Siapalah Tak Suka Kalau Dapat Kerja Yang Tawarkan Dari RM1,800 Keatas Macam Kenny Rogers Roaster!
# Pengetahuan Pekerja

Siapalah Tak Suka Kalau Dapat Kerja Yang Tawarkan Dari RM1,800 Keatas Macam Kenny Rogers Roaster!

post by Izuan

by Izuan

Oct 3, 2016
pada 5:38 AM

Dah naik jelak dengan gaji yang sangat tak setimpal dengan bebanan kerja korang, kalau cari pun gaji yang ditawarkan..alahai. Kat mana nak cari tempat yang boleh bagi gaji setimpal? Mesti ini yang terlintas dalam fikiran korang kan?

Tambahan pula, dah penat kerja jadi sampai sekarang tak dapat nak naik pangkat. Korang rasa ada ke tempat yang masuk kerja terus dapat jadi manager, siapalah yang tak nak kan? Jangan risau, ada sahaja peluang begitu di Kenny Rogers Roaster. 

Gaji minimum RM1,800, RM2,000 dan RM 2, 8000 tau! Sekali lagi MINIMUM, ada 3 jawatan Manager yang disediakan :

 

Graduan muda digalakkan untuk memohon, GAJI BULANAN DARI RM 2, 800 keatas setiap bulan! Tugasan harian yang korang perlu lakukan adalah:

  • Membantu Pengurus Kawasan dalam mengendalikan operasi harian restoran termasuk buruh, inventori dan bekalan.
  • Memastikan dan mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi, kualiti produk dan kebersihan restoran.
  • Berkebolehan untuk menyelia, mengarah dan memotivasi kakitangan bagi memastikan perkhidmatan yang baik disediakan dan memenuhi sasaran jualan secara konsisten.

 

Pembantu Pengurus Restoran akan memeruntukkan GAJI BULANAN DARI RM 2,200 sebulan! Manfaat yang korang boleh terima seperti KWSP, SOCSO, cuti tahunan, cuti sakit semua itu pasti pekerja akan dapat. Untuk jawatan ini juga, graduan muda digalakkan memohon.

Tugasan harian untuk jadi Pembantu Pengurus Restoran ini mudah sahaja:

  • Membantu Pengurus Restoran dalam mengendalikan operasi harian restoran termasuk buruh, inventori dan bekalan.
  • Memastikan dan mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi, kualiti produk dan kebersihan restoran.
  • Berkebolehan untuk menyelia, mengarah dan memotivasi kakitangan bagi memastikan perkhidmatan yang baik disediakan dan memenuhi sasaran jualan secara konsisten.

Apapun, setiap kerja mesti ada kelayakan sendiri, jika korang menepati semua kelayakan dibawah ini, pintu Kenny Rogers Roaster memang dah terbuka luas dan mereka mengalu-alukan kedatangan korang.

Kelayakan:

  • Mempunyai Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti / Makanan / Bersamaan
  • Mahir dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Mempunyai sikap kerja positif dan personaliti menarik
  • Mempunyai pengetahuan asas computer
  • Berkemampuan untuk bekerja secara fleksibel dan bekerja sendirian dengan pengawasan minimum
  • Bagus dalam perhubungan awam, interpersonal dan kemahiran komunikasi
  • Mempunyai kemampuan dan berkeyakinan untuk berurusan dengan semua peringkat kakitangan
  • Graduan baru digalakkan memohon

 

Beza antara Pelatih Pembantu Pengurus Restoran pula adalah lebih kurang sama, cuma tambahannya korang perlu memastikan kemudahan dan peralatan dikekalkan mengikut standard syarikat harian, melakukan sebarang tugas lain yang berkaitan bila diperlukan.

Tugas ini memerlukan kemahiran khidmat pelanggan yang tinggi dan mempunyai interpersonal yang baik dan kemahiran komunikasi.  Oh ya, gaji untuk trainee ini DARI RM1,800 tau!

Kelayakan :

  • Calon harus mempunyai sekurangnya Sijil Profesional, bekelulusan Diploma, Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana, lepasan Ijazah Diploma, Ijazah Profesional, Hospitaliti/ Pelancongan / Pengurusan Hotel atau bersamaan.
  • Graduan baru/ Pemohon peringkat kemasukan digalakkan memohon.
  • Willing to relocate and travelling.
  • Bersedia untuk travel dan ditempatkan semula.
  • Jawatan sepenuh masa ada 

 

Lokasi Yang Memerlukan Anda Mengisi Jawatan Ini

Kuala Lumpur : 

Pulau Pinang :