Yang Mana Satu Patut Korang Pilih Jika Dapat 2 Tawaran Kerja Sekaligus? Lihat 3 Aspek Ini
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Yang Mana Satu Patut Korang Pilih Jika Dapat 2 Tawaran Kerja Sekaligus? Lihat 3 Aspek Ini

post by Aisya

by Aisya

Oct 5, 2016
pada 2:16 AM

Ini adalah masalah yang kalau sesiapa lalui akan rasa bersyukur bukannya mengeluh. Bukan senang, dalam keadaan kawan-kawan yang lain masih mencari kerja korang pula ditawarkan bukan satu tapi 2 kerja! Memang beruntung sangat. Tapi ianya tak berakhir di situ sahaja, kerana korang perlu buat satu pilihan yang sukar. Antara tawaran kerja yang pertama atau kedua, mana satu jadi pilihan hati? Keputusan perlu diberi dengan segera kalau lambat-lambat majikan pun akan hiraukan korang dan beralih pada calon lain. Mana satu nak pilih ni?

 

1.  Percaya pada kata hati

Jika kedua-dua kerja yang ditawarkan adalah apa yang korang mahukan ini lah masanya untuk percaya pada kata hati. Kalau koranng ada satu perasaan yang negatif pada kerja itu, mungkin perlu dipertimbangkan semula dan jangan sesekali tak ambil pusing. Kerja pilihan A pula berikan korang satu rasa yang best, jadi mungkin ianya kerja yang terbaik buat korang. 

Walaupun kerja itu bukan yang korang minat sangat tetapi korang rasa suka, beri sedikit masa dan lama-lama nanti korang akan rasa gembira. Siapa tahu lama-lama nanti, baru korang faham "oh ada sebab juga kenapa ambil kerja ni" kita tak tahu kan kata hati ni kena tepat juga. 

 

2.  Ragu-ragu? Dapatkan lebih maklumat

Kadang-kadang sukar untuk nak ikut kata hati sebab ianya tidak tetap, berubah-ubah. Dalam situasi sebegini, ianya membantu jika korang ajukan beberapa soalan untuk nak hentikan keraguan tu. Jika ada temuduga kedua, gunakan waktu itu untuk kemukakan soalan. Jika tiada, boleh terus email pada yang berkenaan untuk ajukan soalan dan mereka amat senang dalam menjawab kesemua persoalan.

 

3.  Paling penting sekali adalah buat perbandingan

Ini yang paling penting sekali. Korang kalau masih rasa ragu-ragu apa kata kumpul semua maklumat dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu letakkan info-info penting ini iaitu:

(A)  Gaji

(B)  Jam bekerja

(C)  Persekitaran kerja

(D)  Peluang untuk menyumbang kerja

(E)  Management

 

Kesemua point ini menyumbang kepada sisi positif serta negatif kerja tersebut. Jadi jika lebih banyak tanda "tick" pada positif, pilih lah kerja itu. Jika lebih banyak "tick" pada negatif, mungkin boleh elakkan. Semoga korang lakukan pilihan yang terbaik!