Asyik Rasa Suram Di Waktu Pagi?Ikuti 4 Cara Ni Untuk Jadi Morning Person
# Gaya Hidup

Asyik Rasa Suram Di Waktu Pagi?Ikuti 4 Cara Ni Untuk Jadi Morning Person

post by Shasha

by Shasha

Sep 12, 2016
pada 9:05 AM

Setiap pagi mesti korang rasa macam suram, ada je yang tak kena sampai nak marah, semua nak cepat & sebagainya. Nak jadi morning person pun mustahil sebab hari-hari kena pergi kerja hadap pelanggan, boss, rakan sekerja yang kurang menyenangkan & tak cukup tidur.

Cuba amalkan 4 cara ni, mesti korang rasa senang je nak jadi morning person ni :-

1.Pakai topeng tidur untuk halang cahaya

Walaupun korang matikan lampu bilik, hampir setiap bilik akan ada beberapa cahaya dari lampu di luar jalan, cahaya bulan, ataupun lampu dari bilik jiran. Mungkin ia tak mungkin mencukupi untuk pengaruhi tidur korang, tapi perbezaannya jelas bila korang kena bangun & matikan alarm jam telefon sampai snooze banyak kali.

2. Pakai penutup telinga untuk menyekat bunyi.

Selain cahaya, antara sebab yang sama sebab korang tak dapat tidur adalah bunyi. Kalau korang pernah terjaga disebabkan penghawa dingin, jiran atau rakan sebilik bising mahupun dengkuran pasangan korang, bunyi lah puncanya. Pakai lah penyumbat telinga sekali dengan topeng tidur supaya  korang dapat wujudkan perasaan seperti terputus dari dunia. 

3. Gunakan aplikasi Sleep Cycle 

Bila tidur,kitaran tidur korang adalah antara tidur REM dan tidur Non- REM. REM adalah tidur yang lebih nyenyak. Biasanya korang akan bermimpi kalau lalui kitaran tidur REM. Perasan kan bila korang tidur nyenyak,nak bangun tu rasa macam keliru,sangat lah susah kalau nak bangun dari katil?

Jam penggera(Alarm clock) Cycle Sleep boleh tunjuk corak tidur korang & bangunkan korang masa korang tidur ringan.Ia gunakan analisis bunyi untuk kenal pasti corak tidur korang dengan menjejaki pergerakan korang atas katil.

*Cara nak guna Sleep Cycle :-

- Pilih window 30 minit yang korang nak bangun

- Letak telefon korang beberapa kaki jauh dari katil

- Alarm akan dimatikan melalui bunyi pergerakan korang

- Tengok carta kualiti & kuantiti tidur korang setiap hari 

4. Jadual/rancang sesuatu yang menyeronokkan waktu pagi.

Bila korang tahu perkara utama korang kena buat adalah benda yang korang tak suka sebaik je korang celik mata, mesti rasa kurang bermotivasi nak bangun kan?Rancang lah sesuatu yang menyeronokkan korang di waktu pagi.Contohnya, menulis. Dengar macam remeh je kan?Tapi sebenarnya menulis boleh kurangkan tekanan & tingkatkan kreativiti korang bila dapat keluarkan apa yang tersimpan dalam kotak pemikiran korang.