Lepas Interview Tak Perlu Nak Menggatal Buat 5 Perkara Ini Majikan Nak Pilih Terus Tak Jadi!
# Pengetahuan Interview

Lepas Interview Tak Perlu Nak Menggatal Buat 5 Perkara Ini Majikan Nak Pilih Terus Tak Jadi!

post by Izuan

by Izuan

Mar 1, 2022
pada 2:50 PM

Jangan ingat apabila interview berjalan dengan lancar, penemuduga tertarik dengan anda majikan mahu ambil anda bekerja dengan mereka, selain daripada faktor kebiasaan dimana penemuduga menemui calon yang jauh lebih layak, ada beberapa faktor lain yang sebenarnya anda sendiri telah lakukan.

Sebenarnya dalam proses penilaian calon-calon, majikan mungkin sudah letakkan nama anda sebagi orang pertama yang terpilih untuk menerima jawatan itu, namun niat dan tanggapan mereka boleh berubah dalam sekelip mata jika anda melakukan gatal-gatal melakukan perkara ini.

Jangan ingat sebelum dan semasa temuduga sahaja ada perkara negatif yang korang tak perlu lakukan, selepas pun sama ada pantang larangnya, jadi sila baca dan hadamkan.

1. Jangan Terlalu Follow-Up

Ya, kami sendiri pernah kongsikan bahawa melakukan follow up itu adalah salah satu cara yang bagus selepas waktu termuduga, tapi jangan terlalu kerap. Cukup seminggu sekali dan hanya gunakan satu platform sahaja! Samada hubungi ATAU melalui email, jangan sesekali melakukan kedua-duanya dan lakukannya dengan kerap.

Ia telah membuat kan majikan jadi annoyed dengan anda dan sekaligus membatalkan niat mereka menjadikan anda pekerja mereka kerana kekerapan anda itu mungkin telah menganggu kerja atau tugasan penting seperti mesyuarat dan sebagainya. Oh ya! ada juga yang sanggup hubungi diluar waktu bekerja! 

2. Jangan Add Majikan Di Media Sosial

Sejurus sahaja sesi temuduga tamat dan anda pun telah mengenali nama majikan, tak perlu nak stalk mereka dengan add di Facebook, Linkedin dan paling teruk lagi di Instagram. Anda tidak hormat peribadi seseorang, kami faham anda mahu menarik perhatian penemuduga tapi ia tak bermakna anda perlu taksud dengan mereka.

Jangan fikir bahawa majikans enyum, tertarik dengan diri anda mereka boleh menagnggap anda sebagai kawan, homati batasan anda sebagai orang luar. 

3. Jangan Ubah Expected Salary

Sewaktu temuduga anda telah berikan jumlah yang diinginkan dan majikan bersetuju ataupun jumlah tersebut telah ditetapkan oleh majikan sendiri. Pendek kata, memang ada persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, tuah anda apabila selepas mendapat panggilan daripada majikan bahawa anda terpilih. 

Tiba-tiba anda cakap "Boleh tak expected salary saya nak ubah kepada jumlah RM XXXX Ini?" Kemudia majikan terus berkata "Kami akan update balik dengan kamu untuk pengesahan pihak atasan untuk memilih kamu". Jadi, faham-faham lah maksudnya.

4. Jangan Terlalu Yakin Bahawa Anda Sudah Terpilih

Perkara paling teruk yang calon-calon pernah lakukan apabila ayat pertanyaan yang diajukan kepada penemuduga sewaktu melakukan follow up berbunyi begini "Boleh saya tanya bila saya boleh mula kerja?" ataupun sewaktu temuduga anda terus tanya kepada mereka padahal masih ramai calon lain yang tunggu diluar pintu bilik temuduga itu.

Anda yakinkah bahawa anda ini seorang calon terbaik? Tahu tak majikan dah labelkan anda sebagai calon yang biadap! Semua majikan tak suka orang atau pekerja biadap.

5. Jangan Lupa Hantar Nota Terima Kasih Kepada Penemuduga

Sebelum melakukan sebarang follow up, hantar email atau faks kepada majikan ucapan terima kasih kepada mereka, ini tidak. Main terjah sahaj telefon dan terus bertanyakan progress dan status anda. Memanglah majikan akan jawab masih dalam pemilihan, tapi sebenarnya resuma anda dah lama mereka buang, seminggu selepas itu mereka terus tak menjawab panggilan anda.