Resume Bukan Je Untuk Promote Diri Korang, Ada Lagi Fungsi Yang Korang Tak Tau Boleh Digunakan
# Pengetahuan Pekerja

Resume Bukan Je Untuk Promote Diri Korang, Ada Lagi Fungsi Yang Korang Tak Tau Boleh Digunakan

post by Shasha

by Shasha

Sep 14, 2016
pada 9:02 AM

Lebih ramai antara korang kurang promosikan diri dekat resume daripada sebaliknya . Korang lebih gemar tinggalkan pencapaian yang paling ketara korang di luar resume, sebab takut nak tuntut.

Kenapa teragak-agak nak tuntut pencapaian professional? Korang tak akan rugi pun sebab resume adalah salah satu cara marketing kan diri korang. Ada perkara yang korang tak tahu korang boleh tuntut dalam resume. Antaranya cuba baca ni :

1. Market kan diri dengan lebih meluas 

Korang boleh tuntut pencapaian yang bukan sebahagian daripada huraian kerja rasmi korang. Ni lah satu lagi sebab ramai yang gagal untuk ambil kredit untuk kejayaan masing-masing. Korang simpan pencapaian paling hebat di luar resume korang sebab takut apa yang dah dicapai tidak ada kaitan dalam skop kerja korang. Siapa peduli kan?

2. Tiada penyekatan pembelajaran 

Apa yang korang belajar di tempat kerja, sama ada belajar dalam kelas, mahupun daripada pekerja lain, still korang boleh tuntut. On-the-job training lagi bagus sebab ianya latihan diterajui pengajar

3. Kegagalan bukanlah tidak menyumbang langsung 

Walaupun pencapaian korang tak menunjukkan kejayaan masa korang bekerja untuk syarikat, tak menjadi kesalahan pun kalau nak tuntut. Ianya tetap dikira sebagai satu pencapaian untuk korang. Sebagai contoh, orang yang bekerja keras untuk bina bangunan KLCC mencakar langit tu adalah sebahagian daripada kebanggaan & kejayaan dari pintunya dibuka sehingga lah sekarang. Tak perlu fikir apa yang korang buat beri kejayaan tak dekat syarikat yang korang berkhidmat, pencapaian yang kecil pun kadangkala akan beri impak pada syarikat. 

.4. Setiap perkara adalah pengajaran

Korang jugak boleh buat tuntutan pada projek atau tugasan yang korang buat tak pernah buahkan hasil. Ianya masih pembelajaran besar bagi korang!

5.  Tiada sekatan walaupun bukan skop kerja korang

Selain tu jugak, korang boleh buat tuntutan tanggungjawab walaupun ianya dalam huraian kerja orang lain , selagi korang yang jalankan tanggungjawab tu tak datangkan kesalahan pun. Jangan lah sekat keupayaan korang sebab ianya akan merugikan diri.