"Saya Ada 5 Kerja Dalam Masa 5 Tahun" - Ini Apa Yang Dipelajari Daripada Pengalaman Terdahulu
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

"Saya Ada 5 Kerja Dalam Masa 5 Tahun" - Ini Apa Yang Dipelajari Daripada Pengalaman Terdahulu

post by Aisya

by Aisya

Sep 15, 2016
pada 3:16 AM

Selepas merasai kerja di 5 organisasi yang berbeza dalam masa 5 tahun, baru sedar ada banyak kesilapan yang diri sendiri telah lakukan dalam memilih tempat kerja. Memang ada bermacam pengalaman berguna sepanjang bekerja di berlainan tempat tetapi yang pastinya apa yang paling utama yang dapat dijadikan ikhtibar adalah jangan terlepas pandang pada perkara-perkara kecil lain kali jika korang terasa mahu untuk melompat ke tempat kerja lain.

Ini adalah 5 perkara yang korang semua perlu teliti dan pelajari dari seorang yang sudah merasai 5 kerja dalam tempoh 5 tahun agar tidak melakukan kesalah yang sama: 

1. Budaya di office adalah segalanya

Apabila korang langkah sahaja kaki ke dalam office, perhatikan sikap mereka yang bekerja di situ. Ianya memang boleh nampak dengan jelas jika pekerja-pekerja di situ gemar bekerja atau tidak suka. Cuba lihat penyambut tetamu, adakah dia ramah? Ataupun HR atau sesiapa yang menyambut korang. Seramai 22% pekerja mengatakan benda yang paling mereka tak boleh tahan ialah pekerja yang sangat bising dan mengganggu pekerja lain buat kerja.

Mungkin pada hari pertama korang masuk kerja ianya tidak jelas, tapi korang kena teliti pada perkara-perkara kecil. Cuba lihat jika budaya di office tu padan dengan persekitaran kerja yang korang mahukan. Jangan rugikan masa sehingga setahun bekerja di tempat yang korang tak gemar langsung dan setiap hari menunggu masa untuk bertukar kerja. Ingat ye, korang luangkan 40 jam seminggu di tempat kerja, jadi pastikan itu adalah tempat yang korang mahukan.

2. Tahu apa yang korang mahukan

Jujur dengan diri sendiri apabila korang menghadiri temuduga. Apabila penemuduga menjelaskan skop kerja dan rutin kerja harian pada korang, ada tak nampak sebarang red flags yang korang tak gemarkan? Kebiasaannya kita akan ketepikan bena-benda sebegini kerana berfikiran yang korang boleh mengubah dan adapt dengan persekitaran kerja yang baru.

Ambil perhatian jika korang jenis yang gemar bekerja secara perseorangan dan kerja itu memerlukan korang untuk bekerja dan bergantung pada orang lain. Fikirkan pasal diri sendiri dan korang sudah pastinya tidak mahu kerja buat tempoh yang singkat sahaja. Pertimbangkan dahulu jjika kerja itu lain dari apa yang korang mahukan, jangan terus sambar sahaja. 

3. Tengok pada clues yang samar-samar

Sebagai calon, korang luangkan berjam lamanya mencari bakal majikan yang terbaik. Korang kaji sejarah, belajar mengenai produk, belajar mengenai mereka yang korang ditemuduga, mencari soalan yang biasa. Korang hadir temuduga itu dengan yakinnya dan perkenalkan diri, tetapi penemuduga itu mulakan perbualan dengan memanggil korang dengan nama yang salah.

Klu-klu yanng samar ni dia tidak berapa jelas, tetaapi jika korang perasan salah besar yang memang jelas dilakukan, lebih baik korang berganjak dan pergi ke tempat lain. Lihat sikap penemuduga itu. Adakah mereka kelihatan seperti enjoy lakukan kerja mereka? Adakah mereka bercakap negatif mengenai pekerja lain atau company? Atau memberitahu yang tempat kerja itu bukan tempat yang sesuai dan best untuk bekerja? Semua ini korang akan tolak tepi jika terlalu mahukan kerja. 

4. Dengar kata hati

Ini agak sukar untuk dicadangkan kerana semua orang ada rasa hati yang berlainan. Tapi itu juga tidak bermaksud yang kata hati orang lain lagi boleh dipercayai daripada diri korang sendiri. Sebagai contoh, kerja itu nampak menarik, dan sehinggakan dokumen pun semua nampak jelas, cuma adalah salah kecil sini-sana, yang salahnya apabila dah nampak salah sebegitu dan kata hati sudah menidakkan korang masih lagi teruskan. 

Korang ambil juga kerja itu dan sebaliknya hanya bertahan selama seminggu sahaja, itu memang teruk dan setelah berhabis masa dan tenaga dalam training, akhirnya korang tinggalkan sebegitu sahaja. Jadi dengar kata hati.

5. Perhatikan gerak-geri orang

Selepas selesai interview, jangan terus pulang. Apa kata korang luangan masa dengan duduk di kafeteria ke dan pantau gerak-geri pekerja. Korang boleh lihat masa break sebegini lah akan ada pekerja yang mengadu apa yang terjadi di office hari itu, bos ada buat masalah ke, dan bermacam lagi cerita menarik. Jadi fikirkan semula adakah ini tempat kerja yang korang mahukan?

Ada cara lain lagi yang boleh korang gunakan, iaitu minta kepada bakal majikan yang korang mahu lihatkan pekerja yang memegang jawatan korang sekarang itu untuk llihat rutin mereka. Ini secara tak langsung boleh berikan korang gambaran jelas mengenai kerja.