Jangan Terburu-Buru Buat Keputusan Berhenti Kerja Dan Ikut 3 Nasihat Ini
# Pengetahuan Pekerja

Jangan Terburu-Buru Buat Keputusan Berhenti Kerja Dan Ikut 3 Nasihat Ini

post by Aisya

by Aisya

Jan 5, 2022
pada 8:11 AM

Nak tukar kerja ni semestinya bukan pilihan yang mudah. Jika seseorang tu membuat keputusan sebegitu, sudah semestinya dia sudah berfikir masak-masak sebeum bertindak terburu-buru. Tetapi, ada juga yang sebegitu sahaja berhenti kerja tanpa ada sebaraang backup plan. Hmm ini memang bahaya. Pekerja yang berhenti kerja ni bukannya sehari dua je buat keputusan. Kadang-kadang mereka sudah pun memikirkan hal itu berbulan lamanya dan merancang macam mana nak beritahu pada bos dengan cara yang baik. 

Ramai yang beranggapan menukar kerjaya ini adalah satu-satunya cara penyelesaian terbaik untuk lari daripada masalah. Tidak, salah tu. Ianya bukannya piihan yang bagus dan ada bermacam lagi alternatif yang boleh difikirkan. Ini adalah 3 alasan utama mengapa pekerja berhenti kerja dan akhirnya membuatkan mereka menyesal tak sudah:

KORANG NAK CARI KERJA?

MEH PM ADMIN NAK KERJA APA? MIN BANTU!

1. Bos berperangai teruk

Majikan korang langsung tak nak luangkan masa untuk nak bincangkan apa yang telah korang lakukan walaupun sewaktu annual review pun dia langsung tak beri sebarang nasihat yang membina dan sebagainya. Jarang betul nak dengar dia bagi feedback tak kira lah positif ataupun negatif. Ini buatkan korang rasa seperti terabai. Atau mungkin ini adalah budaya yang diamalkan di tempat kerja korang iaitu MYOB (Mind Your Own Business) dan langsung tak ada siapa nak ambil tahhu apa yang korang lakukan. 

Korang merasakan yang ini bukan kerja yang korang nakkan. Setiap hari melanngkah ke offfice ni terasa berat dan korang sudah mula jinakkan diri mencari kerja lain. Korang mahu mencari organisasi atau majikan yang supportive dan tidak kedekut dengan feedback. 

Sebelum buat keputusan..

Okay korang bencikan mengenai perangai majikan korang, itu je ke? Sebelum korang bertindak terburu-buru apa kata senaraikan dulu pros and cons di tempat kerja. Korang bencikan persekitaran atau budaya itu tapi bagaimana pula tentang kerja? Korang perlu kumpul maklumat berkaitan mengenai jawatan dan kerja yang sama seperti korang untuk mengetahui bagaimana berbezanya di tempat lain. Tanyakan pada kawan-kawan di organisasi lain, adakah ini yanng mereka hadapi atau berbeza?

Jika korang nampak yang tempat korang je yang berlainan, maka korang sudah tahhu apa  yang perlu ditanyakan sewaktu interview kerja baharu nanti. Ini boleh elakkan korang daripada mengulangi perkara yang sama dan berapa kali korang sanggup nak bertukar kerja kan? Jangan terburu-buru dan ambil masa untuk kumpul maklumta dahulu sebelum membuat langkah drastik. 

2. Gaji lebih lumayan

Ini paling biasa mengapa pekerjaa bertukar-tukar kerja. Memang tak dapat dinafikan duit ni perkara yang amat penting dan jika dibayar rendah sudah semestinya kita akan cari dan kejar peluang terbuka yang menawarkan lebih tinggi kan? Katakan lah tempat kerja sekarang ni menawarkan gaji yang boleh dikatakan rendah dan korang dapat tahu di company XX pula menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi untuk jawatan yang sama, tunggu dahulu, Jangan terus tinggalkan kerja sebegitu sahaja.

Cuba tengok balik pada manfaat tambahan yang korang dapat. Sebagai contoh, di tempat kerja sekarang walaupun gaji rendah tapi jadual kerja fleksibel. Boleh keluar masuk sesuka hati, cuti untuk melancong juga disediakan dan ketahui lah tak semua organisasi sediakan manfaat sebegini. Mungkin organisasi yang berikan gaji yang lumayan itu memerlukan pekerjanya bekerja sehingga lewat malam dah macam zombie je muka dan sangat-sangat lah susah untuk nak minta cuti. Sukar untuk nak cari tempat kerja yang serba-serbi elok. Mesti ada yang terkurang di mana-mana dan terlebih juga.

Sebelum buat keputusan..

Korang perlu ingat yang jika bertukar kerja ke kerja yang sediakan gaji yang lumayan serta jam bekrja yang sedikit itu memang nampak best, tapi perlu juga difikirkan faktor lain. Kadang-kadang, menukar kerja ini memerlukan korang untuk bermula dari bawah. Bermakna korang itdak akan serta-merta akan dapat merasai annual leave yang banyak serta manfaat pekerja lain. Ianya mengambil masa.

Memang benar keseimbangan antara keluarga serta kerja itu adalah fokus utama. Tapi lihatkan pada sudut lain mungkin ada lebihnya di mana-mana. Jika korang mahukan lebih masa bersama keluarga, mungkin boleh fikirkan untuk bertukar kerrja ke commpany kecil. Kurang sibuk, kurang tekanan dan tidak perlu bersengkang mata bekerja lewat malam. 

3. Sudah bosan dengan kerja

Korang merasakan yang ini bukan life yang dimahukan. Pada awalnya kerja ini nampak best dan memang menguji minda dan fizikal korang tapi apabila lama kelamaan, rasa mencabar diri itu sudah hilanng. Tiada lagi cabaran dalam bekerja yang tinggal hanyalah melakukan kerja semata-mata demi gaji. Korang inginkan kerja lain yang jauh lebih baik daripada ini. Mungkin ini lah masa untuk bertukar kerja, dan sewaktu jalan pulang dari office tadi korang nampak iklan kerja di mana diberi travel secara percuma, makanan dan penginapan juga ditanggung syarikat semuanya kedengaran menarik.

Ianya mungkin menarik tapi ingat kesemua perks atau benefit itu mesti ada harganya sendiri. Mungkin melancong itu semua ditanggung oleh company tetapi gaji akan dipotong selama mana korang travel, jadi perlu pandai simpan duit. Ataupun sebahagian kerja memerlukan korang untuk mahir kemahiran, jadi perlu belajar. Kesemuanya tidak akan berlaku secara senang. 

Sebelum buat keputusan..

Sebelum korang ambil langkah untuk keluar terus daripada company, bina rangkaian hubunngan dengan professional dalam industri itu seperti career coach, research career dan ceritakan pada mereka mengenai rancangan korang adakah ianya langkah yang bijak atau tidak. Ambil nasihat orang lain. 

Dengan sebegini, korang bukan sahaja dapat pandanngan orang lain, malah boleh lihat apa yang ada dan segala kebolehan pada diri. Korang boleh nilai sejauh mana korang boleh jual diri korang tu.