Korang Kena Patuh 4 Peraturan Syarikat Ini Walaupun Tak Tertakluk Dalam Buku Panduan Pekerja - maukerja.my
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Korang Kena Patuh 4 Peraturan Syarikat Ini Walaupun Tak Tertakluk Dalam Buku Panduan Pekerja - maukerja.my

post by Shasha

by Shasha

Oct 5, 2016
pada 8:45 AM

Hari pertama bekerja di syarikat baru, semuanya best, vibe persekitaran korang pun positif je siap bos bawak keluar belanja lunch gitu. Waktu-waktu awal kerjaya korang ni lah masanya untuk korang belajar & notice perkara-perkara yang takda dalam peraturan pejabat.

Kami nak kongsikan kategori peraturan pejabat yang lain sebenarnya tidak tertulis di mana-mana. Kategori ni bukan je style sebenar yang dipraktik kan di pejabat tapi lebih jelas tentang budaya syarikat. Ini 4 yang paling common :

1. Waktu fleksibel sebenar-benarnya

Siapa tak suka waktu fleksibel kan? Rasa macam korang lah bos boleh datang ikut kesesuaian waktu korang. Tak perlu nak berebut naik tren kejar masa untuk sampai ke pejabat awal. Sebab utama korang terima jawatan tu adalah waktu kerja fleksibel. Ini lah kerja yang paling sesuai bagi korang! Namun, realitinya, korang perlu faham konsep bekerja itu sendiri & expectation majikan terhadap korang. Tapi ingat, tak kira apa pun interviewer bagitahu korang waktu temuduga ianya adalah untuk kebaikan & kemudahan korang untuk merancang tugasan supaya dapat seimbangkan dengan hidupan seharian!

2. Bila waktu kerja berakhir sebenarnya

Baru je mula kerja, tambah pulak dapat manfaat tambahan yang menarik lagi buat semangat korang membuak-buak nak buat tugasan dengan bersungguh. Tapi lama kelamaan korang Burn Out. Bila tersedar yang korang sebenarnya stress dengan waktu bekerja. Di pejabat, colleague korang takkan balik selagi bos tak balik. Nak balik dulu daripada orang lain, semua orang akan perasan tapi sebaliknya kalau korang sampai awal ke pejabat pula takda orang yang akan perasan.

Bila korang terlebih masa walaupun tugasan sebenarnya dah habis, badan pun lesu tak cukup tidur & sebagainya. Okay dalam hal ni, apa yang penting & utama adalah korang siapkan tugasan pada hari tersebut & bos korang tahu.

3. Realiti polisi ‘open door’

Selalu tak dengar ‘my door is always open if you need anything’ ataupun ‘apa-apa masalah datang je office saya’ ? Realitinya mungkin sedikit berbeza. Kadangkala majikan tak berapa suka dengan konsep ni & masuk sesuka hati. Ada juga, pintu memang terbuka tapi orang takda atau jarang ada di pejabat.

Jikalau syarikat korang ada polisi sebegini, cuba perhatikan ada tak colleague korang buat atau amalkan konsep ni & tengok apa yang jadi lepas tu.

4. Bila korang dijangka untuk respond e-mel

Majikan korang ni gemar sangat nak e-mel idea atau projek malam-malam buta. Jangan risau, korang tak perlu pun nak balas waktu tu juga. Dia hanya nak blast off idea dia dari otak je tu. Tapi confirm esok harinya colleague korang dah mula bincang pasal ni & waktu tu lah korang menggelabah sebab tak tahu apa-apa kan? Tips nya mudah je, update & tanya pada colleague korang mengenai e-mel yang dihantar oleh majikan. Sekurang-kurangnya korang tahu apa nak jawab kalau majikan korang tanya.