Susah nak berjimat sekarang,semua harga barang makin naik ketara pula tu. Nak jimat macam mana pun tak tahu kan? Kalau tak berjimat nanti takda duit nak makan,shopping,pergi bercuti & banyak lagi.

by Shasha
Susah nak berjimat sekarang,semua harga barang makin naik ketara pula tu. Nak jimat macam mana pun tak tahu kan? Kalau tak berjimat nanti takda duit nak makan,shopping,pergi bercuti & banyak lagi.
Sedikit tips untuk korang berjimat dengan mudah & tak perlu sukat perbelanjaan sampai hujung bulan :-

Korang kalau beli barangan rumah atau dapur mesti main redah je ambik apa yang rasa perlu kan? Ramai yang berpendapat kaedah ni lagi jimatkan perbelanjaan tapi bila nampak jajan(snacks) korang akan ambil saja kan walhal tak beli pun takpa. Cuba korang senaraikan barangan yang nak dibeli sebelum pergi ke kedai atau pasar raya. Haa dah buat senari kena lah displin & ikut senarai tu masa pilih barangan yang nak dibeli. Adanya senarai itu, korang tak akan beli barang sesuka hati. Secara tak langsung, korang dapat elakkan diri daripada membeli barangan yang tak diperlukan, malah dapat menjimatkan masa. Mudah, kan?

Sambil korang pilih barang, perbandingan harga suatu barang korang boleh buat sebelum membelinya. Kadang kala ada kedai yang akan menjual suatu barangan dengan harga yang lebih mahal berbanding kedai lain. Walaupun jenis barangan sama je tapi kalau korang buat perbandingan, ada bezanya. Penjual yang tidak jujur selalunya akan menaikkan harga barangan supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Kualiti jangan lupa bandingkan juga,janganlah beli barangan yang rendah kualitinya semata-mata sebab harganya murah. Perbandingan bukan semata-mata pada harga je, malah dari segi kualiti juga

Pastikan korang tak beli barang yang tak seharusnya digunakan. Barang macam susu & roti mempunyai jangka hayat simpanan yang pendek, pastikan jangka hayat simpanan barangan tu tak terlalu pendek. Korang boleh berjimat & guna barangan dengan lama. Sebelum beli, pastikan fizikalnya dalam keadaan baik, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.

Nak maksimum kan lagi tahap penjimatan korang?Salah satu alternative, korang boleh tengok katalog yang disediakan di pasar raya. Adanya katalog tersebut, korang boleh beli barangan yang mempunyai diskaun. Penggunaan kupon juga dilihat membantu menjimatkan kos pembelian. Kadangkala kedai atau pasar raya ada juga buat promosi atau potongan harga yang hebat,Kupon selalunya boleh didapati di surat khabar, risalah atau dari pihak pasar raya.

Kad kredit sememangnya bermanfaat, tapi bergantung pada cara korang gunakannya. Walaupun ianya lebih selamat sebab korang tak perlu bawa banyak sangat wang tunai, berbelanja secara berlebihan dengan kad kredit boleh cetuskan masalah besar pada korang nanti. Seboleh-bolehnya, bayarlah secara tunai.

Car pooling bermaksud berkongsi kereta. Korang boleh jadi pengguna bijak dengan berkongsi kereta ke tempat kerja. Demikian, korang boleh jimatkan perbelanjaan minyak petrol kereta & lebih seronok lagi korang kurangkan kesesakan jalanraya.