4 Perangai Pekerja Yang Beginilah Takkan Maju Sampai Bila-Bila, Berubah Sekarang!
# Pengetahuan Pekerja

4 Perangai Pekerja Yang Beginilah Takkan Maju Sampai Bila-Bila, Berubah Sekarang!

post by Izuan

by Izuan

Jun 2, 2022
pada 10:06 AM

Bila sudah mendapat pekerjaan itu tak bermakna kita boleh berada dalam zon selesa, lakukan kerja macam biasa sehingga menjadi bosan, sampai ke satu tahap mula cari peluang kerja lain dengan alasan kononya hilang rasa 'passion' dalam kerja.

Itulah penyebab kenapa banyak terjadinya masalah kekerapan menukar kerjaya dalam kalangan generasi muda kini, tanpa disedari kita sendirilah penyebabnya. Semua orang pasti akan ada visi misi dan matlamat dalam hidup mereka, menukar pekerjaan bukan lah jalan yang terbaik jika sikap negatif sebegini ada dalam diri.

Jadi, disini merupakan senarai sikap negatif tersebut yang anda perlu ubah dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Berubahlah sekarang untuk terus maju kehadapan.

1. Pengecut

Sebenarnya ketakutan ada satu motivasi yang kuat untuk mendorong kita menjadi seorang yang berani dan kuat. Namun, jika kita terus dibelenggu dengan ketakutan tersebut, kita takkan berjaya sampai bila-bila.

Dalam dunia kerjaya, seseorang pekerja beraniambil risiko mengakui salah diri sendiri untuk mengenalpasti kesilapan yang dilakukan agar dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Namun, pekerja tersebut akan dicap sebagai pengecut jika dia mudah menyelahkan orang lain dan gemar memberikan alasan demi menutup kesilapannya. Hanya kerana takut dimarahi boss dia telah gagal dalam hidupnya untuk mencapai kejayaan kerana akan  melakukannya berulang kali.

Kesannya, had persekitaran kerja yang disalahkan dan ulangi perkara yang sama bila menukar tempat kerja baru.

2. Arrogant

Orang yang bersikap arrogant akan melihat semua yang kita lakukan adalah satu cabaran peribadi. Sentiasa mahu bersaing kerana tak boleh lihat orang yang lebih daripadanya, sikap begitu bukanlah satu sikap persaingan yang sihat.

Pekerja yang arrogant akan menganggap bahawa seseorang yang berprestatsi tinggi cuba 'sailang' kredibilitinya. Sikap begini akan merendahkan prestasi kerja kerana mempunyai masalah yang lebih kognitif daripada orang biasa.

3. Group Thinker

Group-Thinker ini bermaksud pekerja yang sukar melakukan perubahan dalam kerja mereka, tak mahu kerja yang menyusahkan diri sedikit dan mempunyai mentaliti "beginilah yang selalu kami lakukan". 

Jika anda telah di "brain-washed" oleh rakan sekerja dengan cara begini, hati-hati kerana ia tidak akan menyumbang apa-apa dalam hidup anda. Mungkin berkesan pagi dirinya tapi tidak pada orang lain.

4. Peminta Maaf

Memang minta maaf tu satu perkara yang bagus tapi dalam pekerjaan jika terlalu kerap melakukannya, ia akan menyababkan anda berasa kurang berkeyakinan. Takut dengan kegagalan dan percaya bahawa minta maaf adalah tindakan paling baik dan selamat. 

Sebaliknya, permohonan maaf atas sebab perkara remeh akan membuatkan orang lain rasa idea anda tidak boleh dipakai. Anda perlu lah sentiasa yakin melontarkan idea dengan nada suara yang lantang dan bahasa tubuh untuk menggambarkan bahawa idea anda amat bernilai.

Menyatakan pendapat dalam berbentuk soalan sama buruknya dengan meminta maaf, jika anda benar-benar percaya idea itu bernilai, ia perlulah dibahas dengan penuh keyakinan.