Selalu Sangat Bad Mood Sampai Tak Terkawal?4 Tips Ni Confirm Takda Masalah - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Selalu Sangat Bad Mood Sampai Tak Terkawal?4 Tips Ni Confirm Takda Masalah - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Sep 20, 2016
pada 9:37 AM

Bad mood. Perkara ni lah yang bukan korang je nak elak, kami di Maukerja.my pun nak elak. Kadangkala mood kita boleh berubah bila-bila masa je hanya dengan benda kecil jadi pun mood akan berubah.

Baju kotor pun boleh buat korang bad mood sepanjang hari & nak hadap trafik jam tambah lagi dengan kerja di pejabat selama 8 jam tu lagi lah takda mood. Kata orang, kalau simpan lagi membuak dekat dalam lagi lah teruk. Jadi, ramai diantara kita ataupun korang selalu akan lepaskan bad mood dengan colleague & orang-orang sekeliling. Ada jugak buat kan?

Kalau boleh jangan lah amalkan sebab ianya akan reflect professionalism korang sebagai pekerja. Bayangkan korang bad mood pagi-pagi ke pejabat, lepaskan pada rakan sekerja, bila marah kuasai diri korang, mula lah keluar kata-kata kesat, hal-hal yang dah lepas pun diungkitkan. Lepas dah habis lepaskan kemarahan, ha baru menyesal & waktu tu memang dah terlambat untuk rasa menyesal dah.

Situasi sebegini sangat buruk bagi mana-mana profesyen pun, dari bos hingga lah pekerja sebab ianya refleksi pada diri korang yang sebenarnya. Memang sukar nak kawal dari kemarahan & nak kekal tenang je walhal hati korang rasa bengis je kan? Bad mood ni boleh ditangani kalau korang ikut tips-tips ni :

1.Senaman untuk disiplin

Menurut seorang pakar psikologi Coach Kristina Leonardi berpendapat dalam keadaan bad mood, ianya boleh ditukar kepada satu senaman untuk mendisiplinkan diri. Alihkan kemarahan korang yang membuak tu untuk tajamkan tahap fokus masa kerja. Dengar macam mustahil sangat nak buat kan tapi sebenarnya ianya berkesan untuk korang redakan bad mood naturally.    

2.Ambil udara segar

Dah lah tengah bad mood, kerja pun banyak macam takda ending tambah lagi dengan bos pressure untuk siapkan tugasan cepat korang jadi lagi tension & bertambah bad mood. Ketika tu, otak korang rasa sempit yang teramat, panas tak pasal & korang jadi tak tentu arah. Bertenang, berhenti sejenak daripada tugasan atau apa sahaja yang korang buat sekejap. Tutup mata & tarik nafas sedalam mungkin & lepaskan sekali dengan bad mood tu. Kalau boleh lari keluar ofis sekejap pun jadi lah, ambil udara segar & take a quick break.

3.Salurkan dengan genggaman sekuat hati

Pernah dengar pasal stress ball tak? Bola ni memang membantu korang terutamanya bila tengah takda mood & marah melampau. Bola ni mampu untuk redakan kemarahan & stress korang tanpa perlu guna tenaga yang banyak untuk jerit atau tegangkan urat sampai korang rasa penat.

4.Sentiasa alert kan diri korang

Dalam keadaan marah, korang akan terbawak-bawak emosi ke masa lampau & buat korang mengelamun sekejap tapi dalam keadaan yang korang sendiri tak sedar sampaikan tak boleh nak kawal kemarahan. Sebab itulah bila marah, korang terlepas cakap perkara yang takda kaitan pun dengan hal yang tengah korang marahkan. Oleh itu, korang kena sentiasa alert dengan keadaan sekeliling & apa yang korang tengah hadapi. Kalau korang bad mood masa tengah buat, ingatkan lah diri yang korang sedang bekerja jadi korang akan berfikir secara rasional.