Zaman sekarang ni semuanya perlukan duit ini,nak hantar barang walaupun dekat pun nak kena pakai duit jugak. amat sukar untuk bertemu insan yang tak berkira tentang soal bayaran dan upah bagi setiap pekerjaan yang telah dilakukan.

by Shasha
Zaman sekarang ni semuanya perlukan duit ini,nak hantar barang walaupun dekat pun nak kena pakai duit jugak. amat sukar untuk bertemu insan yang tak berkira tentang soal bayaran dan upah bagi setiap pekerjaan yang telah dilakukan.
Tapi hakikatnya, manusia seperti ini masih wujud. Mulanya susah nak percaya sampai kena tengok wall Facebook lelaki ini banyak kali.
Abang ni memang power sebab untuk buat pekerjaan seperti apa yang lelaki ini lakukan, ia memerlukan seseorang yang berhati kental tapi di waktu yang sama keikhlasan beliau melakukan kerja umpama permata yang bersinar.
Lelaki itu adalah Ahmad Faizal bin Murtadza, berasal dari Port Klang dan kini menetap di Shah Alam. Bapa kepada seorang anak ini bekerja sepenuh masa sebagai runner – beli barang dan hantarkan barang seperti yang diminta oleh pelanggan beliau dan sedia menerima upah seikhlas hati. Tak kira apa barang yang diminta untuk beliau beli dan hantarkan, pasti beliau laksanakan.

Antara servis yang dibuat oleh Faizal adalah belikan pampers di kedai dan hantar ke rumah pelanggannya, belikan barang dapur, hantar dokumen penting, jadi mat despatch hantar bunga dan teddy bear untuk yang tengah mahsyuk bercinta dan berbagai lagi yang berkaitan dengan servis seorang runner.

Selepas isterinya bersalin Faizal berhenti berniaga & duduk relax tak tahu nak buat apa dah. Faizal dapat ilham & fikir dari bosan duduk rumah baiklah tolong orang bayar bil atau hantar barang apa-apa. Memandangkan Faizal takda pengalaman jadi upahnya adalah seikhlas hati.

Bagi yang berada di sekitar KL dan Selangor dan perlukan khidmat Faizal, atau jika anda berminat untuk sertai rangkaian servis runner bersama Faizal, boleh hubungi beliau dengan sms / whatsapp / tel ke 013-4123 715.