Peroleh Gaji Hingga RM4000 Hanya Dengan Kelulusan SPM,Jangan Lepaskan Peluang Ini
# Jenis Pekerjaan

Peroleh Gaji Hingga RM4000 Hanya Dengan Kelulusan SPM,Jangan Lepaskan Peluang Ini

post by Shasha

by Shasha

Sep 13, 2016
pada 5:20 AM

Hanya dengan kelulusan SPM, korang boleh bekerja dalam persekitaran yang nyaman & rileks & paling best dapat gaji sehingga RM4000! Bekerja sebagai Penganalisis laporan di Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd, korang sangat untung bukan saja persekitaran best tapi manfaat yang tak mungkin korang boleh dapat di syarikat lain. Antaranya :-

Tempat istirehat (pool & foosball,etc)

Gim & kemudahan tempat mandi

Peluang untuk jawatan Ketua Pasukan/Senior Ketua Pasukan/Senior,Pembantu Pengurus/Pengurus

IJP – Internal Job Program. Peluang untuk pindah ke mana-mana jawatan yang ada selepas 1 tahun

Tanggungjawab

Korang diperlukan untuk membuat laporan harian/mingguan/bulanan & berkaitan bagi pasukan operasi  & kepimpinan. Selain tu, kumpul & susun maklumat dari pelbagai sumber dalam pasukan operasi. Kepada korang yang memang sanggup untuk belajar benda baru tak jadi masalah sebab yang akan untung bukan kami, korang jugak. Di Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd memerlukan korang untuk beri sokongan dalam mengukur metrik tahap prestasi dengan patuhan pada perkhidmatan ikut tahap perjanjian.

Korang minat dengan tugas-tugas berkaitan pengurusan hotel ataupun pelancongan? Mohon lah jawatan sebagai Konsultan Pusat Pelancongan.Gaji bermula dari RM2500 sehingga RM4000 sebulan!Kelulusan minimum SPM,korang berpeluang rebut jawatan ini. Jawatan ini memerlukan pengendalian hotel reservation & info produk pelancongan.Tambahan korang perlu berikan maklumat tentang perjalanan & lawatan bagi kemudahan pelanggan.Tidak lah telalu rumit untuk lakukan kerja ni kan?

Manfaat Tambahan yang berlainan sedikit bagi jawatan ni adalah :-

Mendapat diskaun bagi Expedia travel benefits

Komisyen/insentif boleh diperoleh tanpa had setiap bulan