Siapa Pekerja Akan Akan Dipecat Dahulu Jika Company Ada Layoff? Ini 5 Jenis Pekerja Yang Bakal Diberhentikan Serta Merta
# Pengetahuan Pekerja

Siapa Pekerja Akan Akan Dipecat Dahulu Jika Company Ada Layoff? Ini 5 Jenis Pekerja Yang Bakal Diberhentikan Serta Merta

post by Aisya

by Aisya

Sep 14, 2016
pada 7:44 AM

Company korang baru sahaja umumkan yang mereka bakal lay-off pekerja secara besar-besaran. Tak pasti lagi tapi itu lah khabar angin yang korang dengar dalam office dan bos korang masih lagi cuba untuk menyorokkan perkara itu. Apa-apa pun ada persoalan yang bermain dalam kepala korang, "adakah korang tergolong dalam mereka-mereka yanng bakal di lay-off?"

 Sebenarnya kalau korang nak tahu, bila companya  adakah lay-off ni, mereka bukan suka-suka je buang pekerja mana yang mereka mahu. Perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelak sebarang kesalahan di sisi undang-undang dan ada garis panduan yang perlu diikut. Apa-apa pun, garis panduan itu masih lagi perlu diperbaiki dan ada ruang untuk membuang siapa sahaja. Secara amnya, kebiasaannya company akan praktikkan "mereka yang masuk lambat adalah yanng pertama untuk dibuang" kerana ini berdasarkan kedudukan seniority. 

Tapi dalam situasi tempat kerja, pihak pengurusan masih lagi ada kebolehan untuk arahkan siapa keluar dan siapa tinggal. Mereka akan fikirkan department mana yang perlu dibuang dan tidak diperlukan oleh company dalam mencapai matlamat. Sebagai contoh, company mendesak untuk buang department sales demi fokus dalam bahagian research dan development dan begitu lah.

Gentar jika company korang mungkin akan bakal membuang pekerja? Ini adalah jenis 5 pekerja yang pertama sekali akan dibuang tanpa perlu berfikir panjang:

1. Mereka yang boleh digantikan dengan sumber luar

Outsourcing ini memang dari dulu lagi dipakai guna oleh company dalam menjimatkan bajet mereka dan ianya mampu untuk masih menyelamatkan pekerja  di tahap atasan. Kalau dahulunya, kerja di call center serta customer service yang paling diancam oleh outcourcing tetapi kini tidak lagi. Dengan era digital, apa apa kerja sekalipun yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan internet dan telefon berpotensi untuk dalam ancaman. Jadi berhati-hati. 

2. Pekerja yang tidak mahu belajar kemahiran baru

Tidak kisah lah korang dalam industri apa sekalipun, ianya sudah berubah dan lain daripada 10 tahun yang lepas. Job deskripsi korang munngkin sudah berubah dan company mungkin sedang mengetengahkan teknologi baru serta training untuk nak pastikan pekerjanya semua  boleh ikut dengan perubahan. 

Jika  korang mahu kekalkan kerja, jangan sesekali tolak tawaran untuk belajar kemahiran baru. Ketidakmahuan untuk belajar boleh menjadikan korang sebagai target seterusnya dalam lay-off serta majikan juga bahaskan yang korang tidak lagi fokus dalam mencapai matlamat company. Pekerja yang boleh sesuaikan diri dengan cepat dan low-maintenance adalah mereka yang akan dikekalkan. Jadi jangan menolak untuk belajar.

3. Pekerja yang sentiasa ada masa terluang

Korang mungkin beranggapan yang korang sudah berjaya lakukan semua  kerja  bila ada masa untuk nak kemas meja, nak susun-susun fail dan boleh dikatakan separuh hari lah ada masa terluang. Tapi jika korang tak pergi mencari kerja extra dan majikan pun perasan yang kerja korang ni terlampau ringan, korang mungkin dalam bahaya untuk mendapat notis diberhentikan kerja.

Bukan itu je, pekerja yang tidak berpengalaman, mereka yang gemar bersantai dan tidak hiraukan kerja, pekerja yang suka buat salah dan biar orang lain dipersalahkan atau juga pekerja yang menghampiri tempoh pencen adalah mereka dalam senarai utama untuk lay-off. 

4. Pekerja yang suka memalukan majikan mereka

Tidak kira lah korang perasan atau tidak tapi jika korang ada kebolehan untuk buatkan majikan serta pekerja lain untuk tampak bagus dan outstanding dalam company ini membuatkan korang disukai ramai. Ini adalah salah satu "soft-skill" yang dicari oleh majikan. Jika pekerja itu suka memalukan bos dengan datang lambat ke presentation, suka bertengkar mulut dengan pekerja lain di hadapan orang ramai dan bercakap hal negatif mengenai company, jangan ingat yang korang bakal selamat waktu lay-off pekerja nanti.

5. Mereka yang banyak perbelanjaan

Ianya adalah official layoff apabila company melakukan pemotongan pekerja atas dasar perbelanjaan, jadi dalam senario sebegini korang boleh agak mereka yang bergaji besar ini bagaimana duduknya. Bila korang boleh hentikan seorang pekerja yang sama nilainya dengan 3 pekerja, mana satu yang akan korang pilih? Melainkan pekerja yang bergaji besar tu tunjukkan betapa mereka amat diperlukan dalam syarikat tersebut.

Dalam masa yang sama juga, perbelanjaan bukan hanya pada dasar duit sahaja, kerana jika "drama" pekerja itu mengganggu produktiviti kerja dan majikan pula kena habiskan masa dan tenaga untuk nak selesaikan masalah pekerja. Pekerja yang sebegini yang akan dipertimbangkan dahulu untuk dibuang atau tidak kerana mereka membelanjakan banyak masa dan duit company dan layoff ini lah peluang terbaik untuk nak singkirkan orang sebegini.