Fresh graduate masing-masing sibukkan diri dengan mengejar pencapaian akademik kerana persaingan yang makin sengit dan akademik ini adalah salah satu kelebihan dalam memiliki pekerjaan. Sebelum itu, tahu tak yang dalam ramai-ramai pelajar yang pintar tidak ramai daripada mereka yang diambil bekerja kerana masih ada kekurangan yang paling dicari oleh bakal majikan. Elemen yang mereka mahukan adalah kemahiran dan ini jarang sekali terdapat pada fresh graduate.




