Kerja Sebagai Education Administrator, Bayaran Sejam RM30 Hingga RM50!
# Pengetahuan Pekerja

Kerja Sebagai Education Administrator, Bayaran Sejam RM30 Hingga RM50!

post by Izuan

by Izuan

Sep 8, 2016
pada 7:30 AM

Rasa macam dah nak putus asa je nak cari kerja, semua kerja yang ditawarkan gaji murah komitmen dah la tinggi. Mesti ini yang terlintas dalam minda korang sekarang ni kan? Korang suka tak kalau kami nak tolong korang mohon satu tempat ni, gaji RM30 hingga ke RM50 sejam!

Jangan risau ini bukan scam atau mana-mana syarikat MLM tau, kami memang nak bantu korang dapatkan kerja. Rasanya korang mesti dah mahir gunakan Microsoft Words, Excel, Powerpoint dan Publisher kan? Korang di alu-alukan untuk menjadi Education Administration di sebuah sekolah swasta ini.

RM 30 hingga RM50 Sejam!

Bayangkan kalau RM30 je, sehari kerja dalam tempoh 7 jam korang dah boleh dapat RM210, kalau RM 50? Banyak tu! Kerja yang diberikan secara kontrak tapi jika ada kekosongan di Taraf Berlian Sdn Bhd ini, korang berpeluang untuk menjadi staff tetap dengan mudah. Ciri-ciri yang korang perlu ada hanyalah seperti di bawah ini:

Keperluan

  • Tahu menggunakan Words, Excel, Powerpoint, Publisher
  • Bagus dalam menaip
  • Kemahiran dalam pentadbiran

Tanggungjawab

  • Lapor kepada Timbalan Pengarah
  • Kaji selidik buku pendidikan yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah

Bahasa yang diperlukan

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Malaysia

Mudah je kan? Dah la tu tak payah runsing-runsing pasal nak cari kerja lagi MOHON JE SEKARANG sementara masih ada peluang ni. Eh kejap,kalau lah ada orang yang terbaca post ini yang dah berpengalaman 5 tahun mengajar, nak jadi Guru Besar tak?

Sekolah swasta di bawah naungan Taraf Berlian Sdn Bhd ini juga sedang memerlukan guru besar tau, mestilah warganegara Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya ijazah apa juga bidang. Keutamaan kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan atau Tesl dan fasih berbahasa Inggeris. Gaji tidak kurang dari RM3,000 selepas tamat tempoh 6 bulan percubaan. Tarikh tutup permohonan pada 24 September 2016!

Manfaat tambahan

  • Ada EPF dan SOCSO
  • Cuti tahunan dan cuti sakit
  • ganjaran yang lain mengikut prestasi

Bahasa yang diperlukan

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Malaysia