5 Pengajaran Hidup Yang Akan Mengubah Perspektif Alam Pekerjaan Korang Lebih Baik - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

5 Pengajaran Hidup Yang Akan Mengubah Perspektif Alam Pekerjaan Korang Lebih Baik - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 4, 2016
pada 3:09 AM

Jangan biasakan diri untuk termenung mengenangkan diri dan kemudian rasa menyesal dan mempersoalkan kesemua atur cara hidup ni. Saat tu akan mula timbul bermacam-macam perkara seperti rasa bersalah sebab 2 tahun lepas tak pilih A tetapi pilih B, akan mula persoalkan mengapa tak fikir betul-betul dan bemacam lagi penyesalan. Masa tak boleh diundur, jadi jangan persiakan hidup ini meratapi segala kesalahan yang telah dilakukan. Nasi sudah jadi bubur, apa lagi yang boleh diubah kan? Teruskan sahaja dengan hidup yang dipilih dan cuba perbaiki sedikit demi sedikit.

Jangan suka persalahkan diri. Memang lah kita belajar dari kesilapan sebab mana ada orang waktu kecil lagi dah tahu bagaimana sukarnya hidup dalam masa 20 tahun akan datang. Kita hanya biarkan sahaja kehidupan ini berjalan dan cuba untuk perbaiki. Jadi ini adalah life lessons yang bermanfaat untuk mengubah perspektif korang dalam alam pekerjaan agar lebih bermakna:

 

 

1. Lalui hari ini dengan sepenuhnya, jangan meratapi hari semalam

Kita sering kali menghabiskan banyak masa memikirkan hari yang sudah lepas dan merancnag untuk masa yang bakal tiba pula sehinggakan kita lupa untuk nak lalui hari ini dengan sepenuhnya. Elakkan meratapi hari semalam dan dari situ memikirkan apa yang korang bakal buat untuk keesokkan harinya. Yang sudah berlalu tidak boleh diundur, dan masa depan tu kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Jadi teruskan sahaja lalui hari ini dengan gembiranya.

Jika semalam majikan marah sebab korang tersalah buat kerja, tak perlu menghabiskana masa sehari merancang apa yang boleh korang lakukan untuk keesokkan harinya. Korang lupa untuk nak lalui sisa-sisa hari yang masih ada. Korang biarkan fikiran terlalu diselubungi oleh apa yang terjadi. Jika rakan sekerja ajak untuk keluar release tension, pergi sahaja tak perlu nak halang diri. Jangan sampai waktu makan malam pun tak fokus sebab terlampau risaukan apa yang bakal teerjadi esok. Hargai masa yang ada sekarang okay?

 

2. Jangan atur hidup dengan pegang pada apa yang patut dan tak patut dilakukan

Masyarakat, keluarga rakan kenalan semuanya ada jangkaan atau expectation yang tersendiri terhadap diri kita. Masyarakat akan katakan "Kerjaya sebagai doktor tu lumayan," dan ibubapa pula akan letakkan harapan mahukan anaknya menjadi engineer. Kesemua expectation ini jangan biarkan ianya  mengaburi hidup korang. Kalau korang minat untuk memilih kerjaya lain atau meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi, teruskan! Mengapa perlu biarkan orang lain aturkan hidup korang kan?

Gembira dengan apa yang korang lakukan. Tidak perelu hadkan diri hanya mahu mengikup pendapat orang. Ini satu pengajaran yang perlu korang pelajari sebelum meningkat usia. Nanti akan menyesal kemudian hari mengapa dulu terlampau ikut kan kata orang. Haa tak best tau.

 

3. Tak perlu perbesarkan sesuatu perkara

Minda kita ni memang akan berkuasa. Mindset akan mengubah cara dan hidup korang. Kita selalu sangat jadikan satu masalah yang kecil itu sesuatu yang serious. Semuanya mengenai perspektif, cara kita lihat sesuatu isu. Katakan lah hari ini rakan sekerja korang tak tegur, ianya sesuatu masalah yang cukup besar ke samapikan kena memikirkan berminggu-minggu, berbulan? Jangan biarkan minda untuk fokus pada perkara yang tidak penting.

Rupa-rupanya rakan sekerja itu lalui hari yang sangat sibuk, sebab itu je dia tak tegur korang. Tengok! Perkara kecil sahajakan? Tapi permainan minda ni memang berkuasa. 

 

4. Hadapi apa yang korang gentarkan dengan tabah

Kita semua ada ketakutan tersendiri dan biasanya kita akan elakkan daripada berhadapan dengan ketakutan itu kan? Sekarang cuba terbalikkan. Hadapi apa yang korang gerunkan itu dengan lebih kerap. Ingat, ianya cuma lah permainan minda. Takut untuk berhadapan dengana bos yang menakutkan dan garang? Jangan mengelak lagi daripada terjumpa dengan bos tidak kira lah di pantry office ke atau mana-mana pun. Cuba untuk bersemuka dengan dia. 

Makin lama korang cuba, lama-lama perasaan takut itu akan hilang dengan sendirinya. Tak tegur tak tahu lagi bagaimana sikap dia kan? Korang hanya dengar melalui mulut pekerja lain je mengenai sikap dia. Tak mati pun kalau sekadar menegur bos kan? Ketahui lah lama kelamaan bila korang dah mahu beerpindah ke tempat kerja lain baru rasa menyesal mengapalah dulu terlampau takutkan bos. Dia okay je.

 

5. Hargai segala yang berlaku dalam hidup korang

Paling penting sekali untuk life lesson ialah menghargai. Lagi kita berumur lagi kita akan menghargai segala perkara yang terjadi dalam hidup ini. Kita akan lebih mengharagai orang-orang sekeliling, pengalaman, dan juga pekerjaan kita. Mungkin waktu muda dulu, rasa hidup jauh lagi kan? Jadi kita tak ambil peduli sangat dengan siapa kawan kita masa susah-senang, kerja pun bila tak suka je tukar sebab usia masih muda. Lama kelamaan korang akan rasa berterima kasih pada hidup sekarang. 

Lalui hidup korang dengan perasaan yang gembira! Ingat ye, ini adalah pengajaran hidup yang perlu korang semat dalam hati dan ingat sampai bila-bila. Lakukan apa sahaja yang korang mahukan, jangan biarkan orang lain untuk mengawal hidup korang.