Ada masanya kita perlukan orang lain untuk berikan kata-kata nasihat yang mampu membakar semangat dan berikan keyakinan. Bagi mereka yang tidak asing lagi dengan TED, ini lah salah satu platform yang mengumpulkan ramai pakar-pakar serta mereka yang membawa perubahan dalam kehidupan untuk berkongsi pengalaman hidup dan berikan inspirasi pada kesemua penonton untuk melakukan perubahan dan jadi seseorang yang dikenali.

