Tahniah! Korang sudah berjaya melepasi peringkat internship. Bermacam-macam pengalaman yang korang timba tapi sekarang internshhip sudah tamat dan bermulalah pengembaraan baru. Kini ianya adalah permulaan untuk episod baru iaitu kerja pertama. Kerja full time yang bakal korang lalui itu bukannya sambungan internship semata-mata tau. Jangan letakkan expectation yang sama sebab ianya satu pengalaman yang jauh berbeza.






