Berhenti Melakukan 5 Tabiat Ini Dipejabat Atau Majikan Akan 'Aim' Korang - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Berhenti Melakukan 5 Tabiat Ini Dipejabat Atau Majikan Akan 'Aim' Korang - Maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 4, 2016
pada 4:39 AM

Dah dapat dream job korang, environment kerja & pejabat pun takda masalah, stress pun kurang. Korang pun senang hati. Hari-hari bersemangat je nak pergi kerja.Tunggu! Kami di Maukerja.my nak kongsi sedikit tips untuk korang terus rasa carefree di pejabat.

Ada certain tabiat yang korang perlu hentikan di pejabat. Bukan tabiat gigit kuku mahupun bercakap kuat di pejabat tau. Jangan salah faham, kami bukan nak halang nak jadi diri sendiri tapi ada sesetengah amalan atau habit yang korang buat boleh jejeaskan air muka & reputasi korang. Ini dia 5 tabiat yang korang kena hentikan di pejabat :

1. Make-Up Di Meja

Perkara ni sering berlaku, lebih-lebih lagi kalau dah namanya pun perempuan kan. Ada je benda yang nak dibuat last minute. Memakai bedak compact atau menyikat rambut lagi menampakkan betapa selekehnya korang & seakan-akan lebih pentingkan penampilan daripada kerjaya korang.

2. Lunch dengan orang yang sama

Tak salah nak keluar waktu rehat dengan rakan kerja korang sebab ianya tak dinafikan cara yang baik untuk rapatkan hubungan. Sebaliknya korang akan tampak jenis tak bergaul, memulaukan orang lain & suka bergosip. Anggapan orang memang begitu kerana itu sifat semula jadi untuk ada sejenis perspektif terhadap orang lain. For a start, cuba ubah arah korang sikit – keluar dengan orang berbeza supaya korang takda lah rasa terikat & terkurung di dalam kepompong pejabat korang.

3. Sakit pun nak datang kerja

Ramai di antara kita semua beranggapan datang kerja walaupun badan dah tak larat nak bangun dari katil tu menunjukkan yang korang ni hard working. Salah sama sekali tu, sebaliknya korang tampak tak ambil berat. Sebab kehadiran korang boleh mejangkiti orang lain, sekaligus lebih ramai yang akan jatuh sakit. Jangan lah ambil tak endah tentang kesihatan korang, kalau perlu ambil je cuti sakit.

4. Cry Baby

Bukan sekadar nampak tak professional, tapi lagi jelas nampak yang korang ni tak kuat. Apa jua sebab, membuatkan korang tiba-tiba sebak masa perbincangan condemn dengan majikan atau idea korang diperlekehkan, minta diri untuk keluar sekejap & biarlah air mata korang tu turun sepuasnya. Kalau tak, potensi korang untuk kendalikan sesuatu tugasan tu akan berkurang.

5. Tak boleh renggang dengan Facebook

Melainkan korang ditugaskan mengendalikan akaun sosial media syarikat, ianya terkecuali. Kini ramai yang tak ketinggalan untuk update status melalui telefon pintar di tangan. Waktu  akan dedahkan apa korang buat & kalau rakan kerja korang nampak update tu masa kerja, korang akan dianggap tak serious & tak komited dengan kerja.