Majikan Masih Boleh Pertimbangkan 3 Perkara Ini Untuk Calon Under-Qualified
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Majikan Masih Boleh Pertimbangkan 3 Perkara Ini Untuk Calon Under-Qualified

post by Shasha

by Shasha

Sep 21, 2016
pada 8:35 AM

Situasi yang selalu jadi pada kita Jobseekers nak apply kerja, mesti risaukan adakah kita ni layak nak submit resume pada majikan kalau keperluan untuk jawatan kosong tu kurang 2 atau 3 atau mungkin lebih.

Sebagai contoh, keperluan untuk jawatan senior web designer calon kena ada 4 tahun pengalaman dalam bidang tu tapi korang baru je 2 tahun berpengalaman. Mana lah nak dapat lagi baki 2 tahun tu kan?Mustahil sangat lah majikan nak baca detail resume bila tengok korang ni junior-level je mana lah nak layak nak naik senior-level. Sebelum korang lepaskan peluang memohon kerja yang seolah-olahnya di luar jangkaan.

Ada beberapa perkara yang majikan pertimbangkan kalau calon bagus tapi under-qualified :

1.Pengalaman kerja lepas relevan dengan jawatan

Memang senang kerja majikan kalau ramai calon ada exactly 4 tahun pengalaman(contoh) & menepati semua keperluan jawatan kosong tu. Tapi sebenarnya, majikan masih pertimbangkan andai kata keperluan korang kurang dari yang diminta.

Pelik kan?Nak tahu kenapa? Walaupun korang tak penuhi keperluan untuk jawatan kosong tu, bakal majikan korang akan pertimbangkan sebab mungkin korang pernah buat tugas yang berkaitan tapi secara tak official. Sebabnya ialah majikan tak nak lepaskan peluang tak hire calon yang bagus & masih boleh melatih korang.

2.Ada dorongan untuk terus belajar

Walaupun majikan memerlukan calon pekerja yang dapat penuhi keperluan sesuatu jawatan, kalau korang nak tahu diorang jugak menitik beratkan kalau korang sanggup ada dorongan tak untuk terus belajar benda baru yang akan dating. Perkara ni penting sebenarnya untuk majikan teliti seseorang calon yang di interview. Tak mengapa kalau korang ambil masa untuk naik ke satu tahap di tempat yang kerja lama sebab ia menunjukkan yang korang boleh terus belajar sesuatu yang korang belum mahir.

3.Layak untuk posisi yang tinggi walaupun belum ckup senior/mahir

Nampak macam terlalu muda untuk jawatan kosong tu tapi sebenarnya korang berkebolehan untuk pergi jauh. Dalam situasi macam ni, majikan bukan lah setakat tengok resume korang yang kurang 2 keperluan tu tapi diorang teliti apa yang korang boleh & mampu buat untuk sumbangkan pada syarikat atau jawatan tu. Tak semestinya jawatan yang tinggi hanya lah untuk calon-calon yang dah tua & lama bekerja tau. Kalau korang ada potensi yang melangkaui keperluan majikan tapi takda dalam resume, peluang korang mungkin tinggi .

Memohon untuk jawatan yang kurang berkelayakan bagi korang macam kurang logik kan? Walaupun resume korang tak memenuhi semua keperluan sesuatu jawatan, banyak je peluang pekerjaan yang sebenarnya sesuai untuk korang mohon. Jangan lah pulak over konfiden sampai mohon nak jadi boss, itu memang melampau.