Selalu Dapat Kritkan Di Pejabat? Ini 5 Tips Mengatasi Kritikan Majikan
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Selalu Dapat Kritkan Di Pejabat? Ini 5 Tips Mengatasi Kritikan Majikan

post by Shasha

by Shasha

Sep 30, 2016
pada 6:39 AM

Kritikan orang atasan kadangkala boleh buatkan telinga korang ‘panas’. Ada saja yang hendak dikritik mereka sampaikan korang diselubungi negativity. Tapi tahu tak, reaksi korang lepas ditegur akan dinilai orang sekeliling? So, anggap lah kritikan tu satu kelebihan&  bukan kelemahan. Berikan kami peluang untuk bantu korang leraikan kekusutan fikiran :

1. Dengar Dahulu

Beri peluang untuk kamu dengar dan analisa pendapat mereka. Namun, pastikan kritikan itu membina dan bukan simply rude untuk diterima begitu je. 

 

2. Sabar

Hormati sesuatu pendapat dan berterima kasih jika ia berguna. Namun jika kamu rasa majikan sengaja mencari salah, senyum saja kerana ‘kemenangan’ sentiasa di pihak korang. Turunkan ego korang walaupun rasa macam nak jerit pada dia.

 

3. Don’t take it personally

Keluarkan diri daripada situasi itu dan fokus pada kritikan. Walaupun kamu dapat C+ dalam ujian pertengahan tahun, korang masih boleh dapat gred A+ untuk personaliti. Begitu juga dalam bidang pekerjaan. Terima saja kritikan tu dengan sifat yang terbuka sebab ianya satu terapi untuk korang

 

4. Atasi tekanan

Bila berada di luar kawalan, memang sukar untuk beri respon pada kritikan. Jadi tarik nafas agar tahap stress korang tidak membahayakan. Cuba berfikir secara positif dan bersikap terbuka. Perkara ini membantu korang mengatasi tekanan dengan lebih cepat.

 

5. Teruskan

Ingat, kritikan hanya mewakili satu pendapat. Tahu kekuatan diri dan jangan biar pendapat orang lain melemahkan kamu.  Ada sesetengah pendapat yang membina ,namun ada juga pendapat yang melemahkan semangat . Dalam konteks ini , korang perlu menilai sendiri nilai dan kemampuan diri korang . hanya korang je yang mampu mengubah destini diri sendiri.