Kerja Sebagai Pembantu Admin Sahaja Tapi Gaji Sehingga RM2500 Sebulan
# Jenis Pekerjaan

Kerja Sebagai Pembantu Admin Sahaja Tapi Gaji Sehingga RM2500 Sebulan

post by Shasha

by Shasha

Jul 21, 2023
pada 10:15 AM

Kalau sebut admin je mesti korang terus fikirkan buat kerja-kerja senang je. Tahu tak bekerja sebagai admin ataupun kerani ni ada beberapa bahagian berlainan bergantung pada syarikat.

Di Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd menawarkan 2 jawatan kosong dengan pelbagai manfaat yang tak wajar korang lepaskan. Gaji dari RM1700 hingga RM2500 Sebulan & tambah pula dengan komisyen/insentif yang boleh diperoleh tanpa had, kerja hanya 5 hari seminggu. Yang seronoknya, Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd sediakan kemudahan gim, tempat mandi & istirehat. Tak cukup lagi, pejabat ni sangat dekat LRT Kelana Jaya & perkhidmatan van shuttle percuma. Bukan itu saja tau yang ditawarkan kepada korang, pelbagai manfaat tambahan lain yang amat mengujakan, seperti :-

  • perkhidmatan pengangkutan untuk ejen yang tinggal di lokasi tertentu berdekatan Ara Damansara

Pengiktirafan kakitangan suku tahunan dan penghargaan

Keperluan minimum adalah Diploma. Mewakili secara profesional pada setiap masa. Mahir bekomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Tanggungjawab korang dalam tugas tidak lah terlalu rumit sebab korang hanya perlu kendalikan kerja-kerja pentadbiran, catat minit mesyuarat, uruskan persidangan video dengan pelanggan & rakan kongsi global serta hal-hal yang berkaitan.

Korang bersemangat tinggi dalam mendapatkan duit & insentif?Mohon lah untuk jawatan ini kerana Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd memerlukan calon yang boleh berkomunikasi dengan baik. Korang harus mempunyai pengalaman mengendalikan call centre minimum setahun.

Tugas korang dalam membuat kerja ni adalah semua yang berkaitan dengan sales,produk,promosi & lain-lain. Tidak lupa juga manfaat tambahan yang disediakan pada korang :-

  • Graduan yang bersungguh mencari pendapatan akan dipertimbang
  • Boleh berbahasa Mandarin adalah kelebihan
  • Berpengalaman dalam telemarketing adalah kelebihan
  • Bersemangat & positif
  • Warganegara Malaysia /memegang status kediaman berkaitan