ada diantara korang berpendapat “alaa, pandai-pandai lah Accountant syarikat buat kira-kira”. Ya memang betul semua tu bukan korang yang kira (melainkan korang kerja di bahagian Akaun) kadangkala kalau gaji korang tetiba tak cukup walhal korang banyak kerja lebih masa atau claim untuk bulan tu. Korang boleh rujuk balik dengan Surat Tawaran & mintak diorang kira balik bersamaan dengan resit & bukti claim korang.

2.Tugas & Skop Kerja Tak Mixed Up

Bila dah mula kerja, mulanya korang diberi kerja basic.Lama-lama makin banyak kerja kena buat & ada juga diantara tugasan yang diberi bukan dalam skop kerja korang. Bukan nak berkira, tapi kalau bukan dibawah kepakaran atau tugas korang untuk buat & kalau hasilnya tak capai expectation pihak atasan korang jugak yang akan dipertanggungjawabkan. Tak salah pun nak adventure tapi kalau korang tak kenalpasti apa sebenarnya kerja korang dibawah jawatan yang ditawarkan, lama-lama nanti fokus hilang & senang kena buli. Adanya Surat tawaran tu, korang boleh rujuk & sebagai reminder tentang pekerjaan korang.

3.Untuk Garis Panduan

Setiap keputusan yang korang nak buat sepanjang kerja nanti walaupun nak mintak cuti ke, nak resign, tak boleh lah suka hati je nak buat. Surat tawaran tu dah cukup untuk korang jadikan sebagai garis panduan. Takdalah kena marah tak pasal-pasal kan. Setiap syarikat lain-lain cara & undang-undangnya tau jadi tak perlu compare dengan syarikat lain.

Surat tawaran tu berfungsi untuk galakkan komunikasi & bantu korang yang baru nak mula bekerja bagi menghadapi hari pertama korang!