Belajar Bukanlah Subjek Yang Ada Hadnya. Ini 6 Tips Untuk Terus Belajar Tentang Kehidupan
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Belajar Bukanlah Subjek Yang Ada Hadnya. Ini 6 Tips Untuk Terus Belajar Tentang Kehidupan

post by Shasha

by Shasha

Oct 1, 2016
pada 4:05 AM

Memiliki 2 ijazah tak bererti korang tahu segala perkara yang perlu korang tahu. Seorang pengasas falsafah barat pernah diberi gelaran ‘The Wisest Man On Earth’ & beliau tak menerimanya mahupun mengganggap sebagai suatu kenyataan yang salah. Malah beliau berkata  “I know one thing ; that I know nothing.”

Bayangkan seorang yang begitu bijaksana sepertinya menafikan kebijaksanaan sendiri. Tidak smestinya korang seorang terpelajar, korang tahu semuanya tentang kehidupan. Tanamkan phrase ni “You can learn from everything & everyone.” Belajar tidak semestinya pembelajaran secara formal, ianya boleh berlaku secara sedar mahupun tidak. Korang mesti ada yang dah penat belajar sejak di bangku sekolah sampai lah ke Universiti & bercita-cita untuk berhenti sebab dah penat nak hadap. Apply 6 tips ini untuk sentiasa belajar & tak pernah akan mahu berhenti :

1. Struggle Is Good

Jangan kata, “Saya tidak boleh lakukannya.” Sebaliknya katakan, “Bring it on! “ Sentiasa ingat, “you are your own enemy”

2. Kurangkan rungutan

Merungut takkan bawa apa-apa faedah pada korang, sebaliknya akan membuang masa korang. Pilih samada korang lakukan perubahan ataupun diam & menerima sahaja.

3. Simpan Jurnal

Ada lagi ke orang simpan mahupun tulis jurnal? Tak kisah pun samada ada atau tidak. Ianya dapat bantu korang jadi seorang penulis & thinker yang lebih baik. Mesti ramai antara korang berfikir “aku bukannya nak jadi penulis.” Berapa banyak emel & mesej korang terima & balas setiap hari? Everyone is a writer.

4. Pilih Industri, Bukan Pekerjaan

Kalau korang nak jadi handal dalam sesuatu perkara, kena melabur bertahun melakukannya. Korang tidak boleh dapatkannya jika korang tidak ‘lompat’ dari satu industri kepada yang lain. Pilih industri yang korang suka dan mula dari bawah. Percayalah korang akan jumpa pekerjaan terbaik kelak.

5. Lead The Way

Jangan takut untuk menjadi seorang leader. Setiap daripada kita semua adalah seorang leader pabila kita putuskan untuk menjadinya. Tiada gelaran rasmi, hanya keputusan. “it’s time for you to lead.”

6. Kehidupan Tiada Kesudahan

Tiada ‘the end’ dalam kehidupan ini. Kalau korang rasa korang dah dapat semuanya, fikirlah semula. Sebab tiada kepuasan dalam hidup & manusia akan sentiasa cari sesuatu untuk perbaikinya.