Anda seorang pekerja yang bagus, hard-working, dan berkomitmen tinggi dalam kerja, tapi itu tak menggambarkan bahawa anda boleh berada di zon selesa bahawa diri anda terlepas daripada ancaman dipecat oleh majikan.


by Izuan
Anda seorang pekerja yang bagus, hard-working, dan berkomitmen tinggi dalam kerja, tapi itu tak menggambarkan bahawa anda boleh berada di zon selesa bahawa diri anda terlepas daripada ancaman dipecat oleh majikan.
Dipecat kerja bukan sahaja dengan kesilapan besar seperti melakukan gangguan seksual, melakukan pengaruh negatif dalam syarikat, pecah amanah, atau prestasi kerja yang merundum sahaja. Perkara-perkara remeh seperti di bawah ini juga kemungkinan boleh membuatkan anda dipecat oleh majikan.
Mungkin majikan takkan pecat anda secara terang-terangan tapi jika berlaku downsizing dalam syarikat nama anda mungkin tersenarai dalam golongan yang akan dibuang nanti. Jadi, jangan terlalu berasa terlalu selesa jika prestasi anda baik di tempat kerja. Perbaiki diri jika kesalahan remeh ini anda pernah/selalu lakukan sebelum terlambat.

Anda berjanji bermacam-macam sewaktu menerima tawaran tersebut, jadi majikan pegang dengan janji manis yang anda telah berikan walaupun anda tahu bahawa potensi diri tidaklah 'sehebat' itu. Akhirnya, respon yang majikan terima tidak menepati sepertimana yang telah dijanjikan.
Jangan terkejut apabila suatu hari nanti anda di buang kerja hanya kerana gagal melakukan segala perkara yang anda pernah katakan sebelum ini walaupun anda seorang yang berdisiplin dari segi kehadiran dan menepati masa.

Anda dilantik oleh majikan untuk memudahkan kerja, bukan untuk menambah bebannya, pekerja yang membawa pengaruh negatif, memburukkan orang lain, dan merungut dengan kerja yang diberikan atau mendapat kerja lebih telah menambahkan kekusutan sehingga memberi kesan terhadap kerja orang lain.
Pekerja seperti ini adalah orang pertama yang terlintas di fikiran majikan untuk dibuang. Jaga had anda sebagai seorang pekerja, jangan sampai manduga kesabaran majikan.

Gunakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti kad kredit, claim, mangambil perkakas pejabat untuk kegunaan diri juga sebenarnya menjadi 'tumpuan' majikan. Walaupun ia perkara kecil atau jumlah yang tidak besar, di mata majikan akan melihat bahawa anda seorang pekerja yang suka mengambil kesempatan.
Walaupun reputasi anda baik, majikan akan pandang remeh pada awalnya namun jika berlaku downsizing dalam syarikat, anda orang pertama yang akan tersenarai dalam golongan yang akan dibuang kerja.

Mengeluarkan kenyataan kepada orang luar tanpa sebarang pengesahan majikan,memberikan pendapat peribadi dengan menggunakan 'menjual' nama syarikat adalah salah, pendek kata memandai-mandai walaupun anda tiada kaitan dalam sesebuah isu tersebut.
Contohnya, berlaku krisis terhadap sebuah produk yang dihasilkan oleh syarikat anda dan anda tiba-tiba ditanya oleh pihak wartawan dan perkenalkan diri anda sebagai salah seorang pekerja di syarikat tersebut dan terus memberikan pendapat peribadi kepada mereka ataupun mengeluarkan kenyataan secara online.
Ia akan menjadi isu besar pada pihak atasan walaupun tanpa sebarang niat untuk manipulasi fakta demi menjaga reputasi syarikat, ia akan menimbulkan masalah jika info yang diberikan tidak sama dengan apa yang dikeluarkan oleh pihak atasan.