Kerja Sebagai Runner Dengan Upah Seikhlas Hati Makin Mendapat Perhatian - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Kerja Sebagai Runner Dengan Upah Seikhlas Hati Makin Mendapat Perhatian - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Sep 26, 2016
pada 8:14 AM

Dengan keadaan ekonomi gawat dan tidak menentu, agak sukar untuk nak mencari kerja tetap yang masuk kerja pukul 9 pagi habis kerja pukul 5 petang. Mahu mulakan bisnes perlu ada model sekurangnya, jadi apa sahaja kerja halal yang boleh dilakukan untuk menampung kos hidup? Tanggungan keluarga masih lagi ada dan memang perlu teruskan hidup dengan lakukan apa sahaja kerja yang ada tanpa merungut.

 

 

Kini servis mengahantar barang atau lebih dikenali sebagai runner makin diterima ramai, walaupun ianya agak baru dalam kalangan masyarakat Malaysia tapi sebenarnya servis runner ini sudah lama bermula di luar negara. Walaupun ianya sudah lama berjalan, tetapi apa yang membuatkannya lebih menarik dan mendapat perhatian ramai adalah dengan adanya runner yang membuat perkhidmatan dengan upah seikhlas hati. Menarik kan? Di sini kami kumpulkan beberapa runner dengan cerita masing-masing yang penuh inspirasi dan patut diteladani oleh generasi kini.

 

Dahulunya bekas pelatih jurutera kapal terbang

Imej dari blog Little Muna's

 

Runner ini bukan calang-calang orangnya. Jangan hanya menilai dengan motosikal buruk mereka serta pakaian yang bukan berjenama. Ada runner yang punyai lesen jurutera penyelengaran kapal terbang tau. Sebagai contoh Aidil Syukri, yang merupakan bekas pelatih jurutera penyelengeraan kapal terbang menyediakan khidmat runner dengan upah seikhlas hati. 

Berikutan kegawatan ekonomi di mana ramai pekerja MAS diberhentikan kerja, Aidil Syukri tidak hanya berdiam diri menunggu peluang kerja jatuh ke riba. Sebaliknya, dia memulakan servis runner walaupun khuatir jika ianya tidak diterima ramai. Siapa sangka, sehari, ada sahaja kerja tidak putus-putus sehinggakan mencecah 10-15 job dan cukup untuk menampung kos hidup. 

JOIN GROUP FB RIDER SEKARANG!

Lakukan khidmat runner demi keluarga

Ahmad Faizal Murtadza, seorang runner yang mendapat perhatian media apabila membuat khidmat ini dengan tidak menetapkan sebarang caj. Ianya terpulang pada pelanggan mahu berikan berapa upah kepada dia. Dia dahulunya tiada pekerjaan tetap dan mencuba-cuba untuk menjadi runner. Kemudian Ahmad Faizal nampak potensi kerja ini apabila makin ramai yang menggunakan khidmatnya. Memang upah seikhlas hati, tetapi bagi dia jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan penuh ikhlas pasti akan ada juga rezeki. 

Tipu lah kalau tak rasa hampa  apabila ada pelanggan yang bagi upah yang tak setimpal kan? Tapi bagi dia, dia akan fikirkan pada sudut positif. Mungkin pelanggan itu tidak ada duit lebih untuk nak bagi, jadi bukan rezeki dia hari itu. Tapi, disebabkan pelanggan percaya pada dia, mereka akan terus menggunakan khidmat dia tanpa ragu-ragu.

Cakap sahaja mana, rata-rata dia  sudah pergi travel jauh semata-mata untuk nak hantar barang kepada pelanggan. Walau cuaca buruk sekalipun, dia  tetap redah kerana sikap jujur dan menepati janji itu penting. Ini lah Ahmad Faizal yang cukup dikenali ramai dengan khidmat runner yang terbaik sekali.

 

 

Nampaknya ramai juga yang ceburi bidang runner ni ye sebagai backup plan. Mungkin kerana modalnya mudah, hanya perlu ada motosikal tapi bukan semua  mampu untuk lakukannya. Dengan tiada pulangan tetap, dan perlu redah cuaca panas dan hujan ianya memang mencabar. Mohd Sahrizan atau dikenali sebagai Jan Runner memilih untuk melakukan kerja ini apabila pulang ke kampung halaman dan tiada kerja tetap. Dia ambil upah untuk membelikan barang kepada pelanggan dengan upah serendah RM2 sahaja.

Mungkin kerja sebegini lagi menggembirakan hati mereka daripada kerja office yang memberi tekanan dan tiada masa bersama keluarga mungkin. Bagi Jan Runner, dia kata setakat ini walaupun ianya kerja yang bukanlah berikan pulangan yang boleh hidup mewah tetapi semuanya cukup dan tidak stress kerja. Dia gemar lakukan kerja ini dan akan terus berikan khidmat.