Pekerja Pangkat Tinggi Berpotensi Tinggi Hidapi Kemurungan. Atasi Dengan 5 Langkah Ini - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Pekerja Pangkat Tinggi Berpotensi Tinggi Hidapi Kemurungan. Atasi Dengan 5 Langkah Ini - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 3, 2016
pada 8:39 AM

Pekerja yang menyandang pangkat korporat tinggi ni selalunya dapat manfaat yang lebih, gaji lebih, semuanya lebih berbanding dengan staff biasa. Kami di Maukerja.my dapati apabila orang dengan pekerjaan berprestij ni mengalami kemurungan,  peluang untuk pulih daripadanya kurang kalau nak dibangdingkan dengan staff biasa.

Kita selalu anggap & berpendapat orang yang berpendapatan & tahap pendidikan yang rendah mempunyai potensi tinggi untuk menghadapi kemurungan berbanding orang-orang kaya & berpendidikan tinggi. 

Korang tak percaya? Menurut kajian ke atas 654 pesakit bekerja yang mengalami kemurungan, keputusan dapati orang-orang bergaji tinggi ni hadapi kesukaran untuk pulihkan diri daripada penyakit ni. Malah, rawatan yang berbeza diberikan & kumpulan pekerja bergaji tinggi ni masih gagal untuk perbaiki dari kemurungan.

Selain tu, golongan pekerja bergaji tinggi ni sukar untuk terima ubat antidepressant ni. Ada di antara kita alami masalah kemurungan ni tapi takut untuk open up dengan orang lain. Ambil lah langkah-langkah kecil ni supaya korang dapat bantu rakan-rakan mahupun diri sendiri  : 

1. Stay Connected

Kemurungan boleh buat korang cenderung  untuk  mengasingkan diri dari semua orang. Walaupun dengan keluarga & rakan-rakan pun susah. Mulakan langkah kecil dulu, cuba dekatkan diri dengan seseorang yang boleh mendengar luahan hati korang. Tak semestinya pendengar tu kena selesaikan masalah korang, cukup sekadar mendengar sebab ianya akan buat korang rasa selesa & selamat.

2. Gerakkan hari korang

Bila dah terlalu murung, nak buat apa saja pun rasa tak nak buat kan? Nak duduk je dalam bilik, tak makan atau buat apa saja. Apa kata korang cuba slow-slow  untuk at least keluar dari rumah, ambil angin & tengok keadaan sekeliling. Lama kelamaan korang boleh cuba untuk bersenam pulak, keluarkan peluh renggangkan otot. Serious korang akan rasa perbezaannya!

3. Buat lah perkara yang menyenangkan hati

Susah nak paksa diri bila dah takda mood nak buat apa pun kan, tapi tak rugi pun kalau korang paksa sikit diri untuk sesuatu yang confirm buat korang terhibur. Tak kisah apa pun korang buat, asalkan dapat buat hati korang suka dah memadai.

4. Cabar pemikiran negative!

Masalah ni selalu terjadi pada diri setiap manusia. Perkara buruk berlaku tapi korang tak berdaya nak buat apa-apa? Kemurungan ni mampu buat semua benda nampak negatif, termasuklah cara korang nilai diri & expectation korang kemudian hari . Perkara utama korang boleh atasi situasi macam ni, sentiasa fikir rasional bila korang hadapi negative thinking ni.

5. Pemakanan main peranan

Menjaga diet & pemakanan korang sangat penting sebab ianya boleh beri kesan pada diri. Jadi, korang kena kurangkan pengambilan makanan yang boleh beri kesan pada otak & mood korang. Makanan yang kami maksudkan kaffein, alcohol, trans lemak & kandungan bahan pengawet kimia atau hormone yang tinggi. Kami sarankan korang amalkan pemakanan yang kaya dengan khasiat lemak omega-3 seperti salmon, mackerel, anchovies, sardin, tuna & supplement minyak ikan yang lain. Kalau dapat adjust kan untuk makan 2 kali seminggu pun okay.