Sepatutnya bila dah dapat peluang bekerja ni hati dah seronok berbunga-bunga dan bersemangat untuk nak kerja. Tapi ada sampai satu tempoh tu bila korang duduk hadap meja tiba-tiba timbul satu perasaan "Tak berapa best lah kerja ni, tapi kerja je lah buat masa sekarang." Atau mungkin juga korang sebenarnya bukannya benci sangat dekat kerja tu, cuma rasa ala kadar je lah.




