Apa Yang Majikan Boleh Lakukan Untuk Tarik Minat Millennial Untuk Terus Bekerja Lama
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Apa Yang Majikan Boleh Lakukan Untuk Tarik Minat Millennial Untuk Terus Bekerja Lama

post by Aisya

by Aisya

Sep 15, 2016
pada 6:21 AM

Millennials ataupun generasi muda sekarang ni yang akan memenuhi sekktor-sektor pekerjaan dan mereka ini memang dicari oleh kesemua majikan sebab mereka begitu terdedah pada teknologi, internet-savvy dan sebagainya. Tetapi ada juga majikan yang mahu elakkan golongan millennial ni kerana stereotype terhadap mereka iaitu pemalas, obses dengan social media tetapi mereka juga sangat kreatif dan begitu terbuka kepada perubahan teknologi. Millennial ini lah yang akan menggerakkan sektor pekerjaan pada masa akan datang.

Mereka ini boleh dilihat lainnya pada cara kerja mereka. Apa sahaja yang mampu memikat hati golongan-golongan senior terdahulu tidak mampu untuk memikat hati mereka juga. Mereka mahukan sesuatu yanng berlainan mengikut arus masa. Jadi majikan perlu bijak dalam memastikan mereka untuk terus bekerja dengan menjanjikan pelbagai manfaat yang berguna untuk mereka. Ada beberapa perkara yang memang mereka kejarkan dan majikan boleh pikat hati mereka melalui ini:

1. Manfaat melancong

Tidak perlu tawarkan rumah atau kereta company kerana jika korang tawarkan manfaat untuk melancong selama bekerja sudah tentu mereka akan senyum tak henti-henti. Jika mahu tahu, generasi muda ini menggunakan duit yanng banyak dalam melancong jadi jika company tawarkan manfaat sebegini lagi lah mereka suka. Mereka juga akan rasa kurang tertekan dan lebih gemar lakukan atau beri komitmen dalam kerja.

Ketahui lah golongan millennial ini sukakan kebebasan dan mereka suka merantau. Jika dilihat dalam mana-mana organisasi, biasanya mereka akan gunakan annual leave mereka itu sekaligus untuk merantau berminggu lamanya dengan bajet yang kecil. Asalkan mereka dapat pergi ke negara orang. Ada satu company yang berikan manfaat sebegini kepada para pekerja iaitu Airbbnb. Paling menarik apabila company tawarkan travel kredit untuk menggalakkan pekerja melancong sekurangnya 4 kali setahun. 

2. Waktu bekerja yang fleksibel

Millennial amat emnitik beratkan mengenai masa mereka. Jika mahu tahu, kebanyakkan millennial lebih gemarkan waktu jam bekerja yang fleksibel berbanding gaji yang tinggi. Mereka tidak gemarkan kerja pejabat 9-5 petang dan mereka mahu keluar daripada office selepas tamat sahaja waktu kerja. Yang paling penting, mereka lebih suka bekerja dari rumah.

Mereka mahukan kerja di mana mereka boleh lakukan kerja lainn dalam masa yang sama. Jika bekerja di rumah, mereka tetap boleh lakukan kerja personal yang lain dan tetap lakukan kerja tetap mereka. 

3. Makanan percuma

Ini memang tidak dapat dinafikan, siapa sahaja yang tak suak makanan percuma kan? Jika pantry tu suram je yang ada hanyalah air mineral sahaja memang tidak menarik minat mereka. Sekarang sudah banyak tempat yang menawarkan open pantry yang penuh dengan pastry, kopi dan bermacam snek dan ada juga tau company yang besar-besar siap sediakan kafe dimana pekerja boleh makan sebanyak mana yang mereka mahukan. Tiada lagi masalah untuk nak lunch di mana.  

Company besar--besar seperti Google menyediakan buffet dengan makanan yang banyak dan korang senndiri boleh tengok ramainya millennial yang memohon kerja di sana. Ini lah yang menarik minat mereka. 

4. Ruang santai

Sudah namanya pun golongan muda kan jadi memang tak boleh lari daripada mahukann hiburan. Malah ruang santai ini juga llah yanng akan mengeratkan hubungan antara pekerja. Company boleh sediakan ruang santai yang ada pool game, atau Xbox, TV dengan pelbagai rancangan, FIFA dan bermacam lagi. Ini bukan lagi sesuattu perkara yang baru kerana sudah ada banyak commpany yang sediakan kemudahan sebegini. 

Jadi bila petang-petang dan mood kerja sudah mula pudar, mereka akan hiburkan diri dan berehat sebentar selama 30 minit untuk bermain game dan naikkan semula mood dan semangat kerja. Ianya tidak melalaikan malah buatkan mereka lebih produktif.

5. Membership gym 

Ini memang sesuatu yang amat digemari oleh golongan muda. Pergi ke gym ini sudah sebati dalam diri mereka dan mereka banyak menghabiskan masa hujung minggu aaupun kembalinya daripada kerja terus ke gym. Jika majikan boleh tawarkan free membership ini memang berita gembira malah boleh menghasilakn para pekerja yang sihat dan cergas.