Info & Lukisan?Kekalkan Fokus Korang Dengan Cara Terbaru Yang Lebih Mudah
# Pengetahuan Pekerja

Info & Lukisan?Kekalkan Fokus Korang Dengan Cara Terbaru Yang Lebih Mudah

post by Shasha

by Shasha

Sep 12, 2016
pada 8:29 AM

Kalau korang pernah tak habiskan masa isi halaman buku korang dengan gambar-gambar lukisan tangan dalam mesyuarat atau kuliah? Korang mungkin serap lebih banyak maklumat daripada orang lain yang kononnya fokus. 

Hanya dengan melukis dah cukup untuk elakkan korang berkhayal masa mesyuarat atau kuliah.

Infodoodling bukan lah alternatif untuk keluar dari zon fokus, melukis boleh memainkan peranan yang penting dalam pemikiran kreatif & brainstorming. 

Infodoodling ni untuk pengetahuan korang, adalah integrasi perkataan, imej, nombor & bentuk bagi tujuan pembelajaran. Ia dapat bantu korang untuk kekal fokus, berkomunikasi dengan lebih berkesan & lebih memahami konsep-konsep yang kompleks.

Bila sebut melukis je atau apa-apa perkataan seangkatan dengannya, mesti ramai diantara korang fikir orang yang pandai & kreatif je boleh buat infodoodling ni. Salah tu,doodle atau untuk hasilkan coretan ni seseorang tu kena spontan untuk menyokong proses pemikiran korang & tak semestinya korang kena mahir, berseni, ada estetik yang indah, malah berguna kepada pemerhati luar. 

Coretan secara typografi adalah yang paling senang & lagi tajam korang boleh gambarkan idea atau apa sahaja dalam fikiran korang lagi bagus.

Tips untuk infodoodle ni :

- Tak ada istilah sekatan untuk buat infordoodle. Hanya ada kebebasan & proses.

- Kalau korang terlalu banyak mengkritik, ianya akan halang korang untuk teruskan sesuatu.

- Tak perlu pening nak buat infodoodle yang canggih, ‘keep it simple’. Cukup sekadar, perkataan,font, visual & imej. 

Cuba infodoodle esok di pejabat atau kuliah, korang tengok lah hasilnya!