Office Mates Suka Buat Bising Tapi Takut Nak Tegur? Buat Cara Ini Supaya Dia Sedar Tapi Tak Sentap - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Office Mates Suka Buat Bising Tapi Takut Nak Tegur? Buat Cara Ini Supaya Dia Sedar Tapi Tak Sentap - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Sep 29, 2016
pada 7:29 AM

Dekat office ni ada bermacam jenis perangai office mates yang korang bakal jumpa. Ada yang jenis suka bergosip lah, suka menyendiri, pasang lagu kuat-kuat dan banyak lagi lah. Paling parah bila layout office tu open space jadi bila seorang buat bising semua orang boleh dengar. Bila jadi sebegini memang semua orang akan kena tempias dia.

 

 

Lagi teruk bila office mate yang jenis suka buat bising ni tak kisah lah cakap kuat ke, suka menyanyi bajet sedap ke tak kisah lah duduk sebelah meja je. Itu memang susah untuk korang nak ada masa senyap sendiri dan kadang-kadang kerja memang tak boleh nak jalan. Sampaikan kena datang office awal pula semata-mata nak siapkan kerja sebab bila dia masuk je office memang tak boleh dah nak fokus. 

Kalau setiap hari kena hadap benda yang sama memang sakit betul jiwa dengan mental. Tak kan nak duduk diam je? Korang mesti kena lakukan sesuatu buat office mate yang suka buat bising macam office ni pasar je. Tolong! Nak buat apa ni? 

 

Beritahu pada dia

Jangan sesekali diamkan diri. Kalau korang tak beritahu pada dia, memang sampai ke sudah lah dia tak akan tahu yang dia sebenarnya ganggu kerja orang lain. Tak perlu nak risau kalau korang mungkin mengguris hati dia, sebab orang sebegini memang perlu ada seseorang untuk beranikan diri dan tegur kesilapan dia. Katakan sahaja, " Ahmad, saya memang suka bekerja dengan awak tetapi ianya challenging sedikit untuk nak fokus kerja bila awak cakap terlampau kuat dekat office. Boleh tak awak hormati privasi pekerja lain?" Ini mungkin cara yang paling straightforward korang boleh lakukan. Tapi kalau nak lagi gentle ada caranya tanpa menyinggung perasaan diorang. 

 

Pakat semua office mates lain pakai earphones

Ini cara paling halus yang kalau dioranng tak sedar-sedar tak tahu lah nak cakap apa. Suruh semua office mates lain untuk pakai earphones sewaktu masuk kerja. Bila dia dah start dah cakap kuat atau menyanyi tu, cepat-cepat korang sumbat telinga dengan earphone. Baru dia tahu yang nyanyian dia tu sumbang dan tak sedap mana. Hehe.. Cara halus ni ambil masa sikit lah sebab dah lama-lama baru diorang akan perasan.

Korang ada cara lain untuk nak tegur collleagues yang kaki bising ni? Apa lagi cara lain yang efektif?